Haerin mengikat rambut panjangnya sebelum dia berlalu ke dapur. Tablet yang berada diatas meja bar diambil.
"Hari ini nak masak apa? "Soal Haerin sendirian. Jarinya ligat bergerak diatas skrin mencari menu.
Semua di hujung jari, walaupun Haerin tak pandai memasak dia cuba berlatih dengan melihat resepi di internet.
Dia bersyukur kerana Jimin tak pernah merungut tentang masakannya. Pernah dia masak untuk Jimin. Apabila dia rasa masakkan itu tak sedap, Jimin pula kata sebaliknya. Dia rasa makanan itu okay sahaja.
Satu jam juga dia terkial-kial memasak. Akhirnya masakkannya siap dihidang
Haerin menanggalkan apron. Dia segera naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik tidur mereka.
Haerin hairan apabila Jimin sudah tiada. Dia segera mengemas katil yang bersepah dengan bantal. Cadar dibetulkan dan bantal disusun rapi.
"Jimin ah. "Panggil Haerin. Dia melihat sekeliling bilik. Dia mengetuk pintu bilik air tapi tiada sahutan. Apabila dia buka kosong. Haerin menuju ke wardrobe. Kosong juga.
Haerin segera keluar dari bilik. Dia yakin ada satu tempat yang Jimin suka duduk iaitu mini gim.
"Jimin. "Haerin membuka pintu gim.
Tergamam dia melihat keadaan Jimin.Terkejut melihat Jimin dalam keadaan yang seksi. Satu tabiat Jimin, dia selesa tak berbaju dan suka mengenakan jogger pants sahaja.
Lagi menarik perhatian apabila melihat Jimin melakukan chin up.
Argh! Kacaknya.
Perasan diri diperhati, Jimin menoleh. Dia terus menghentikan senamannya.
"Kenapa? "Soal Jimin.
"Saya nak ajak awak makan. "Kata Haerin.
"Lepas bersenam, aku turun. "Balas Jimin.
Haerin mengangguk. Dia mengaru kepala yang tak gatal dan membuka pintu semula. Tak sanggup tengok Jimin lama-lama. Seksi sangat.
"Haerin. "Tak jadi Haerin mahu keluar apabila Jimin menyeru namanya.
"Ya? "
"Sini. Teman aku. "Kata Jimin.
Haerin terpaku. Teman Jimin buat apa? Nak suruh dia tenung je badan Jimin tu.
"Tak apalah. Saya tunggu dekat dapur. "Haerin menolak.
"Sini. Aku nak ajak kau exercise sekali dengan aku. "Kata Jimin. Mata Haerin membulat. Dia paling malas nak bersenam.
Haerin terkulat-kulat menghampiri Jimin. Jimin memandang Haerin sekilas sebelum dia mengelap peluh di lehernya.
"Saya tak minatlah nak bersenam. Awak buatlah sorang. Saya teman je. "Kata Haerin.
"Bersenam bukan perlukan minat. Ini keperluan untuk sihatkan badan kau. Sini. "Kata Jimin. Dia memanggil dengan isyarat jari.
Haerin mengeluh. Alasan sebenar dia tak mahu bersenam sebab keadaan Jimin yang terlalu menarik perhatian wanitanya. Macam mana dia boleh buat muka selamba sedangkan Haerin naik segan tengok Jimin.
"Aku nak tengok stamina kau berlari. Naik treadmill ni. "Arah Jimin. Haerin menurut. Jimin menekan butang yang terdapat di situ.
Haerin mula berlari dengan tempo yng perlahan. Jimin pula berdiri dihadapan treadmill sambil memerhatinya.
"Awak pandang saya kenapa? Tengoklah tempat lain. "Kata Haerin.
Segan dia apabila Jimin menongkat dagu sambil memandangnya."Biarlah. Mata aku. "Balas Jimin. Haerin mencebik.
Memanglah mata kau tapi hati aku tak tenteram kau tengok macam tu. Haerin bermonolog didalam hati.
"Haerin kalau kau bersenam pakai sleeve shirt dengan short pant mesti seksi kan? "Ujar Jimin tiba-tiba.
Terkejut Haerin memdengar ayat Jimin.
"Apa awak ni? Dirty minded. "
"Mana ada aku berfikiran kotor. Better okay aku bayang kau pakai sleeve shirt dari sport bra. "Kata Jimin.
"Yah! "
"Gatal. "Kata Haerin. Dia menjeling Jimin yang tergelak suka.
"Okaylah aku gatal dengan kau. Nak ke aku gatal dengan Eunseo? "Jimin mengusik.
"Tak habis-habis Eunseo. "Haerin berhenti dari belari. Dia turun dari treadmill.
"Cemburulah tu. "
"Taklah. Kan saya pernah cakap. Saya suka sangat! "Haerin memerli Jimin.
Malas nak layan Jimin. Haerin mahu keluar dari mini gim itu."Alah okay. Okay. Last, teman aku buat push up. "Jimin menarik tangan Haerin.
Haerin hanya pasrah. Dia duduk dilantai.
Baru sahaja dia mahu mendongak memandang Jimin yang berdiri, tiba-tiba tubuh dia ditolak sehingga terbaring. Dengan pantas Jimin mengambil posisi tekan tubi diatas Haerin.
"Satu. "
Bibir Haerin dikucup. Haerin terkedu.
"Dua. "
Sekali lagi Jimin mencium bibir Haerin.
"Tiga. "
Cepat-cepat Haerin menutup mulutnya. Jimin berhenti.
"Awak bu..buat apa ni? "Soal Haerin. Matanya membulat memandang wajah Jimin yang betul-betul dekat dengannya.
"Push up. "Jawab Jimin dengan senyuman sinis. Tangan Haerin dialih dari terus menutup mulutnya.
"Empat. "
Lagi sekali bibir Haerin dikucup lama. Terbeliak matanya saat terasa bibir bawah ditarik perlahan oleh bibir Jimin.
"Argh! Awak jahat. Awak goda saya! "Haerin menolak Jimin kuat. Dia terus berlari keluar dari gim.
Jimin tergelak kuat.
Tak guna punya Jimin.
--
Tbc
Eii apa aku tulis ni?
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fiksi Penggemar| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...