cp 98

2.7K 277 11
                                    

Mata aku merenung ke luar tingkap bilik ini. Aku masih lagi ingat kejadian semalam. Kejadian dimana Emerline mengambil alih badan aku.

Sejujurnya aku memang hilang kawalan selepas kembali dari kubur ibu aku. Aku tidak menyangka pula emosi aku tidak teratur sehingga menyebabkan Emerline mengambil alih badan aku.

Untung sahaja waktu itu aku tidak melakukan kerja yang bodoh. Namun aku berasa pelik bagaimana aku boleh berada di atas katil pada waktu aku sedarkan diri pagi tadi. Tak kan lah ada orang yang lihat Emerline mengambil alih badan aku.

Yang aku ingat hanyalah, aku merosakkan violin aku dan selepas itu memori aku terus terpadam. Rasanya pada waktu itu Emerline mula mengambil alih badan ini. Dia memang pantang melihat aku dalam keadaan itu. Dan yang lebih teruk adalah violin aku.

Sudahlah semalam aku bertindak agresif dengan menghempas violin aku ke lantai. Rasanya mesti aku tidak boleh gunakan violin aku lagi. Kena jugalah aku beli violin baharu sebelum sekolah bermula isnin ini.

Mata yang merenung ke luar tingkap ini beralih melihat ke arah meja belajar aku. Tidak ada apa yang menarik namun aku hanya menatap kosong ke sana. Aku mengeluh lalu aku berdiri dan berjalan menuju ke meja itu.

Satu novel yang aku letak di atas rak meja itu menarik perhatian aku. Itu bukan novel yang Jason berikan pada aku hati itu ke?

Seingat aku dia ada kata untuk suruh baca namun aku masih belum ada kesempatan untuk membaca. Lagipun aku audah baca novel ini dahulu jadi buat apa aku baca novel ini. Ada benda yang berlainan ke?

Novel itu dicapai oleh aku lalu aku bawa novel tersebut menuju ke meja yang aku duduk tadi. Kulit novel itu dibuka dan kelihatan masih sama macam yang aku punya.

Aku dengan malasnya menyelak setiap satu muka surat buku tersebut. Kadang-kala ada juga aku baca sedikit cerita ini. Buat apa aku baca semua kalau aku sudah baca karya ini dari awal.

Dalam aku menyelak satu persatu muka surat itu, tiba aku terperasaan aku nota kecil dilekatkan di satu muka surat buku ini.

[Aries tak pernah salah, cuma orang sekeliling dia buat dia bersalah. Sama seperti kamu, kamu tak salah cuma kamu dihantui oleh pendapat orang yang membuat kamu salah.]

            -Amel

Amel!

Itu nama ibu aku. Jadi ini adalah tulisan ibu aku yang diberikan kepada Jason. Kenapa ibu aku tulis semua ini?

Jason ada cakap hidupnya sama seperti aku, jadi dia beri buku ini supaya aku dapat baca dan cari pengajarannya.

Namun aku masih tidak faham kenapa mesti buku ini? Bukankah lebih baik kalau dia simpan sebagai kenangan terakhir ibu aku. Buat apa beri aku walaupun dia sudah tahu pengakhiran aku bagaimana.

Dan satu lagi kenapa Aries mesti disebut oleh ibu aku? Aries merupakan watak utama cerita ini namun dia adalah antagonis yang sangat kejam. Semua orang nak dia mati dan begitu juga pengakhiran cerita ini.

Dari nota kecil tadi ibu mengatakan bahawa dia tidak salah. Aku setuju dengan pendapat itu kerana aku berada di situasi dimana semua orang menyalahkan aku dengan benda yang aku tidak lakukan.

Aku membuka lagi muka surat yang lain untuk mencari nota kecil yang sama seperti ini. Diselak aku kertas novel ini dan akhirnya aku menemui satu lagi nota kecil.

[Kalau kamu diberikan kesempatan mengubah masa lalu, janganlah kamu terima. Mengubah masa lalu tidak akan mengubah apa-apa takdir yang sudah tertulis.]

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now