"Abang," aku terkaku apabila melihat abang pertama aku hadir di hadapan pintu.
Sangkaan aku bahawa Ian yang datang melayang jauh apabila melihat muka lelaki ini.
Macam mana dia tahu nombor bilik ni? Seingat aku, aku tak pernah begitahu sesiapa kecuali Ian dan Claire. Lagipun dia tidak akan datang sini, jadi buat apa aku bagitahu.
Namun kenapa hari ini datang. Siap tahu nombor dan tingkat bilik aku. Ada apa-apa terjadi ke? Ataupun dia nak marah aku sebab kejadian makan malam hari itu.
"Kau tak nak bagi aku masuk ke?" Soalnya membuat aku bertambah gerun.
Aku mempersila lelaki itu masuk ke bilik ini. Pandangan aku memang tidak boleh diangkat. Aku dapat rasakan sesuatu yang amat menakutkan apabila aku melihat muka lelaki itu.
Detak jantung aku juga seakan berdegup laju. Gelisah pula memang sangat membara sekarang.
Abang aku mengambil satu kerusi yang berdekatan balkoni aku. Aku yang tidak tahu berbuat apa-apa itu, hanya berdiri memandang lantai.
"Aku tak ada masa sangat sekarang, jadi aku akan straight to the point sahaja," ujarnya.
Aku mengetap bibir aku. Rasa takut sedang menghantui diri ini. Adakah dia hendak memarahi aku tentang kejadian itu. Ataupun si Beth itu ada mengadu dengan keluarga aku tentang sikapku kepada mereka.
Aku memang sangat takut akan apa yang hendak lelaki ini katakan nanti.
"Mula minggu depan kau tak perlu tinggal sini lagi," aku mengangkat muka.
Terkejut.
Tidak terkata.
Apa yang dia ni katakan tadi. Aku tak perlu tinggal sini?
"Ke-kenapa pula?" Aku mula menyoal.
"Papa nak kau mula tinggal dekat rumah."
Aku kebinggungan. Bukankah dahulu dia juga setuju untuk aku tinggal di asrama ni.
"Tapi ni sekolah asrama penuh. Rechel mesti tinggal sini," aku cuba memberi alasan. Aku tidak mahu balik ke rumah tersebut.
"Aku dah cakap dengan pihak sekolah dan mereka setuju bagi kau tinggal dekat luar," sekali lagi terkaku.
Sejak bila dia lakukan semua ini? Aku tidak mahu tinggal di rumah itu. Aku masuk ke sekolah ini pun sebab aku mahu lari dari rumah tersebut.
Tapi kalau jadi begini, tidak ada gunalah aku belajar di sini. Aku mesti cari alasan. Aku tidak mahu balik ke rumah itu lagi.
"Tapi-"
"Aku tak nak dengar alasan kau lagi. Dua hari lagi aku akan datang ambil kau. Kemas semua barang kau untuk bawa balik," keputusan sudah muktamat.
Aku terdiam. Terkaku tidak terkata. Segala usaha yang aku lakukan selama ini untuk keluar dari rumah itu telah gagal.
Kenapa semua ini mesti terjadi? Adakah kebencian mereka kepada aku sampai begitu sekali sehingga mahu aku tersiksa di rumah itu.
Aku benci semua ini. Sangat benci. Rumah itu pembawa malang bagi aku. Tidak ada perkara baik akan berlaku.
Tangan ini digenggam kuat tanda aku marah. Marah akan diri ini yang terlalu lemah untuk menolak.
"Kalau dah tak ada apa-apa aku minta diri dulu," lelaki itu terus berdiri dan berjalan ke pintu keluar.
"Kenapa..." dia menoleh ke arah aku.
"Kenapa keluarga ni selalu buat macam ni pada Rechel? Kenapa semua benda yang Rechel buat mesti dikongkong oleh keluarga ni? Tak dapat ke biarkan Rechel buat benda yang Rechel nak! Kenapa?" Herdik aku seperti meluahkan semua perasaan aku pendam selama ini.
Lelaki itu memandang tajam ke arah aku.
