Side Story 1 (Muffin)

2.1K 199 9
                                    

Encik Shawn berjalan membelah laluan pusat beli belah tersebut dan tiba kakinya terhenti apabila melihat satu kedai yang menjual haiwan peliharaan.

Matanya tertumpu pada satu arnab yang berwarna coklat terkurung di dalam sangkar kedai itu. Teringat dia akan satu kejadian yang pernah terjadi dahulu.

.

Flashback

Sebuah kereta dengan laju membelah jalan raya tersebut. Encik Shawn yang dalam keadaan terburu iti terpaksa balik semula ke rumahnya kerana terlupa akan dokumen yang sepatutnya dia bawa. Sudahlah tidak lama lagi satu musyarat aku berlangsung dan sekarang dia terlupa dokumen itu pula.

Sepatutnya dokumen seperti itu orang akan tinggal di pejabat sahaja, namun disebabkan encik Shawn seorang yang agak berhati-hati, jadi dia tidak akan tinggalkan dokumen penting seperti itu di pejabat.

Dia takut akan ada pengkhianat di dalam syarikat dia, dimana orang itu akan hancur semua dokumen yang ada. Bukannya dia tidak pernah kena semua itu, malah sudah kena 3 kali. Hampir sahaja dulu syarikat hancur kerana hilang satu dokumen penting. Tapi nasib juga dia dapat menyelamatkannya.

Setelah hampir 30 minit memandu, akhirnya dia boleh melihat pekarangan rumahnya. Kereta mewah itu masuk ke dalam perkarangan rumah dan dengan cepat dia bergerak menuju ke rumah untuk mengambil dokumen tadi.

Tidak sampai lima minit, dia sudah kembali keluar rumah. Dia mesti cepat sebelum musyarat itu bermula.

Enjin kereta dihidupkan semula lalu dia memandu keluar dari rumah tersebut. Baru sahaja dia melimpasi pagar rumah itu, tiba dia melihat sesuatu di hadapan jalan pagarnya.

Dia memandang peluk benda itu. Seingatnya tadi tidak ada benda itu ketika dia masuk ke dalam rumah ini.

Encik Shawn keluar dari kereta yang dipandunya tadi lalu berjalan ke arah benda yang terbaring di atas jalan raya itu.

Dia melihat benda yang terlantar di atas jalan raya itu dan tiba dia terperasan bahawa itu adalah haiwan peliharaan anak perempuannya, Rechel.

Haiwan itu terbaring tidak sedarkan diri. Tubuh haiwan itu pula penuh dengan darah. Kena langgar lari ke haiwan ini?

Lelaki itu memandang sekeliling persekitaran rumahnya itu. Hanya dirinya sahaja disini, jadi siapa yang langgar haiwan ini. Nak katakan jiran, kawasan ini hanya ada rumah dia sahaja. Mana mungkin mereka ada jiran.

Jadi siapa yang lakukan semua ini?

"Muffin!" Tiba suara Rechel kedengaran kuat memanggil nama haiwan itu.

Encik Shawn melihat ke arah kereta yang menghantar anak perempuan yang batu sahaja pulang dari sekolah.

Rechel yang baru sahaja balik itu dengan terkejut melihat haiwan peliharaannya sudah tidak bernyawa terbaring di atas jalan raya.

"Muffin," panggil Rechel sambil mengoncangkan sedikit badan haiwan itu.

Encik Shawn yang berada tepat di hadaoan gadis itu hanya boleh terdiam. Dia tidak tahu mahu membuat apa.

"Papa langgar Muffin ke?" Mata Rechel sedih melihat encik Shawn.

Agak terkejut lelaki ith apabila anaknya berkata begitu. Bukan dia yang langgar. Malah dia menjumpai haiwan itu memang sudah terbaring di atas jalan raya tadi.

"Kamu-"

"Kenapa papa langgar Muffin? Muffin satu-satunya kawan Rechel dekat rumah ini," budak itu semakin menanggis. Tangannya memeluk tubuh arnab yang sudah tidak bernyawa tersebut.

