cp 40

3.2K 288 20
                                    

"Boleh duduk sekali?"

Mata menatap lelaki yang tersenyum mengetuk meja ini. Ada pula dia ni dekat sini. Mana-mana aku pergi memang ada jer di datang. Letak GPS dekat aku ke apa ni?

"Mana aku pergi memang ada jer muka kau ya, Ian." Dia tersenyum lalu duduk di tempat Jason tadi.

"Mana ada. Ni pun kebetulan aku jumpa kau," dia tersengih.

Aku hanya dapat mengeluh sahaja dengan peragai lelaki itu. Entah-entah kalau aku pergi luar negara pun dia boleh kata kebetulan jumpa juga.

Tak tahulah apa yang lelaki ni pakai apa sampai tahu jer dekat mana aku berada.

Kertas yang ada di tangan aku tadi disimpan kembali ke dalam sampul surat.

"Kau masih cari ke pasal kes tu?" Soal Ian memandang surat tersebut.

Aku mengangguk perlahan. Sudah semestinya aku cari. Kes ini melibatkan nyawa seseorang yang amat aku sayangi. Kalau aku tak selesaikan kes ni hidup aku tidak akan pernah tenang buat selamanya.

Apatah lagi kalau aku tahu ini adalah kes pembunuhan bukannya kematian yang tidak disengajakan.

"Jadi Jason tadi tolong kau lah?" Kepala aku diangkat apabila dia menyebut nama Jason.

Seingat aku, aku tak pernah kenalkan Jason pada Ian tapi bagaimana dia kenal Jason.

"Kau kenal Jason?"

"Semua orang dekat dengan kau, aku kenal," dia tersenyum curiga.

"Ian, jawab betul-betul." Aku memandang serius terhadap lelaki ni. Entah kenapa aku dapat rasakan aura berbahaya dari lelaki ni.

"Okay, okay. Ya, aku kenal lelaki tu."

Susah aku mahu percayai. Aku yakin dia bukan setakat kenal tetapi lebih dari itu.

Mungkin aku sudah lama kenal dengan Ian tetapi banyak benda yang aku masih tidak tahu tentang lelaki ini. Senang cerita lelaki ini memang misteri.

Aku takut kalau satu hati nanti aku tersilap langkah dan boleh menyebabkan aku tahu benda yang tidak sepatutnya aku tahu.

"Macam mana kau kenal dia?" Soal aku.

"Tu aku tak nak beritahu. Tapi satu jer aku nak beritahu kau," nadanya bertukar serius.

Aku menengguk air liur aku. Tak tahu tetapi rasa macam benda yang dia akan beritahu nanti adalah sangat penting.

"Jason tu orang yang berbahaya. Kau jangan nak rapat sangat dengan dia. Kau tak tahu apa benda yang dia akan buat satu hari nanti."

Aku memandang serius ke arahnya. Jason adalah orang berbahaya? Kenapa pula?

Aku lihat dia baik sahaja dengan aku. Atau sebenarnya Jason itu ada dalam maksud dalam menolong aku. Aku tidak pasti semua itu.

Tapi bila kali pertama aku berjumpa dengan Jason memang pertemuan yang tidqk terduga. Pertemuan kami berdua seakan dia memang sudah tahu aku sedang cuba mencari jawapan misteri itu.

Dan dia datang untuk berkerjasama dengan aku supaya dia dapat bongkarkan misteri itu juga. Sebenarnya apa kena-mengena kes ini dengan dia?

Memang aku tidak faham.

"Kau dah lunch ke?" Tanya Ian. Aku menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu lunch sekali dengan aku sahajalah. Aku pun belum lagi ni," ujar Ian lalu memanggil pelayan restoran ini.

Aku juga hanya mengikut sahaja Ian. Lagipun aku juga belum makan tengahari lagi. Sekurangnya ada juga peneman aku makan. Tidaklah aku makan seorang hari ini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now