Haerin menutup matanya. Dia tekad, hari ini dia mahu tidur awal kerana esok adalah hari yang sangat penting dalam hidupnya.
Esoklah hari dimana statusnya akan bertukar daripada bujang kepada sudah berkahwin.
Haerin mencelik mata semula. Tak tahu kenapa dadanya berdebar tak tentu pasal. Gemuruh dan gementar menanti hari esok.
Macam mana rupa Jimin? Macam mana kalau dia hodoh dan Jimin tak dapat terima? Macam mana kalau Jimin bencinya dan dera dia kerana tak suka? Macam mana.
Ah sudah berhenti mengarut Haerin.
Haerin mengiring ke kanan. Tak selesa dia mengiring pula ke kiri. Haerin mengeluh. Semua tak kena.
"Hey kau boleh tidur diam-diam tak? Gerak sana, gerak sini. Kau dah ganggu tidur aku tahu tak? "Somin merengus geram.
Ya, Somin teman Haerin buat kali terakhir. Selepas ini, mana boleh ajak Somin tidur rumah dia lagi.
"Somin aku takut. "Kata Haerin.
"Takut apa? Kau nak kahwin bukan nak berperang esok. "Kata Somin. Haerin menjeling mendengar jawapan Somin.
"Macam mana kalau Jimin tak dapat terima aku? "
"Tak dapat terima apanya? Kalau dah dia yang setuju, sah-sah dia terima kau. Tidurlah Haerin. "Kata Somin. Dia memejam mata dan baring membelakangi Haerin.
Haerin memandang siling biliknya lama.
"Somin. "
"Hmm. "
"Jom lari rumah. "Kata Haerin.
"Kau diam sebelum aku smackdown kau dekat sini. "Somin mencampak bantal pada Haerin.
Haerin tergelak. Baru sahaja dia mahu pejam mata, telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Dari nombor tidak dikenali.
Aku harap kau terima kekurangan aku. Tentang perasaan, aku cuba belajar cinta kau. Same goes to you.
Melalui isi mesej yang dihantar, dia yakin ini adalah Park Jimin. Dari mana lelaki itu dapat nombor telefonnya?
Tapi, bukan itu yang Haerin kisah. Apa ni, hantar mesej macam ni? Tak romantik langsung!
Park Jimin?
Am I right?Oh sorry lupa nak bagitahu.
Aku Park Jimin.I try my best.
Tapi.
Kalau esok awak rasa muka saya hodoh jangan pula awak lari.What do you mean?
Aku tengok muka kau okay je.Awak pernah tengok muka saya?
Masa bila?
Saya tak pernah jumpa awak.Eh
Kita pernah berjumpa.
Cuba ingat balik.
Kau tak sedarlah tu.What?
Awak pernah tengok saya tapi saya tak pernah tengok awak.
Mana adil.Habislah kau.
Muka aku berkedut lepastu selalu berminyak pula tu. Tinggi aku 147 cm je.
Umur aku 54. Sebaya mama kau.
Esok kau tak boleh lari.
Kau kena kahwin dengan aku juga.Haerin tercengang baca mesej yang dihantar Jimin. Tak akan Jimin lagi pendek dari dia.
Biar betul dia ni?
Tak akan umur dia 54 tahun. Umur Puan Jina dan ibunya sebaya. Mustahil Puan Jina ada anak sebaya.
Kalau Puan Jina sebenarnya tipu yang Jimin bukan anak dia macam mana?
Ah sudah.
Haerin dan merapu berpisah tiada.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...