Bayangan dirinya dipukul, isterinya dibawa lari. Mata Jimin terus terbuka. Tersedar dari lena yang panjang.
"Syukurnya kamu dah sedar. "
Puan Jina terus memeluk tubuh anaknya. Jimin yang masih terkebil-kebil memandang sekeliling. Bukan hanya ada Puan Jina sahaja tapi ada keluarga mentuanya dan Hoseok.
"Haerin mana ibu? "Soal Jimin.
Puan Jina memandang Jimin risau. Kesian dia melihat keadaan Jimin. Pagi tadi dia dalam perjalanan ke rumah anaknya. Bila sampai, dia terkejut melihat Jimin terbaring tidak sedarkan diri di depan rumah. Pintu terbuka luas. Haerin pun entah ke mana.
Tiba-tiba Jimin menangis. Kecewa dengan dirinya kerana tidak berjaya selamatkan isterinya.
"Ini semua salah Jimin. Kalau Jimin tak cedera mesti Jimin dapat selamatkan Haerin. "Kata Jimin. Dia tertunduk.
"Ini bukan salah Jimin. Polis sedang buka kes untuk cari Haerin. Anak ibu jangan macam ni. "Puan Jina memeluk Jimin. Belakang Jimin diusap perlahan.
"Mama, Papa. Jimin minta maaf. "Kata Jimin pada ibu dan bapa mentuanya.
"Kamu tak bersalah. Kita sama-sama tunggu polis siasat. "Ujar Encik Hyuk.
Jimin mengesat air matanya. Dia memandang Hoseok dengan maksud yang tersirat. Hoseok mengangguk memandang Jimin.
--
Selepas ibu dan keluarga mentuanya pulang, kini tinggal Jimin dan Hoseok sahaja. Hoseok mengambil tempat disebelah Jimin.
Jimin sedang tekun menghadap telefonnya.
"Okay. Aku dah dapat kebenaran pihak atasan. "Kata Jimin. Dia meletakkan semula telefonnya.
"Doktor kata luka dekat kepala kau tak teruk. Cuma kaki kau masih tak boleh berjalan betul. Kau yakin nak selamatkan Haerin dalam keadaan macam ni? "Soal Hoseok.
"Jangan risau Hoseok. Fizikal aku cedera tapi otak aku tak. "Kata Jimin.
"Maksud kau? "
"Kau dah call yang lain? "Soal Jimin. Dia tak menjawab soalan Hoseok.
"Dah. Mereka on the way ke sini. "Kata Hoseok.
Jimin mengangguk. Dalam kepala dia sarat dengan pelbagai cara mahu selamatkan Haerin.
Beberapa minit menunggu, orang yang ditunggu tiba. Taehyung, Eunseo dan seorang lelaki yang Jimin tidak kenali.
"Ini Inspektor Yunho. Dia yang kendalikan kes Haerin. "Kata Hoseok.
"Jimin. "Yunho dan Jimin berjabat tangan.
"Aku sebenarnya nak minta tolong kauorang semua selamatkan isteri aku dan sekali gus kita cuba tumpaskan kes dadah tu. Aku minta maaf awal-awal menyusahkan kauorang. "Kata Jimin.
Dia memandang mereka. Taehyung dan Yunho mengangguk tapi Eunseo hanya memandangnya kosong.
"Kau okay? Kalau menyusahkan, kau boleh tarik diri awal-awal. Aku tak nak kau ikut tanpa kerelaan. "Kata Jimin.
Dia tahu Eunseo mesti rasa berat hati apatah lagi dulu mereka pernah ada perselesihan faham. Dia tak tahu Eunseo masih ada rasa tak suka pada Haerin atau tak.
Eunseo terdiam. Dia memandang Jimin lama sebelum menjawab.
"Kita satu pasukan. Tak akan aku nak undur diri dan biar team aku berjuang tanpa aku. "Kata Eunseo. Dia tersenyum.
Jimin terasa lega.
"Aku ada plan. Aku nak pasukan kita dan pihak polis bekerjasama. Aku tahu polis tengah siasat kes pengedaran dadah kan? "Jimin memandang Yunho.
Yunho mengangguk. Memang betul apa yang Jimin cakap.
"Kitaorang dah dapat jejak lokasi mereka. "Kata Jimin. Dia memandang Hoseok. Lelaki itu sudah keluarkan semua barang kerjanya.
"Tapi macam mana kau nak bertugas kalau keadaan kau macam ni? "Soal Eunseo.
Jimin tersenyum menjawab persoalan mereka.
--
Tbc.
Merapu do ayat aku
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...