Bilik itu dicipta, dimana siapa yang berada didalam pasti fikir bilik itu hanya ada dinding kosong dan sebuah pintu tapi apabila mereka diluar, ada sebuah cermin yang membenarkan mereka melihat situasi di dalam.
San dan Hongjoong memerhati Somin yang dikurung di dalam bilik itu sendirian. Mereka memerhati tindak balas flakka pada Somin.
"Kita berjaya. "Kata San. Dia tersenyum melihat Somin.
Mana tidaknya, Somin bertindak ganas. Kalau tak hantuk kepala dekat dinding, dia berguling atas lantai. Cuba cederakan diri sendiri. Sampai ada kesan darah dekat dinding.
Somin tak ubah macam zombie. Kalau ada orang dalam tu mungkin kena gigit.
"Kau tengok dia dah okay baru keluarkan. "Kata San pada Hongjoong.
Dia tersenyum memandang Somin sekilas sebelum pergi dari situ. Dadah kali ini mesti dapat permintaan tinggi.
--
Jimin memandang Haerin yang tak reti duduk diam. Tak padan dengan mengandung, jalan ke sana sini.
"Sayang kenapa ni? Cuba duduk. "
Haerin memandang Jimin. Dia duduk disebelah suaminya.
"Abang. Saya risaulah. Dari semalam saya telefon Somin tak dapat. "Kata Haerin.
Tak tenang dia tidur apabila panggilan Somin terputus begitu sahaja. Apa jadi dengan kawan baiknya itu?
"Sabarlah. Tunggu berita dari keluarga dia dulu. "Ujar Jimin. Keluarga Somin juga sedang mencari wanita itu.
Ting! Ting!
Bunyi loceng rumah membuatkan Jimin bangkit dengan tongkatnya. Orang yang ditunggu sudah sampai.
"Hoseok, masuklah. "Kata Jimin.
Hoseok dan Jimin berjabat tangan sebelum mereka ke ruang tamu. Haerin hanya menghadiahkan senyuman pada Hoseok.
Dia sudah tahu, Hoseok mahu datang tapi dia tak tahu apa yang mereka mahu bincangkan.
"Macam mana? "Soal Jimin. Dia duduk disebelah Haerin.
"Aku dah siasat semua. Dan aku dah jumpa siapa orangnya. "Kata Hoseok.
"Siasat apa ni? "Soal Haerin. Ingin tahu apa yang mereka bualkan.
"Sayang tahu kan Hoseok juga pasukan khas? Abang minta tolong dia siasat siapa yang ganggu sayang dan langgar abang tempoh hari. Hoseok pakar dalam bidang ini. "Kata Jimin.
"Tapi bukan abang serahkan semua pada polis? "Soal Haerin.
"Ya tapi kalau tunggu pihak polis yang siasat ambil masa yang lama. Abang malas nak tunggu. "Ujar Jimin. Haerin mengangguk faham.
Hoseok mengeluarkan laptop dan sekeping gambar.
"Awak kenal dia? "Soal Hoseok pada Haerin. Dia melihat melihat gambar itu.
Gambar Choi San!
"Kenal. "
Hoseok mengangguk. Dia membuka laptopnya. Tangannya bergerak pada papan kekunci.
"23 Mac, jam 6.30 petang. Waktu itu kereta awak diekori. Cuba tengok, ini kereta yang ikut awak kan? "Hoseok menghalakan skrin laptop pada Haerin.
Haerin memandang skrin laptop. Memang betul cakap Hoseok. Itulah kereta yang mengikutnya.
"Aku ada hack rakaman CCTV dekat area yang kau kena langgar lari hari itu. Kereta yang langgar kau adalah kereta yang sama ikut Haerin. "Kata Hoseok.
"Dua nombor yang selalu hubungi Haerin, aku dah semak senarai panggilan. Nombor itu digunakan oleh indvidu yang sama. Dua nombor ini juga banyak lakukan panggilan antarabangsa dalam urusan jual beli dadah. Mengikut data, nombor ini dimilik oleh Choi San. "Ujar Hoseok lagi.
"What jual dadah? "Soal Jimin.
"Ya. Aku ada jumpa rekod kesihatan dia. Dia mengalami obsessive love disoder (OLD). "Kata Hoseok.
"Senang kau nak faham, dia obses dengan isteri kau. "
"Aku dah agak. Dari awal aku jumpa dia, budak tu nampak pelik. "Kata Jimin.
Iyalah siapa je yang berani mengaku suka dekat isteri orang, waktu hari pertama perkahwinan pula tu.
"Dia mungkin obses dengan isteri kau sebab Haerin selalu post gambar dia dekat instagram. Melalui situ dia selalu stalk Haerin. Bila Haerin tak buat apa-apa macam post gambar, dia jadi paranoid. "Ujar Hoseok.
Haerin terkejut.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...