sepuluh : Car talk

3.6K 409 34
                                    

Malam menjelma, Haerin dan Jimin sudah berganti baju kerana mereka baru sahaja selesai mengambil gambar perkahwinan. Haerin menghampiri ibu dan bapanya. Dia perlu ikut Jimin pulang.

"Bye mama. "Kata Haerin. Puan Miran dipeluk. Sudah berkahwin mesti dia kena ikut suami.

"Ingat, dah kahwin kena lebih bertanggungjawab. "Pesan Puan Miran.

"Jimin, jaga Haerin baik-baik. Kalau dia manja sangat, ajar dia jadi matang. "Kata Encik Hyuk.

"Baik papa. Jimin akan didik Haerin jadi isteri yang baik. "Balas Jimin.

Haerin mencebik mendengar perbualan mereka. Haerin memandang Hyeon.

"Bye budak. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap mama. "Haerin mengusap kepala Hyeon. Pesanan yang kadang-kadang dia sendiri tak buat.

"Alah akak tak payahlah pindah. Rumah kita tu besar, boleh je akak dengan abang Jimin duduk sekali. "

Hyeon memuncungkan bibir. Matanya dah berair. Walaupun dia selalu bergaduh dengan Haerin tapi mereka adik beradik. Mesti dia akan rindu.

"Nanti akak datanglah, jenguk Hyeon dengan mama dan papa. "Haerin memujuk.

Haerin dan Jimin mengucapkan selamat tinggal sebelum mereka berdua keluar dari dewan.

Haerin menaiki kereta audi kepunyaan Jimin. Jimin fokus memandu tapi Haerin gigih memikirkan cara mahu berbual dengan Jimin.

"Awak tipu saya. "Kata Haerin. Jimin memandang Haerin sekilas.

"Tipu? "

"Mesej semalam. Awak nampak muda je. Kulit awak cantik dan handsome. Awak tipu saya.  Sampai hati. "Kata Haerin.

Jimin hanya tergelak mendengar ayat Haerin yang terselit pujian.

"Saja je. Kau percaya ke? "

"Percayalah. Saya dahlah tak kenal awak langsung. Oh maksud awak yang kita pernah jumpa tu, masa saya terlanggar awak ke? "Soal Haerin.

Seingat dia, itulah kali pertama dia bersua muka dengan Jimin.

Jimin mengangguk.

"Ya. Aku tak sangka kau tak perasan nametag dekat uniform aku. Niat aku nak melawat mama tapi tak sangka bertembung dengan kau. "Kata Jimin.

Haerin mengiyakan. Dia pun tak tergerak hati nak lihat nama di uniform Jimin.

"Lagipun, macam mana aku kenal muka kau sebab ibu pernah tunjuk gambar kau. "Kata Jimin.

"Ceh, mana adil. Awak tak kasi pun gambar awak dulu. "Balas Haerin. Punyalah dia hidup dalam tanda tanya sepanjang bertunang.

"Sekarang aku dah ada depan mata kan? Tengoklah puas-puas. "Ujar Jimin.

Haerin tersengih. Dia menongkat dagu memandang Jimin.

"Awak kacaklah. "

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now