Keadaan menjadi tegang antara mereka berdua. Haerin dengan rajuknya dan Puan Miran tetap dengan keputusannya.
"Apa ni mama? Kenapa tak tanya Haerin dulu. "Haerin memberontak.
"Kalau mama tanya Haerin, nanti belum apa-apa Haerin dah lari rumah macam dulu. "Perli Puan Miran.
Haerin mengeluh.
"Itu dulu. Sekarang Haerin dah matang. Mama sudahlah Haerin tak kenal langsung Jimin tu macam mana. Ini mama nak suruh Haerin kahwin terus dengan dia. "Kata Haerin.
"Ini keputusan muktamad. Dia juga setuju nak terus kahwin lepas dia balik sini. "Balas Puan Miran tegas.
"Tapi Haerin muda lagi mama. "Haerin membantah lagi.
"Cinta tak mengenal usia. "Kata Puan Jina selamba sebelum dia beredar naik ke tingkat atas.
Haerin bersandar pada sofa. Dia tak ada pilihan lain. Kalau lari lagi, berapa orang pula bodyguard mamanya upah nanti.
"Heh complicated betul lah orang dewasa ni. "Haerin menoleh ke tepi.
Dia mencebik apabila melihat adik lelakinya yang berumur sepuluh tahun. Jeon Hyeon.Menyibuk betul budak kecil ini.
"Sibuk. Pergi siapkan kerja sekolah sana. "Kata Haerin.
"Hyeon dah buat siap-siap dari awal. Bukan macam akak, suka siapkan kerja last minutes. "Kata Hyeon.
Haerin menjeling Hyeon.
"Menjawab je kerja kau. "Kata Haerin.
"Akak lah yang ajar. "Kata Hyeon. Haerin bangun. Dia menjeling adiknya. Budak ini, kalau gaduh sampai esok tak habis.
Haerin menuju ke biliknya. Dia merebahkan badan ke atas katil. Telefon bimbitnya diambil. Dia membuka instagram.
499,426 likes
haerinjeon Good morning!
View all 9,240 comments
yedam_ auww yeppo!
caerin cover lagu western please
Gambar yang dimuat turun pagi tadi dilihat. Haerin membaca komen-komen pengikutnya. Ada positif dan ada negatif. Tapi kebanyakkannya yang baik-baik sahaja.
Haerin melihat notification yang lain. Memang tabiatnya, dia suka melihat akaun-akaun yang ingin mengikutinya.
parkji and choisan started following you.
Haerin membuka akaun parkji yang tidak di private itu. Hanya ada satu gambar sahaja.
301 likes
parkji black white
"Wu handsomenya. Bolehlah followback. "Kata Haerin. Dia tersengih. Tipulah perempuan tak suka tengok lelaki kacak.
"Ei tak sedar diri. Dah nak kahwin, stalk lelaki lain. "Kata Hyeon. Entah dari mana dia datang.
"Sibuklah kau ni. "
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...