"Kau rasa kenapa? Kau kena ingat status kau dalam keluarga ni. Kami tak nak keluarga ni hancur hanya sebab kau," balasannya membelah hati itu.
Sanggup dia berkata begitu pada aku. Jadi memang salama ini mereka tidak pernah menganggap aku sebagai keluarga dan hanya menganggap aku sebagai orang asing sahaja.
Mereka berfikir aku adalah harapan keluarga yang mustahil akan terjadi. Jadi dengan membiarkan aku hidup di rumah itu semula mereka boleh mengawal aku untuk menjadi keluarga Asdarte yang sempurna.
Bukan sebab mahu melindungi aku tetapi hanya untuk menyembunyikan kecacatan diri ini. Apa aku memang tidak layak menggunakan nama keluarga Asdarte ini?
"Aku malas nak dengar kata kau lagi. Yang aku tahu dua hari nanti aku akan datang ambil kau," dia membuka pintu mahu keluar dari bilik ini.
Mata aku berair mengenangkan nasib ini. Aku tidak boleh mengubah takdir.
"Rechel benci keluarga ni!" Akhir kata aku sebelum sosok lelaki itu memang pergi dari bilik ini.
.
.
.
.
.Arshen berjalan menuju ke keretanya. Pintu dibuka lalu dia duduk di dalam kereta itu. Kepalanya sibuk memikirkan percakapannya bersama Rechel tadi.
Dia tidak tahu kenapa dia lihat adiknya tadi kelihatan sungguh suram. Terfikir dirinya kenapa budak itu tidak suka balik ke rumah tersebut?
Setiap kali dia melihat muka budak itu balik mesti penuh dengan kesuraman. Budak itu seperti bukan balik ke rumah tetapi balik ke tempat perkuburan.
Tidak pernah sekali pun dirinya melihat budak itu tersenyum di rumah tersenyum sejak beberapa tahun lepas.
Kalaulah bapanya tidak mengarahkan pihak sekolah untuk biarkan Rechel tinggal luar, memang tidaklah dia menghadapi semha ini.
Apabila bapanya mendengar Rechel selalu dibuli di sekolah ini, bapanya terus bercadang mahu pindahkan Rechel ke sekolah lain.
Namun cadangan itu ditolak oleh Arshen kerana dia tahu adiknya memang mahu bersekolah di sana. Jadi untuk melegakan sedikit hati bapanya dia mencadangkan supaya Rechel tinggal di rumah ini berbanding di asrama untuk keselamatan gadis itu.
Dan sudah semestinya candangan itu dipersetujui namum kesannya kini dia mendapat jawapan penuh kebencian dari adiknya sendiri.
"Kau rasa kenapa? Kau kena ingat status kau dalam keluarga ni. Kami tak nak keluarga ni hancur hanya sebab kau,"
Dia sudah buat satu lagi kesalahan. Dia tidak patut menjawab budak itu begitu tadi.
Rasa kesal itu memang terpendam di dalam hatinya. Tidak terniat dirinya untuk menjawab sekasar itu. Apa yang dia nak adalah bercakap baik dengan adiknya sendiri.
Dia tahu hubungan baik antara dia dan Rechel sangat buruk sejak kejadian itu. Dan dia mahu berbaik semula dan jadi adik beradik yang sebenar.
Namun semuanya gagal. Dia sekali lagi melukakan hati gadia itu. Sangat menyesal dirinya itu.
"Rechel benci keluarga ni!"
Satu lagi ayat yang bermain di fikirannya. Tidak sangka dia akan mendengar ayat itu keluar dari mulut budak itu.
Tapi memang patut pun akan keluar selepas balasan yang dia jawab tadi. Siapa sahaja tidak membenci dirinya kalau dijawab begitu.
Dia mengeluh menghadap stereng kereta itu. Dia telah membuat satu kesalahan yang besar lagi.
Nampaknya masih jauh lagi jalan dia mahu mendapatkan hubungan baik antara dia dan adiknya. Dia amat berharap hubungan mereka boleh jadi seperti dahulu lagi.
Sorang tahan aku sebelum aku bunuh abang dia tu. Tak pandai jaga hati Rechel betul!!!
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Genç Kurgu(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...