Mata aku merenung stereng kereta yang tidak bergerak ini. Sekali sekala aku melihat kembali ke arah novel di kerusi penumpang sebelah aku.
Jiwa aku masih tidak tenang sebenarnya. Aku masih lagi memikirkan kata-kata yang ditulis oleh Jason di dalam surat tadi.
"Carilah kebahagiaan kau sendiri."
Kebahagian aku?
Sejujurnya aku tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Aku tidak pernah sekali merasai kebahagiaan itu selama aku hidup. Hidup aku selalu dilaknat oleh orang lain, jadi bagaimana aku mahu tahu rasa kebahagiaan itu seperti apa.
Kalau dia suruh aku cari kebahagiaan aku sendiri, makna aku harus menganal maksud kebahagiaan itu. Aku tidak boleh menipu kepada diri sendiri kalau hendak bahagia. Maksudnya aku kena jujur pada diri sendiri.
Aku faham jujur itu memang sakit tetapi menipu itu tidak akan menyembuhkan luka di hati ini malah menyakitkan lagi luka itu.
Aku mengeluh seorang diri. Mata aku memandang ke arah jam yang terpapar di kaca telefon aku.
Pukul 7 malam.
Sudah lambat juga ya. Rasanya yang lain mesti sudah sambut hari Natal dengan penuh gembira. Sedangkan aku menangis kesakitan di hari ini.
Ting!
Tiba satu pesanan datang ke telefon aku. Aku membuka pesanan itu lalu satu senyuman keluar dari mulit aku.
"Happy Birthday and Marry Christmas! Aku dah beli hadiah kau. So kau jangan tak terima pula."
Ian menghantar gambar satu kotak yang sudah berbalut dengan sungguh kemas. Lelaki ini memang tak pernah nak dengar kata aku. Aku cakap tak nak hadiah tapi dia masih juga beli.
Apa boleh buat tapi disebabkan sikap degil tu lah aku selalu dapat tersenyum apabila bersamanya.
"Marry Christmas and thank you." Balas aku.
Aku menutup kembali telefon tadi. Enjin kereta dimatikan lalu aku keluar dari kereta tersebut. Sudah lama aku sampai ke rumah aku, cuma aku mahu duduk di dalam kereta dahulu kerana malas untuk melihat muka keluarga aku.
Dengan lemahnya kaki aku berjalan menuju ke pintu masuk rumah ini. Sesungguhnya aku tak nak balik. Sudahlah mata aku merah akibat menanggis tadi. Ini kalau ditanya, apa mahu jawab.
Belum sempat tangan aku ingin menolak pintu itu, tiba aku pintu tersebut terbuka sendiri. Terkejut aku melihat Mary terpapar di hadapan aku.
"Cik, baru balik. Masuklah," ujar Mary lalu aku masuk.
Agak terkejut aku melihat satu pokok Krismas berdiri tepat di tepi pintu rumah ini. Tidak pernah rumah ini mahu meletakkan pokok hiasan tersebut ketika hari Natal dan tiba hari ini ada pula.
"Rechel," panggil bapa aku yang duduk di ruang tamu tersebut.
Langkah kaki aku yang mahu balik ke bilik aku terhenti memandang ke arah bapa aku itu. Bukan sahaja dia malah Arshen dan Cruz juga turut duduk di situ.
Kenapa mereka berada di situ? Biasanya mereka tidak selalu berkumpul seperti itu.
"Papa ada benda nak cakap dengan kamu," ujar bapa aku. Ketiga-tiga mereka memandang ke arah aku. Manakala Mary pula sudah beredar dari situ.
Aku mengecilkan mata ini. Aku tidak tahu apa yang dia ingin katakan. Malah aku tidak mahu mendengar pun apa yang dia ingin katakan.
Kaki aku melangkah menuju ke arah mereka. Mata aku tajam sahaja memandang mereka. Memang bertemu dengan tiga orang ini membuat luka aku terasa semakin sakit.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...