Haerin menyimpan lauk yang sudah dia sejukkan ke dalam peti ais. Setiap bekas dia terdapat sticky notes ditampal untuk memudahkan Jimin.
Dia bangun awal pagi semata-mata untuk masakkan makanan untuk Jimin makan tengah hari dan petang. Nanti kalau lelaki itu lapar, dia boleh panaskan sahaja.
Disebabkan Jimin patah kaki, dia mengambil cuti sehingga kakinya sembuh.
"Hari ini saya ada kelas straight sampai petang. Saya dah masak. Kalau abang lapar, abang panaskan lauk dalam peti ais. "Kata Haerin.
Kelam kabut dia mengambil bag sandangnya. Dia kena cepat kerana dia perlu ambil Somin, tiba-tiba kereta wanita itu buat hal.
Jimin memandang Haerin yang kelam kabut mengambil barang. Timbul rasa kesian apabila Haerin perlu jaga dia dalam masa yang sama ada kerja yang perlu dia buat.
"Sorry susahkan sayang. "Kata Jimin.
Haerin berhenti berjalan. Dia memandang Jimin tajam.
"Mana ada. Tak susah langsung. "Kata Haerin. Haerin memeriksa dirinya dicermin sebelum dia menghampiri Jimin.
"Saya pergi dulu. Abang jangan lupa makan tau. "Pesan Haerin. Dia mengucup dahi Jimin. Tersentak lelaki itu dengan tindakan Haerin.
Belum sempat Haerin pergi. Jimin menarik tangannya sehingga Haerin terdorong ke depan. Jimin mengucup bibir Haerin sekilas.
"Hati-hati. "Kata Jimin.
Haerin tersengih.
"Eii rasa tak nak pergi kelas pula. "Haerin bergurau. Dia melambai Jimin sebelum keluar dari rumah.
Jimin hanya tergelak.
--
"Macam mana keputusan kau? "Soal Somin. Dia memandang Haerin yang sedang memandu.
"Keputusan apa? "Haerin membelok ke kanan. Tak akan keputusan periksa pula.
"Pregnancy test semalam? "Somin mengingatkan Haerin.
"Alamak! "Haerin menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa nak bagitahu Jimin tentang kandungannya tadi.
"Positif tapi aku lupa nak bagitahu Jimin. "Balas Haerin.
"Oh my god. Macam mana kau boleh lupa? Berita gembira kut. "Kata Somin.
"Aku nak bagitahu semalam. Tapi semalam Jimin kemalangan. Dia kena laggar lari. "Haerin memberhentikan keretanya. Mereka dah sampai.
"Macam mana boleh kena? "
"Nantilah aku cerita dengan kau. "
Mereka berdua keluar dari kereta. Sebaik sahaja mereka melangkah ke bangunan muzik, Haerin ternampak San yang menghampirinya.
Haerin menjuling mata ke atas. Dia jadi menyampah dengan lelaki itu. Malas nak berselindung lagi.
"Haerin tunggu. "San mengejar apabila Haerin meninggalkan dia.
"Okay saya minta maaf pasal mesej semalam. Tapi saya tak boleh nafikan perasaan saya pada awak. "Luah San. Dia menarik tangan Haerin supaya berhenti.
"Saya dah kahwinlah San! Move on! "Marah Haerin. Dia terus meninggalkan San.
"Kenapa kau degil sangat? Dia dah kahwin. Dia cintakan suami dia. Jangan jadi perosak rumah tangga orang please. "Kata Somin. Dia memandang San dengan muka menjengkelkan.
San menjeling Somin.
"Kau jangan menyibuk kalau kau tak nak hidup kau hancur. "Kata San sebelum dia berlalu pergi.
Somin hanya mencebik. Betulah apa dia kata.
"Depan Haerin baik dengan aku. Belakang Haerin bukan main kurang ajar. Hipokrit. "Kutuk Somin.
Baru sahaja dia mahu masuk ke kelas, San berpatah balik. Hampir sahaja dia mahu langgar lelaki itu.
Somin baru sahaja mahu marah tapi tak jadi bila nampak San keluar dari bangunan.
"Mana budak tu nak pergi? "Soal Somin. Dia memerhati secara sembunyi.
Terbeliak matanya apabila ada sebuah range rover sport hitam berhenti dihadapan bangunan. Dibelakangnya pula ada lagi dua buah kereta yang sama. Keluar beberapa orang pengawal apabila San tiba.
"Heol. Siapa dia? "
Somin lihat San sedang marah seorang lelaki. Setelah itu, seorang pengawal membuka pintu untuk San masuk. Tiga buah range rover terus beredar dari situ.
Kalau San anak orang kaya sekali pun tak akan keluar dengan pengawal ramai macam tu.
Mesti ada sesuatu ni.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...