cp 66

3K 314 13
                                    

"Abang, tengok Rechel dapat nombor-"

"Kalau kau tak dapat nombor 1 jangan sibuk nak tunjuk dekat aku. Aku tak ada adik yang bodoh."

"Tapi Rechel memang-"

"Beth tu lebih bagus dari kau. Dia boleh dapat top 3 dengan senang daripada kau."

Aku tersedar dari mimpi kisah silam itu. Nafas aku tersekat-sekat sambil peluh keluar dari muka aku.

Perasaan diri aku kini tidak dapat diungkapkan. Aku takut, marah dan sedih dalam masa yang sama.

Mimpi tadi adalah mimpi kisah silam aku yang lepas. Antara mimpi yang paling aku tidak mahu ada.

Aku tidak suka mengingati kisah silam tapi kenapa aku harus mimpi semua itu. Apa sebab aku harus ingat semua kisah silam yang pahit itu.

Aku ingat lagi ketika semua itu berlaku. Hari dimana aku cuba menarik perhatiannya setelah aku dapat keputusan pertandingan menulis esei itu. Hari dimana aku tahu bahawa semua usaha aku untuk menarik perhatiannya adalag sia-sia sahaja.

Aku sangat ingat semua itu dan bagaimana dia menolak aku dan menerima perempuan yang langsung tidak ada pertalian darah kepadanya.

.
.
.
.
.

Flashback

Seorang budak perempuan berlari keluar dari kereta yang datang mengambilnya dari sekolah tadi. Hari ini dengan penuh cerianya dia pulang ke rumah setelah mendapat keputusan yang dia nanti-nantikan selama ini.

Kakinya dengan laju berlari masuk ke dalam bilik untuk menghantar beg sekolahnya. Seterusnya, dia terus keluar dari bilik itu pergi ke bilik abang pertamanya, Arshen.

Tok! Tok!

Pintu itu diketuk olehnga tapi tidak ada sahutan. Dia berasa hairan.

Tok! Tok!

Sekali lagi dia ketuk namun masih lagi tidak ada sahutan. Dia mahu membuka pintu bilik itu tapi dia takut dimarahi oleh abangnya seperti dulu.

"Cik Rechel sudah balik?" Tiba satu suara menegurnya dari belakang.

Dia menoleh dan kelihatan Mary yang menegurnya tadi.

"Cik buat apa sini?" Soalnya lagi.

"Abang tak ada ke?" Rechel bertanya kepada wanita itu.

"Tuan Arshen masih lagi dekat universiti dia. Rasanya petang sedikit dia akan balik. Cik ada apa-apa hal nak jumpa dengan dia ke?"

Rechel menggelangkan kepalanya lalu berjalan pergi dari situ. Dapat dilihat dari Rechel yang sedikit murung apabila mendengar hal tadi.

Niatnya tadi ingin menunjukkan keputusan kemenangan pertandingan menulis esei yang dia sertai dulu kepada abangnya. Namun niat tersebut terbatal apabila dia tahu abangnya masih belum tiba di rumah ini.

Kakinya melangkah masuk semula ke dalam bilik itu. Baju uniform sekolah yang dia pakai dilepaskan lalu dia menggunakan baju biasa.

Buku yang ada di dalam beg sekolahnya tadi dikeluarkan dan terus dia letak di atas meja belajarnya. Kerusi di meja itu diduduki olehnya lalu dia terus membuat kerja sekolah itu.

Itulah rutin hariannya. Sepulang sahaja dari sekolah dia akan membuat kerja sekolah ataupun belajar. Rechel bukan seperti budak biasa yang akan terus pergi bermain setelah pulang sekolah.

Dia harus belajar untuk meningkatkan kepandaian dirinya demi keluarga ini. Keluarganya tidak akan mahu memandangnya sekiranya dia seorang yang gagal.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now