Haerin keluar dari bilik air. Jimin yang sedang berbaring diatas katil dihampiri. Haerin menjengah melihat Jimin yang membelakanginya. Mata lelaki itu terpejam erat.
Haerin mengeluh. Dia ingin beritahu Jimin tentang kandungannya tapi apabila melihat lelaki itu sudah tidur, dia batalkan niatnya.
"Siapa yang berdendam dengan abang? "Soal Haerin sendirian. Dia mengusap rambut Jimin perlahan.
Dia rasa tak sedap hati. Sejak dia mendapat panggilan dari nombor yang tidak kenali itu, macam-macam yang berlaku padanya.
Hidupnya terasa tidak selamat. Seolah-olah ada yang cuba menganggu rumah tangganya dalam diam.
Ting!
Haerin tersedar dari lamunan apabila dia terdengar bunyi mesej masuk. Dia terus mengambil telefonnya. Mesej dari Instagram.
Sudah lama dia tak buka aplikasi itu. Sejak dua menjak ni, dia rasa malas mahu membuat live atau upload sebarang gambar.
Dia terkejut melihat nama choisan terpampang disitu. Mesej itu dibuka.
Haerin.
Saya nak bagitahu awak sesuatu.
Sebenarnya saya dah lama suka awak.Dahi Haerin berkerut membaca mesej itu. Jadi betul lah apa yang dirasakan selama ini bahawa lelaki itu menyimpan hati padanya. Ingatkan luahan perasaan lelaki itu ketika hari pertama perkahwinannya adalah sekadar gurauan.
Tapi tidak.
Awak online.
Saya suka sangat dengan awak Haerin.
Awak cantik.
Kenapa awak dah lama tak post gambar?
Saya rindu nak tengok muka cantik awak.Berderau darah Haerin membacanya. Perkataan rindu itu mengingatkan dia pada pemanggil misteri tersebut.
Apa awak merepek ni Choi San?
Awak tahu saya dah kahwin kan?Haerin menunggu lelaki itu membalas.
Jadi apa masalahnya?
Haerin berdecit. Dia tanya apa masalah? Apa guna belajar tinggi-tinggi kalau otak tak boleh berfikir.
Saya isteri orang!
Lebih baik awak simpan perasaan awak pada perempuan lain.Awak isteri orang atau tak, saya tetap sukakan awak.
Heh kahwin boleh bercerai kan?Haerin berasap membaca mesej itu. Geram dengan sifat kurang ajar lelaki itu. Haerin terus block akaun San.
Menyesal dia melayan lelaki itu dulu. Kalau dia tahu perangai San seperti ini.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...