Cruz terkaku di hadapan pintu bilik adiknya itu. Tersentak dirinya apabila mendengar kata adiknya tadi.
Dia tidak sangka adiknya itu sangat terasa dengan panggilan 'pembunuh' itu. Selama ini budak itu sudah dianggap pembunuh oleh saudara ibunya kerana menjadi penyebab wanita itu pergi dan lelaki itu tidak juga sangka selama ini Rechel memang dapat bersikap kasar begitu.
Baginya itulah kali pertama dia melihat Rechel bersikap kasar tepat di hadapan matanya. Gadis itu seakan orang lain. Bukan Rechel yang dia kenal selama ini.
Dari situ dia sudah tahu bahawa gadis itu memang sudah berubah. Tidak ada lagi budak perempuan yang lemah lembut dan suka cari perhatiannya.
Yang ada kini hanya seorang gadis yang sungguh tersiksa dengan gelaran 'pembunuh' itu.
Cruz mahu bercakap dengan Rechel tentang hal ini, namun dia dapat rasakan bahawa Rechel tidak akan mendengar malah tidak akan membenarkan dia bersemuka dirinya.
Lelaki itu mengeluh pasrah di situ. Satu lagi masalah telah muncul dan semua itu disebabkan perempuan itu datang.
Dengan jiwa yang sungguh lemah itu, Cruz membuka langkah pergi dari situ. Dalam dia berjalan meninggalkan tempat itu tiba dia melihat Beth bersama Mary keluar dari bilik tetamu tadi. Sejujurnya dia tidak suka kehadiran perempuan ini di rumah ini.
"Abang, apa jadi dekat Rechel tadi? Abang patutnya hukum dia tadi. Dia tu hampir nak tampar muka Beth ni," ujarnya dengan suara gediknya itu.
Dia kata Rechel hampir nak tampar mukanya tapi dia tidak sedar mulut tu sudah hancurkan hati adiknya. Mana lagi kejam? Tangan ataupun mulut tu?
"Kamu balik sahaja hari ni," Cruz cuba menghalau budak itu.
Sudah malas dia hendak melayan sikap budak itu. Silap hari bulan boleh terlepas kemarahannya itu.
"Tapi abang-"
"Balik!" Satu jelingan tajam diberikan oleh Cruz sebelum dia beredar.
Beth yang berada di situ tiba terasa gerun. Itu kali pertama dia melihat lelaki itu seakan marah terhadapnya. Tidak pernah dia melihat walaupun seorang ahli keluarga ini marah kepadanya seperti lelaki ini.
"Cik lebih baik, cik balik sahaja. Keadaan rumah ni sekarang tak berapa nak baik sekarang," ujar Mary.
Beth yang mendengar semua itu pun terus berjalan pergi dari situ. Mary berasa sedikit lega apabila gadis itu sudah pergi. Sekurangnya satu masalah sudah selesai.
Dan masalah seterusnya adalah cik mudanya pula. Wanita itu berjalan menuju ke bilik Rechel.
Nafas ditarik mengumpul seluruh tenaga yang dia ada. Tangan diangkat lalu dia cuba mengetuk pintu tersebut.
Tok! Tok!
Tiada sahutan dari tuan bilik ini.
Tok! Tok!
"Cik, cik okay ke?" Soalnya.
Mula timbul rasa bimbang dalam hatinya kini. Kenapa tidak ada sahutan dari cik mudanya.
"Cik Rechel..."
"Aku okay. Aku nak masa bersendiri," suara hadir dari bilik tersebut.
Walaupun luaran kata bahawa gadis itu baik tapi dalamannya tidak. Mary tahu semua itu. Dia bukan baru sehari dua menjaga gadis itu tetapi sudah hampir 18 tahun dia menjaganya.
Dia umpama ibu kedua bagi gadis itu. Jadi dia tahu gadis itu baik atau tidak baik. Dia takut gadis itu akan buat benda yang tidak elok nanti.
"Kalau cik perlukan saya, cik boleh panggil saya." Ucap Mary sebelum pergi dari situ.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...