dua belas : He doesn't love me but..

3.7K 418 52
                                    

Jam tiga pagi. Haerin masih tidak boleh tidur. Dia memandang siling lama. Kemudian dia melihat Jimin disebelah. Lelaki itu nyenyak tidur setelah mereka bersembang lebih satu jam.

Keluhan terbit dari bibirnya.

Masih terngiang-ngiang apa yang Jimin kata.

"Aku nak minta maaf awal-awal. Aku memang terima kau sebagai isteri aku tapi aku masih tak ada apa-apa perasaan pada kau lagi. "

Itu apa yang dibalas Jimin ketika Haerin meluahkan perasaan bahawa dia sudah jatuh cinta sejak kali pertama mereka bertemu.

Haerin mengiring ke kanan dan membelakangi Jimin.

Jimin sudah janji untuk belajar mencintai dia tapi dia rasa macam dia pula yang terhegeh-hegeh dekat lelaki itu. Tapi tak salah pun, itukan suaminya.

"Apa kau ni Haerin? Belajar bermakna bukan terus jatuh cinta. Positif please. "Haerin menampar pipi sendiri. Dia cuba bersangka baik dengan Jimin.

Sedang sibuk membebel tiba-tiba dia terdengar bunyi mesej masuk. Haerin mengambil telefonnya.

"Eh tak ada mesej pun. "Dahi Haerin berkerut. Baru teringat, dia duduk dengan Jimin. Jadi pasti bunyi itu dari telefon Jimin.

Haerin bangun dari baringnya. Telefon Jimin berada di meja sebelah kiri. Jadi kalau dia nak ambil mesti dia kena melepasi Jimin.

Haerin memerhati Jimin, memastikan lelaki itu tidak terganggu. Perlahan-lahan Haerin mendepakan tangannya disebelah bahu Jimin. Sekali tengok macam Haerin sedang menindih Jimin.

Haerin memanjangkan kepala melihat ruangan mesej yang tertera di lockscreen telefon.

Panas rasa hati apabila melihat nama Eunseo.

Hey Jimin. Kau dah tidur ke?

Ikutkan hati mahu sahaja dia ambil telefon Jimin dan balas mesej wanita itu tapi dia masih hormat privasi Jimin. Lagi satu soalan bodoh apa dia tanya ni? Dah pukul tiga pagi. Sah-sahlah dah tidur.

Ting!

Satu lagi mesej masuk.

Tentang wife kau. Kau betul-betul suka dia?

Haerin berdecit. Nampak sangat Eunseo ini ada hati dengan Jimin.

"Rumah tangga orang sibuk nak ambil tahu kenapa? "Kata Haerin perlahan.

Sangka baik dengan Eunseo terus hilang apabila gadis itu mesej Jimin pagi-pagi buta macam ni.

"Kau buat apa ni? "

Haerin tersedar dari bebelnya. Dia memandang Jimin yang berada di bawahnya. Mata lelaki itu tepat merenungnya. Sedar dengan posisinya yang menindih Jimin.

"Err..err. "Haerin mati kata.

"Kau cuba rogol aku ke? "Soal Jimin.

"Mana ada! "Haerin meninggikan suara. Terkejut punya pasal. Tak guna punya Jimin. Ada ke dia cakap macam tu.

Baru sahaja Haerin mahu bangun, Jimin sudah memeluk pinggangnya.
Tak keruan Haerin apabila Jimin merenungnya lama.

"Habis tu? "Jimin mendesak.

Jantung bagai nak meletup dengan posisi mereka sekarang. Apa tah lagi dengan Jimin yang tak sudah merenungnya.

"Lepaslah. "Haerin cuba melepaskan diri.

Ting!

Satu mesej masuk. Jimin dan Haerin sama-sama memandang ke arah telefon Jimin. Mesej dari Eunseo lagi.

Aku nak bagitahu sesuatu. Esok kita jumpa?

Tangan kanan Jimin masih memeluk pinggang Haerin manakala tangan kiri mencapai telefonnya. Mata Jimin tekun membaca mesej dari Eunseo.

Haerin yang terlupa rasa berdebarnya tadi mencebik melihat Jimin. Dia memalingkan muka ke arah lain.

Eunseo. Eunseo. Tak habis-habis Eunseo.

"Oh kau curi-curi baca mesej Eunseo eh? "Soal Jimin.

"Mana ada. "Balas Haerin tanpa memandang Jimin. Mulutnya memuncung. Sukalah tu Eunseo nak jumpa.

"Haerin. "Panggil Jimin.

"Apa? "Masih memalingkan wajah.

"Pandanglah aku. "

"Tak nak. "

"Degil. "Jari Jimin menarik dagu Haerin supaya memandangnya.

"Kau jealous ke? "

Eiii bodohnya soalan. Isteri mana tak cemburu tengok perempuan lain mesej suami pagi-pagi buta macam ni.

"Taklah saya suka sangat! "Haerin menolak Jimin. Dia terus baring disebelah Jimin. Selimut ditarik sehingga menutupi muka.

Gelak tawa Jimin diendahkan. Sakit hati.

--
Tbc.
Hari ni double update keke

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now