Side Story 2 (Jane)

1.8K 183 18
                                    

Seorang perempuan memakai hoodie berjalan seorang diri di lorong yang gelap gelita. Hanya satu lampu jalan yang menerangi laluan tersebut.

Tangannya bergetar ketakutan sejak dia datang ke situ. Dia dapat rasakan satu aura yang sedang menghantui diirnya sejak dia keluar hari rumah tuannya dahulu.

Malah sekarang dia dapat rasakan bahawa ada orang sedang mengikuti. Langkahnya dipercepatkan untuk keluar dari lorong yang senyap itu. Dia mesti pergi ke tempat yang ramai orang.

Sesampai dia dipenghujung lorong tersebut, terus dia tersenyum. Dia berlari menuju ke sana dengan harapan dia akan selamat.

Dalam dia tersenyum itu, tiba satu kereta berhenti tempat di laluan keluar tersebut. Senyumannya terus hilang bersama kakinya terhenti.

Dua orang yang memakai penutup muka keluar dari kereta itu lalu berjalan menuju ke arah perempuan itu.

Dengan perasaan takut, perempuan itu terus berlari ke arah berlawanan. Dia dapat rasakan orang tadi ingin menangkapnya.

Melihat perempuan itu melarikan diri, dua orang tadi terus mengejarnya. Perempuan itu berlari sehinggalah penghujung lorong tersebut dimana tempat dia mula masuk tadi.

Bruk!

Dia terlanggar seseorang menyebabkan dia terjatuh ke tanah. Orang yang dilanggarnya tadi berbadan tegap seperti seorang sangat kuat.

"Tolong aku. Ada orang kejar aku," perempuan itu meminta tolong.

Orang yang diminta tolong tadi tidak berganjak, malah memberi pandangan yang sangat tajam sahaja.

Perempuan itu yang sudah berasa orang yang mengejarnya tadi semakin mendekat terus berdiri untuk melarikan diri. Nampaknya dia tidak boleh minta tolong lelaki di hadapannya kini.

Baru sahaja kakinya melangkah pergi, tiba dia dapat rasakan satu tangan menahannya. Tangan itu menahan mencekam bahunya lalu menolak dia ke lantai semula.

Perempuan itu mengangkat muka dan melihat lelaki yang dilanggarnya tadi. Lelaki itu tersenyum ke arah perempuan itu dimana membuat dia semakin takut. Dia sudah salah melayan seseorang.

"Tangkap dia," ujar lelaki tadi apabila melihat dua orang mengajar datang.

Perempuan yang ketakutan itu cuba melarikan diri namun gagal apabila mereka sudah menarik dirinya masuk ke sebuah kereta.

.
.
.
.

Time skip

Mata perempuan itu sikit demi sedikit membuka. Dapat dia rasakan bahawa tangannya sekarang sedang diikat dengan tali dan dirinya duduk disebuah kerusi.

Dia tidak dapat melihat apa-apa kerana matanya ditutup oleh sesuatu. Tapi dia dapat rasakan kehadiran seseorang di sana.

"Aku tak sangka kau akan minta tolong aku. Aku fikirkan selama ini kau kuat buat kerja sendiri," kedengaran satu suara bercakap di dalam bilik tersebut.

"Aku boleh jer buat kerja sendiri, tapi aku tak nak kotorkan tangan aku. Jadi aku nak kau buat," satu lagi suara menjawab.

Suara itu kedengaran tidak asing. Kepala perempuan itu mula memproses cuba untuk mengingati di mana dia pernah mendengar suara tersebut.

"Tu-tuan Arshen," sebut perempuan itu.

Dua lelaki yang duduk tadi terdengar suara perempuan terus berjalan mendekati dirinya yang terikat dengan kerusi tersebut.

"So kau ingat aku, Jane!" Arshen memandang perempuan yang terikat dengan kerusi itu.

"Tu-tuan, apa semua ni? Saya dekat mana?" Soal Jane ketakutan.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now