Encik Shawn mengetap bibirnya melihat anaknya menanggis seperti seseorang yang berharga sudah pergi itu.

Ting!

Tiba satu pesanan tiba di telefonnya. Dia memandang penghantar pesanan itu lalu dia mendengus geram. Telefon ditutup kembali. Dia mesti kembali ke pejabatnya dengan segera.

"Papa kenapa bunuh Muffin?" Budak perempuan itu semakin kuat menanggis sambil memeluk arnab tadi.

"Kamu tak perlu nak kesian sangat. Dia tu hanya haiwan. Papa boleh bagi kamu yang lain," balas encik Shawn.

"Tapi Rechel hanya nak Muffin. Muffin kawan Rechel dan sekarang dia sudah tidak ada."

Kepala encik Shawn penat memikirkan cara untuk menenangkan anaknya itu. Sudahlah dia mesti balik ke pejabat dengan segara dan sekarang kena hadap salah faham ini pula.

"Kalau kamu menanggis macam tu, tak akan bawa dia hidup kembali. Kamu beri sahaja benda tu dengan Mary dan biar dia uruskan," ujar encik Shawn membuat Rechel sedikit terkejut.

Lelaki itu berjalan menuju ke arah Gilbert yang merupakan pemandu peribadi rumah itu. Satu kad bank diberikan kepada lelaki itu. Kad itu diterima dengan muka agak terlejut dengan perlakuan encik Shawn.

"Kau bawa dia beli yang baru. Berapa harga aku tak kisah. Janji dia sudah tak macam tu," arah encik Shawn membuat Gilbert faham akan perlakuannya tadi.

Selepas itu, encik Shawn dengan cepat masuk kembali ke dalam kereta menuju ke pejabatnya. Memang dia masih terfikirkan kejadian tadi, tapi sekarang kerjanya lebih penting.

End of flashback

.

Teringat kembali dia memori lepas. Sejujurnya dia memang terlupa akan kejadian itu selepas kerjanya berlalu.

Dia memang tak terfikir langsung akan haiwan yang sudsh kena langgar lari itu dan apa yang lebih teruk, dia tidak tahu apa-apa pun tentang Rechel selepas itu.

Terfikir juga dia, bahawa Rechel mula berubah sejak kejadian itu. Waktu itu sebenarnya dia tergesa hendak baluk ke pejabat jadi dia tidak sengaja mengeluarkan kata yang boleh menggoreskan hati gadis itu.

Kalau difikirkan kembali, memang dia terasa bersalah sekarang. Apatah lagi setelah dia sudah berbaik dengan Rechel ini. Dia tidak tahu, mungkin di dalam hati gadis itu masih lagi tersimpan kebencian dahulu. Kalau boleh dia memang mahi gadis itu maafkan sepenuunya kesalahan dia yang dahulu.

"Tuan," tegur Finn yang pelik melihat encik Shawn begitu.

"Kamu tolong cancel kan semua meeting hari ini dan aku tak nak jumpa sesiapa pun hari ini," arah encik Shawn.

"Baik tuan," balas Finn sebagai pembantu peribadi lelaki itu.

"Kamu balik dulu. Aku akan balik nanti."

Finn menurut arahan itu lalu dia terus bergerak menuju ke keretanya. Mereka berdua datang dari kereta yang berasingan jadi tak ada masalah untuk mereka balik nanti.

Encik Shawn melihat kepergian sosok pembantunya itu. Selepas sosok itu hilang, terus lelaki itu masuk ke kedai tadi.

Dia mahu membeli arnab itu dan menghadiahkan kepada Rechel. Mungkin itu boleh menembus kesalahannya yang dahulu. Walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada Rechel mahu atau tidak. Tapi sekurangnya dia mencuba.

Inilah cerita di balik muffin, arnab peliharaan Rechel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Inilah cerita di balik muffin, arnab peliharaan Rechel. Aku ada mention arnab ni kalau korang perasaanlah.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now