Tok! Tok!
Meja di kafe itu diketuk oleh Ian. Matanya memandang lelaki yang sebuk bermain telefon itu.
Kerusi di hadapan meja itu diambil lalu dia duduk memandang lelaki yang ingin berjumpa dengannya itu.
"Kenapa kau nak jumpa aku?" Soal Ian. Meskipun dia tahu sebab kenapa lelaki itu ingin bertemu dengan tetapi dia masih juga menanya.
Lelaki itu menghirup air yang dipesan olehnya tadi lalu mata memandang tepat ke arah Ian.
"Aku dah tahu semua rahsia Rechel sorokkan dari aku dan rasanya kau tahukan semua tu," dingin suaranya berkata.
Ian mengeluh lalu mengangguk. Dia sudah tidak dapat sorokkan semua itu lagi kalau lelaki ini sudah tahu. Mesti lelaki ini periksa badan Rechel ketika merawat Rechel hari itu.
Tak pun mesti doktor Clarissa ada beritahu dia. Ian nampak doktor Clarissa di hospital semalam jadi tidak mustahil perempuan itu akan beritahu lelaki itu tentang perkara itu.
"Cruz, ikut hati aku, aku tak nak sorokkan benda ni. Tapi ni permintaan Rechel sendiri," balasnya sendiri.
"Kenapa Rechel nak sorokkan semua ni dari aku?"
Ian menghela nafas pendek. Lelaki di hadapannya kini memang tidak faham akan sitausi gadis itu selama ini.
"Aku tanya kau, kenapa Rechel jadi macam?" Soalan itu membuat Cruz terkejut. Bagaimana dia nak tahu kalau dia sendiri baru nak tanya benda itu dari lelaki ini.
"Kau tak tahu kan. Tu sebab kau dan keluarga kau penyebab Rechel jadi macam tu," satu ayat membuat Cruz terkejut besar. Matanya terbuka besar melihat Ian.
"Keluarga aku? Apa keluarga aku dah buat?" Dia tidak faham kenapa keluarganya disalahkan.
"Kau tahukan dulu dia selalu buat perkara untuk tarik perhatian keluarga kau. Tapi apa yang korang buat. Korang tak layan dia. Kau biarkan dia seperti dia tu anak terbuang. Dan selama dia hidup di dunia ni, dia selalu terikat dengan gelaran 'pembunuh'. Rechel dah cuba untuk buang gelaran tapi semakin hari gelaran tu semakin letak dekat dia sebab orang macam kau. Tak pernah nak ambil peduli pasal dia."
Hati Cruz terasa tersentap dengan ayat itu. Jadi selama ini dia dan keluarganya adalah penyebab berlaku Rechel berubah.
Dia sendiri tidak tahu apa mahu dikatakan lagi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa yang bersalah adalah dia dan keluarganya.
Selama ini lelaki itu tahu Rechel cuba menarik perhatian dia, namun dia endahkan sahaja. Tapi dia tidak sangka kerana hal sekecil itu boleh membawa masalah sebesar ini.
Dia memang menyesal. Kalaulah masa boleh diputar, sudah lama dia lakukan. Rechel seorang gadis yang perlukan perhatian sahaja. Gadis itu bukan sepertinya yang pernah merasai kasih sayang seorang ibu malah merasai kasih sayang keluarga juga tiada.
Ibunya sudah pergi sejak Rechel lahir ke dunia ni dan Rechel dituduh menjadi persalah yang membunuh ibunya oleh keluarga ibunya sendiri.
Sejujurnya dia tidak menyalahkan Rechel, namun disebabkan keluarga ibunya terlalu sedih akan kepergian ibunya, Rechel dituduh sebagai pembunuh. Dituduh dan dibenci oleh mereka.
Kejadian itu juga membuat Rechel terus hidup dengan gelaran pembunuh. Dan apa yang membuatnya lebih teruk adalah sikap keluarganya yang tidak melayani Rechel sehingga Rechel beranggapan mereka membenci dia juga walaupun kenyataannya tidak.
"Dan satu lagi, kau mesti tahu yang Rechel tu ada DID kan?"
"Ya, kenapa?"
