empat puluh tujuh : Saying goodbye

3.2K 344 31
                                    

Hanya seminggu diberikan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Esok dia bakal bertolak ke Afghanistan. Meninggalkan Haerin selama lima bulan.

Haerin yang berada diatas katil memerhati Jimin yang duduk diatas lantai, mengemas baju untuk dibawa ke sana.

Selepas Jimin bertolak ke Afghanistan dia akan tinggal dengan mamanya. Jimin tak kasi dia duduk seorang diri dekat rumah. Risau kalau apa-apa jadi.

"Janganlah pandang abang macam tu. Macam mana abang nak pergi kalau sayang sedih macam ni. "Kata Jimin.

Dia berhenti melipat baju. Bukan dia tak perasan dari tadi Haerin asyik tenung dia.

"Abang tak pergi tak boleh ke? "Soal Haerin.

"Mana boleh sayang. Ini tugas abang. Janganlah macam ni. "Jimin bangun. Dia terus memeluk Haerin.

"Macam mana saya nak bersalin nanti? Abang tak ada. "Kata Haerin. Sedih bila fikirkan saat dia bersalin nanti, Jimin tiada di sisi.

Jimin sudah lama terfikir tentang itu. Pengalaman pertama bakal menjadi seorang ayah. Teringin dia mahu menyambut kelahiran anak mereka bersama tapi dia tak ada pilihan lain.

"Sayang, listen. Walapun abang tak ada, kita masih boleh berhubung. Abang berjuang dekat sana, sayang dekat sini berjuang untuk baby kita. Okay? "

Haerin mengangguk. Dia menyembamkan muka di dada Jimin. Lepas ni tak boleh peluk dah.

"Nanti kita sambung peluk okay? Abang tak habis kemas baju lagi ni. "Jimin menolak bahu Haerin perlahan.

Dia kembali melipat baju dan disusun ke dalam bag.

"Sikitnya baju abang. Ini baju macam untuk seminggu je. "Kata Haerin. Dia duduk bersimpuh dihadapan Jimin.

"Dekat sana abang banyak pakai uniform. Tak payah bawa banyak-banyak. "Kata Jimin.

"Oh. "Haerin mengangguk.

"Sayang jangan lupa. Jaga makan. Jangan buat kerja berat-berat. Rajinkan bersenam supaya senang bersalin. Kalau rasa tak okay, bagitahu mama cepat-cepat. "Pesan Jimin.

"Ya abang. Saya tak lupa. "

--

Tiba di lapangan terbang. Kedua buah keluarga datang untuk menghantar pemergian Jimin.

"Jimin jaga diri kamu. "Pesan Puan Jina. Bahu anaknya diusap.

"Baik ibu. Ibu jaga kesihatan tau. Banyakkam berehat. "Balas Jimin. Dia mengucup kedua belah pipi Puan Jina.

"Mama, jagakan Haerin untuk Jimin tau. Jimin minta maaf, tak ada masa dia bersalin nanti. "Ucap Jimin.

"Tak apa. Jangan risau kami dekat sini. Kamu dekat sana, hati-hati bertugas. "Pesan Puan Miran.

Jimin mengangguk. Dia bersalaman dengan Puan Miran dan Encik Hyuk sehinggalah dia berhenti dihadapan Hyeon. Dah lama dia tak jumpa adik iparnya. Maklumlah dia terlalu sibuk.

"Bye Hyeon. "Jimin melambai tangannya pada Hyeon.

"Bye abang Jimin. Hati-hati. "Hyeon tersengih memandang Jimin. Jimin mengusap rambut Hyeon perlahan.

Dia menghampiri Haerin pula. Jimin tersenyum melihat Haerin menangis. Haih manja betul.

"Dah jangan menangis. Cukup waktu, abang balik. "Jimin memeluk Haerin. Haerin membalas dengan erat. Lama dia memeluk Jimin.

"Abang kena pergi. "Jimin melepaskan pelukan. Dia mengucup dahi Haerin.

"Jaga diri. I love you captain Jimin. "

--
Tbc.
Eiii apa aku type ni? Aku cringe lagi

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now