tiga puluh tiga : Choi San is back

3.4K 353 12
                                    

Tiga hari di Busan, Jimin dan Haerin pulang semula ke rumah mereka. Berat hati Haerin mahu meninggalkan nenek Park.

Ikutkan dia nak duduk lama tapi memandangkan mereka berdua ada banyak kerja perlu dibuat, lain kali sahajalah.

Haerin mengeluarkan beberapa helai kertas yang berlipat dari bag tangannya.

"Apa tu? "Jimin muncul disebelah.

"Resepi. Nenek bagi dekat saya. Katanya resepi masakan tradisional. Bolehlah saya buat nanti. "Kata Haerin. Matanya membaca setiap helai.

"Oh. Sayang. "

"Hmm? "

"Betul ni, tak nak pergi klinik? Cek kalau-kalau sayang sakit ke. "Jimin memandang Haerin dari tepi.

"Abang marah lagi ke pasal saya muntah dekat baju abang tu? Sorry lah. Tak sengaja. "Haerin memuncung melihat Jimin.

Ah sudah. Jimin maksudkan lain tapi perkara lain pula yang Haerin fikir.

"Tak. Abang tak kisah pun pasal tu. Abang cuma cadangkan sayang pergi cek. Mana tahu, sayang mengandung ke? "Kata Jimin.

Haerin memandang Jimin lama.

"Nantilah. "Balas Haerin. Dia kembali memandang kertas tadi.

Jimin mencebik. Buat tak endah je Haerin ni. Sejak bila Haerin malas nak layan Jimin ni?

--

"Kau tergesa-gesa ni nak pergi mana? Tunggulah aku. "Soal Somin apabila Haerin berjalan dengan laju.

"Pharmacy. "Kata Haerin. Dia mengeluarkan kunci keretanya.

"Kau sakit ke? "Tanya Somin lagi.

"Tak. Aku nak beli pregnancy test. "Balas Haerin.

Somin terus berhenti. Dia menutup mulut kerana terkejut. Dia terus dia mengejar langkah Haerin.

"Oh my god! Haerin kau mengandung ke babe? "Haerin pantas menutup mulut Somin apabila ada beberapa orang memandang mereka.

Eh Somin ni jenis susah nak kawal suara. Malu dia dibuatnya.

"Aku tak tahu lagi. Aku nak cek lah ni. Jangan cakap kuat-kuat. "Kata Haerin.

"Nak ikut kau lah. "

Haerin hanya mengangguk.

Bukan Haerin tak perasan, Jimin teringin sangat mahukan anak. Lagi-lagi bila dia nampak muka kecewa Jimin apabila dia buat tak endah dengan permintaan Jimin untuk dia ke klinik.

Jadi untuk tidak buat Jimin kecewa, dia mahu beli pregnancy test dulu. Kalau positif baru dia ajak Jimin ke klinik.

Haerin menghentikan keretanya. Dia dan Somin masuk ke dalam farmasi. Haerin mengambil kotak kecil berisi pregnancy test.

"Eo Haerin. "Mereka berdua menoleh apabila nama Haerin diseru.

Haerin terkejut.

Choi San.

"Awak buat apa dekat sini? "Soal Haerin.

"Err saya nak beli ubat. Tak sihat sikit. Awak berdua buat apa? "Soal San pula.

Haerin terus menyorokkan kotak itu dibelakang badannya. Tak tahu kenapa, dia rasa tak selamat untuk lelaki itu tahu.

"Sama. Somin tak sihat. "Kata Haerin.

Somin yang seakan faham dengan Haerin terus mengangguk. Dia terus berpura-pura batuk.

"Oh kak Somin ingatkan awak yang tak sihat. Risau saya. "Kata San. Haerin hanya tersengih.

San terus meminta diri untuk mencari ubat. Haerin memberi isyarat mata pada Somin supaya kawannya itu memerhati San. Dia tak mahu lelaki itu tahu apa yang dibelinya. Rasa tak selamat.

Selepas memastikan San tak nampak, dia cepat-cepat menyimpan kotak itu ke dalam bag. Mereka berdua segera keluar dari farmasi.

"Fuh. Aku rasa macam kena kejar dengan pencuri. "Kata Somin ketika mereka masuk ke dalam kereta.

"Peliklah. Macam mana dia boleh ada dekat situ? Dia ikut kita ke? "Soal Haerin.

"Tak tahu. Tapi masa aku perhati dia tadi, dia asyik cuba nak pandang kau je tapi tak jadi sebab aku tenung dia. Seramlah dia tu. "Kata Somin.

Haerin memandu pulang. Betul kata Somin. Menyeramkan. Apa entah lagi bila dia teringat komen San di gambarnya sebelum ini.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now