Pintu dibuka lalu aku masuk ke dalam bilik ini. Beg kertas tadi letakkan di atas meja belajar aku.
Tuala yang kemas disidai ditempatnya diambil lalu aku pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.
Selesai sahaja mandi, aku terus duduk di atas katil aku sambil membawa peti kotak kecemasan aku.
Tangan kiri aku diangkat lalu aku cuba menyapu ubat di kesan luka akibat perbuatan aku itu hari. Sudah beberapa hari sejak kejadian itu tapi aku tak faham kenapa luka ini seperti tidak mahu sembuh.
Biasanya dalam dua atau tiga hari lukanya akan tertutup kembali dan darah akan berhenti. Tapi tidak untuk luka ini. Kesah lukanya masih terbuka dan darahnya masih mengalir.
Disebabkan kesan darah ini jugalah baju aku tadi kotor pada bahagian lengannya. Nasib sahaja tidak ada orang perasan. Hairan juga aku darah ini boleh tembus kain pembalut luka aku ini. Banyak betul darah keluar sampai dapat tembus kain ni.
Apa patut aku jumpa doktor Clarissa? Aku takut juga nanti luka ini tidak akan sembuh. Mungkin aku patut berjumpa dengannya.
Selesai aku membalut luka ini, telefon pintar aku diambil. Nombor telefon doktor tersebut didail oleh aku.
Hebat bukan aku ada nombor telefonnya. Inilah untung jadi pesakit keutamaannya. Tak perlu aku nak telefon pihak hospital dulu kalau nak buat temu janji.
Lagipun dia sendiri yang beri aku keistimewaan ini supaya dapat menyenangkan aku. Bagi aku doktor itu memang baik sehingga sanggup setuju untuk tidak menulis data sakit aku di mana-mana data hospital itu.
"Hello," doktor itu menyahut pangilan aku.
"Doktor, kalau dalam minggu hadapan boleh tak saya nak jumpa doktor?"
"Minggu depan saya sibuk sedikit. Tapi kalau kamu nak jumpa saya, minggu ini boleh."
"Minggu ini?" Aku berfikir sejenak.
"Ya, hari Jumaat ini. Kamu okay?"
"Okay, jumaat nanti saya akan jumpa doktor."
Panggilan tadi terus dimatikan. Telefon dicampak ke atas katil ini. Niat aku hendak berjumpa pada minggu hadapan terpaksa bertukar jumaat ini. Tapi tak apalah, sekurangnya masih juga dapat berjumpa dengannya.
Badan aku direbahkan ke katil empuk ini. Mata aku memandang bumbung bilik ini. Sedikit serabut fikiran aku. Rasa mahu pecah otak ini pun ada.
Aku tidak tahu mengapa sejak dua menjak ini sungguh banyak kejadian berlaku. Hidup aku ini seperti novel. Selepas satu terjadi, mesti akan ada satu lagi kejadian yang akan terjadi. Semua ini seperti saling bersambung.
Kalau dikarang kisah hidup aku ini mesti akan setebal kamus.Mata aku ditutupkan seketika untuk merehatkannya lalu seketika kemudian aku terus berganjak ke alam mimpi.
.
.Keesokan harinya
Seperti biasa duduk seorang diri di bumbung sekolah ini. Aku mahu bersendiri sekarang. Otak aku masih berfikirkan tentang malam ini.
Aku tidak mahu pergi malam ini tapi aku terpaksa. Rasa macam mahu larikan diri pun ada kali ini.
Kalau aku pergi mesti akan menambahkan stress aku lagi tapi bila aku tak pergi nanti boleh mengundang maut dengan keluarga aku itu. Memang serabut betullah kepala ini. Kenapalah semua ini mesti terjadi?
Kalau boleh dikeluarkan otak ini sudah lama aku keluarkan dan buang. Aku tak mahu fikir semua ini lagi. Aku hanya ingin hidup tenang tanpa pengganggu yang mengacau hidup ini.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Roman pour Adolescents(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...