Haerin duduk di pangkin rumah sementara menunggu nenek Park dan Jimin. Haerin melihat sekeliling rumah. Rumah nenek Park betul-betul sebelah bukit.
Haerin bangkit. Dia melihat pokok bunga yang ditanam oleh nenek Park. Tenang hati dia berada di sini. Haerin terus berjalan apabila ternampak reban ayam.
"Wah. "Haerin mencangkung dihadapan reban itu.
"Jakunnya. Ayam je. "Kata seseorang. Haerin menoleh. Jimin.
"Biarlah. "Balas Haerin.
Dia memerhati Jimin atas bawah. Tersenyum dia apabila melihat Jimin memakai seluar bunga-bunga, kasut but getah warna kuning dan topi jerami.
"Eii comelnya. "Haerin terus mengeluarkan telefonnya. Dia mengambil gambar Jimin sebanyak mungkin.
"Jangan upload dekat instagram. "Kata Jimin.
Haerin menjungkit kening. Dia terus tersenyum sinis.
"Kenapa? "
"Tak handsome lah abang pakai seluar ni. "
Haerin tergelak. Jatuh maruah dia kalau kadet-kadet lain nampak dia pakai seluar bunga-bunga macam ni.
"Hui jomlah. Kita gerak. "Dari jauh nenek Park memanggil. Pakaian nenek Park sama macam Jimin.
Jimin terus menarik tangan Haerin. Mereka berjalan beriringan ke ladang kentang.
"Luasnya! Nenek tanam banyak-banyak ni buat apa? Jenuh nak habiskan semua ni. "Kata Haerin. Matanya membulat memandang ladang yang terbentang luas.
"Haerin sayang, tak akanlah nenek nak makan semua kentang ni. Kentang-kentang ni nenek jual. Dapat untung. "Kata nenek Park.
Haerin tersengih. Ada betulnya.
"Jadi nenek nak suruh cabut kentang lah ni? "Soal Jimin.
"Cerdik kamu. Apa lagi? Tolong nenek cabut cepat. Nanti bawa balik sikit untuk masak petang ni. "Kata nenek Park. Dia terus meninggalkan Jimin dan Haerin.
Haerin mengaru kepala. Dia tak reti buat kerja-kerja macam ni.
"Jom sayang. Kita cabut bahagian situ. "Jimin membawa Haerin ke bahagian tengah ladang. Tak jauh dari nenek Park.
Jimin dan Haerin terus mencangkung. Haerin memandang Jimin.
"Macam mana nak buat? "Soal Haerin.
"Senang je. Biar abang ajar. "Kata Jimin. Dia memakai sarung tangan sebelum mengajar Haerin.
Terangguk-angguk Haerin melihat Jimin. Setelah faham. Dia mencuba sendiri. Kentang-kentang diletakkan dalam bakul yang disediakan.
Haerin jadi seronok dengan kerja itu. Pengalaman baru buatnya.
Matahari semakin menegak. Haerin mengelap peluh di dahi. Menyesal pula tak pakai topi.
Jimin menoleh memandang Haerin. Dia terus mencabut topinya lalu disarung pada kepala Haerin.
"Siannya. Merah dah muka. "Jimin mengesat peluh Haerin dengan hujung lengannya.
"Terima kasih abang. "Ucap Haerin. Jimin hanya membalas dengan mencuit pipi Haerin.
Tiba-tiba Haerin rasa pening. Dengan terik matahari, perutnya tiba-tiba rasa lain macam.
Haerin menutup mulut. Dia rasa mahu muntah. Haerin terus bangun. Dia gelabah, tak akan dia nak muntah dekat situ.
"Hey kenapa ni? "Soal Jimin.
Tak sempat Haerin buka mulut, dia sudah termuntah. Paling malang terkena baju Jimin.
--
Tbc.
Sorry makin membosankan.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...