"DID dia seorang yang agak agresif. Kalau satu hari nanti dia ada keluar depan kau, tolong bercakap lembut dengan DID tu. Tugas DID tu nak tolong Rechel tapi dengan cara yang salah. Jadi cara untuk hilang DID tu, buat Rechel rasa tenang dahulu dan DID tu akan bertukar tubuh dengan Rechel balik."
Cruz memandang cawan yang berisi kopi yang dipesan olehnya tadi. Terlihat muka bersalah yang membuat Rechel tersiksa hidup di dunia ini.
DID itu salah satu sakit yang teruk juga. Dia tidak pernah berhadapan dengan pesakit itu namun dia pernah belajar akan sakit tersebut.
Apa dirinya boleh menyelamatkan Rechel dari masalah itu? Dia adalah salah satu penyebab gadis itu mendapat sakit itu dsn dia juga mahu menyelamatkan gadis itu sakit itu juga.
Pelik bukan. Dia cuba menyelamat benda yang telah dia lakukan sendiri.
"Macam mana aku nak selesaikan semua ni?" Cruz mengadu seorang diri.
"Tu aku rasa, kau boleh fikir sendiri. Ni masalah antara keluarga kau dan Rechel. Aku dah cuba sedaya upaya tolong dia hadapi semua ini selama ni," balas Ian.
Cruz mengangguk faham. Nampaknya dia mesti fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah itu. Sementara budak itu masih lagi dalam cuti sekolah, mungkin ini masa yang sangat bagus untuk dia berbaik semula dengan Rechel.
"Also, kalau kau nak tahu lebih pasal Rechel. Kau boleh pergi bilik dia," Cruz mengangkar muka apabila mendengar ayat tersebut.
"Macam mana aku nak masuk bilik tu, kalau password pun aku tak tahu."
"Aku beri kau klu. Password tu adalah nombor yang kau tak boleh lupa dan kau akan ingat selama."
Cruz berfikir sejenak. Nombor yang dia tidak pernah lupa. Nombor apa?
Dan kenapa pula nombor yang dia tidak boleh lupa sedangkan Rechel. boleh guna nombor lain. Apa maksud di sebalik nombor tersebut?
"Kalau dah tak ada apa-apa aku pergi dulu," ucap Ian lalu berdiri dari kerusi itu.
Kakinya melangkah keluar dari kafe tadi dan serta merta angin sejuk menyapanya. Untung sahaja dia pakai baju sejuknya ketika keluar kali itu.
Kalau tak mesti dia sudah rasa kesejukan yang melampau. Dia tahu musim sejuk sedang berlalu dan bermakna tidak lama lagi adalah ulang tahun Rechel.
Ulang tahun Rechel adalah tepat pada hari Natal. Jadi dia senang mengingat tarikh tersebut. Setiap tahun juga dia selalu memberi hadiah kepada gadis itu dan membawa gadis itu keluar untuk menyambut hari lahirnya.
Namun tahun ini dia tidak tahu. Terlalu banyak perkara berlaku. Kawan baiknya hampir kehilangan nyawa dan dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Sedih betul hatinya apabila mengingatkan kejadian itu. Kalau dia lebih cepat mungkin Rechel tidak akan lakukan semua itu.
Ian mengeluh seorang diri melihat langit yang luas itu. Dia tidak tahu kenapa Rechel suka melihat langit apabila ada masalah. Memang tidak tahu.
Kakinya melangkah menuju ke keretanya yang diletakkan tidak jauh dari kafe tadi. Kunci kereta ditekan untuk membuka kereta tersebut.
Baru sahaja dia ingin membuka pintu, tiba satu serbuk putih terkena bajunya. Dia mengangkat kepalanya melihat langit.
Serbuk tadi adalah salji. Salji pertama tahun ini. Dia dapat lihat banyak salji turun dari awan yang putih itu.
Mulutnya tersenyum melihat keindahan salji yang turun tersebut. Terasa sejuk tetapi sungguh menyenangkan.
"Tahun ni aku dapat lihat semua ni seorang jer. Kenapalah kau buat kerja bodoh tu, Rechel?" Soalnya perlahan sebelum memasuki kereta dan beredar dari situ.
Kalau aku buat ending Rechel mati, meati org paling sedih adalah Ian.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Genç Kurgu(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...