lima belas : He's back

3.8K 424 54
                                    

Haerin mencabut kaca mata yang dipakainya. Kalau di luar dia memakai contact lens tapi di rumah dia memakai kaca mata.

Sakit mata menatap skrin laptop lama-lama. Kepalanya juga rasa pening menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah.

Haerin mengambil telefonnya. Ruangan mesej Jimin dipandang. Beratus mesej dia hantar. Berpuluh kali dia telefon. Tapi langsung tak diangkat dan dibalas.

Haerin mengeluh. Baru sahaja dia mahu meneruskan kerja, bunyi pintu rumah dibuka mengejutkan Haerin.

"Jimin. "Sapa Haerin saat melihat lelaki itu. Jimin pulang dengan berpakaian tentera.

Jimin tak membalas. Kunci keretanya dicampak ke atas meja. Mukanya nampak tegang.

"Awak pergi mana Jimin? Kenapa tak jawab saya call? "Soal Haerin.

Lelaki itu masih diam. Rasa geram mula timbul dalam hati Haerin.

"Park Jimin, saya cakap dengan awak tau bukan tunggul. "Kata Haerin.

"Kau boleh diam tak?! "Jimin menengking tiba-tiba buatkan Haerin terdiam. Jimin terus naik ke tingkat atas. Pintu dibilik dihempas.

Haerin memandang tidak percaya. Seumur hidupnya, ini kali pertama dia ditengking. Bukan orang lain tapi suami sendiri.

Tiba-tiba air mata mengalir di pipinya. Pertama kali dia nampak lelaki itu, dia yakin. Pilihan ibunya adalah terbaik. Layanan Jimin sebelum dia menghilang tiba-tiba. Betul-betul buat Haerin jatuh hati. Janji lelaki itu mahu cuba mencintainya tapi perubahan lelaki itu secara mendadak buatkan Haerin jadi ragu-ragu.

Haerin memujuk hati untuk sabar. Tak mahu terus mendesak Jimin, Haerin duduk kembali dihadapan laptopnya. Cuba menyibukkan diri dengan kerja.

Sehingga ke pukul dua pagi, barulah Haerin berhenti. Waktu itu sesuai untuk dia masuk ke bilik tidur kerana Jimin mungkin sudah tidur.

Dia menolak pintu dengan perlahan. Lega hatinya ketika melihat Jimin sudah tidur. Haerin menghampiri katil, dia menyelak selimut untuk baring.

Tapi dia terkaku apabila melihat Jimin baring dengan tidak memakai baju, paling mengejutkan apabila dia nampak ada balutan dibahu Jimin dengan kesan darah yang meresap dan badan lelaki itu terdapat kesan lebam.

Haerin memandang Jimin lama.

"Saya tahu awak bukan tentera biasa kalau tak kenapa awak balik dengan luka dekat badan macam ni kan? Saya yakin awak mesti ada masalah sebab tu awak marah saya tadi. Maaf saya terlalu mendesak awak. "Kata Haerin dengan ton suara yang perlahan.

Haerin mengeluh perlahan. Dia merebahkan badan diatas katil dengan berhati-hati supaya tidak menganggu Jimin.

Matanya dipejam rapat.

Tanpa Haerin sedar, Jimin dengar apa yang dia katakan tadi. Lelaki itu masih belum tidur.

Dia juga rasa serba salah kerana menengking Haerin. Emosinya tak stabil tadi. Dia jadi tak boleh tidur apabila Haerin tidak naik ke bilik.

Tapi Jimin ego.

--
Tbc.
Nah laaa tetibe rasa nk update lagi

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now