cp 23

3.1K 297 8
                                    

"Ian, sorry aku lam-" kata aku terhenti.

Mata aku memandang seorang perempuan yang amat aku kenali. Kami berdua saling bertatapan.

Mukanya terkejut melihat muka aku. Mesti dia tak tahu bahawa aku bersekolah di sini.

"Kau! Apa kau buat sini?" Beth berdiri dengan muka tidak puas hatinya.

Aku hanya diam lalu berjalan melimpasi Beth menuju ke arah Ian. Aku berbisikkan sesuatu kepada lelaki itu.

Dapat dilihat muka Beth seperti tidak puas hati dengan aku. Dia mungkin tidak tahu bahawa Ian adalah kawan aku dari kecil. Dan mungkin sekarang dia sedang sakit hati apabila aku kelihatan rapat dengan Ian. Memang sama macam Eva. Kalau duduk sebelah ni mesti macam adik-beradik hati hitam.

"Yo Ian, lama tak jumpa kau!" Tiba Saint datang menyapa Ian.

"Baru semalam kau call aku, kau cakap lama tak jumpa."

"Tu call bukan jumpa," muka Saint tersenyum tanpa bersalah.

Aku melihat semua orang yang ada di dalam bilik ini. Jumlahnya adalah 6 orang. Tak kanlah aku kena jaga ke-6 ini.

Sudahlah yang paling parah ada Beth pula. Aku tak sangka pula dia ada masuk. Aku fikirkan orang lain tadi. Lepas habis kes Eva, minah ni pula yang ganti.

Hah! Apalah nasib hidup aku ni.

"Rechel, kau bolehlah tunjukkan mereka sekitar sekolah ni. Saint kau ikut juga," arah Ian.

"Kenapa aku masuk sekali? Bukan aku kata aku nak interview kau," Saint membangkang.

Ian melepaskan tangan yang diletak di atas bahunya tadi. Mukanya ditolehkan kepada Saint lalu dia tersenyum.

Dan serta-merta aku dapat rasakan aura gelap mengeliling Ian dan Saint. Jangan kata tadi Ian memang maksudkan katanya.

"Kau pergi atau tak ada interview. Pilih," ujarnya sambil tersenyum.

Kalau orang lain mungkin fikir ini hanya perkara biasa tapi untuk aku dan Saint yang sudah mengenal lama Ian ini memang bukan perkara biasa.

Dia tersenyum dengan ayat begitu tandanya dia sedang maksudkannya. Kalau salah pilih boleh bawa maut orang tu nanti.

"Okay, okay. Aku ikut Rechel," diri Saint mula cuak.

Aku dapat rasakan Ian berbuat begitu atas sebab benda yang aku bisikan tadi. Dia takut ada benda tak baik terjadi pada aku apabila aku bersama dengan Beth.

Kalau ada Saint mungkin boleh membantu aku sikit walaupun tidak tahu apa-apa tentang masalah aku.

"Kalau macam tu, jom Rechel. Kau tunjuk jalankan," tangan dia merangkul bahu aku dan membawa aku keluar dari bilil ini.

Beth dan 2 kawannya juga ikut serta. Muka mereka bertiga entah kenapa seperti tidak puas hati dengan aku.

Entah-entah mereka bertiga ada perasaan dengan Siant ini dan cemburu bila lihat aku bersama Saint begini.

Susah betul berkawan dengan orang terkenal ini. Ada sahaja orang tidak puas hati. Aku nak hidup tenang pun tak boleh.

"Kita nak pergi mana, Rechel?" Soal Saint.

"Kau nak pergi mana? Aku akan bawa kau."

"Group aku buat pasal keistimewaan sekolah ni, jadi aku nak pergi taman sekolah ni," aku memandang pasrah dengan lelaki ini.

"Kau sebenarnya nak tengok taman sekolah ni jer kan," aku meneka.

"Ala, aku curious juga orang cakap taman sekolah ni besar. Sebab tu aku nak tengok."

Aku sudah agak. Memang tak boleh diharapkan budak ni. Ini jugalah sebab aku tak percaya dia ni dapat masuk sekolah sebagus itu.

Aku berjalan menuruni tangga keluar dari bangunan ini. Sempat aku menjeling ke belakang dan melihat Beth dengan muka tidak puas hatinya.

Mesti dia terkejut tahu aku sekolah sini. Aku sendiri tidak tahu dia akan datang ke sekolah ini. Kalau aku tahu tak mungkin aku setuju dengan rancangan Ian.

"So, ini taman sekolah ni. Dekat sana ada taman mini dan tempat rehat pelajar. Kalau taman tertutup pula dekat belakang sekolah ini," aku menunjuk ke arah satu rumah kaca yang tegak berdiri di belakang taman ini.

Mereka berempat melihat persekitaran taman ini. Dapat aku lihat muka mereka seperti kagum ada tempat ini tapi tidak untuk Beth. Dia seperti menyembunyikan mukanya itu.

"Aku dengar sini ada tasik besar. Tapi tak pun, kolam sahaja aku tengok. Penipu betul," kata Beth.

Nadanya seperti mencari lawan dengan aku. Aku tersenyum lalu memandang ke arah bangunan asrama yang boleh dilihat dari sini.

"Tasik tu bukan sini, tapi dekat asrama. Tapi tetap juga termasuk dalam sekolah ini," jawab aku.

Beth mengetap bibirnya geram. Puas hati aku. Cari pasal dengan aku di tempat yang dia tidak tahu selok-belok. Memang bodoh.

Ingatkan pandai sangat sampai dapat masuk sekolah itu, tapi rupanya masih juga bodoh macam dulu.

"Rechel jom pergi sana," Saint menarik aku dengan merangkul bahu aku lagi.

Dia fikir aku ni haiwan ke, boleh main tarik-tarik begini. Sakit tahu tak leher aku ni.

Kami berhenti di sebuah kolam mini. Berdekatan dengan kolam ini terdapat satu taman bunga mini yang didirikan oleh para pelajar.

Kawan yang menemani Beth tadi mula menangkap gambar kawasan ini. Manakala Beth masih lagi dengan sikapnya itu.

"Saint, saya rasa dah boleh kot awak lepaskan tangan tu," ujar Beth menunjuk ke arah tangan yang merangkul bahu aku ini.

"Kenapa pula? Aku dah biasa sangat buat macam dekat budak ni. Rechel pun bukannya kisah. Waktu kecil dulu teruk lagi aku pernah buat," balas Saint.

Tiba aku teringat memori kecil aku bersama dengn Saint. Memang betul kata lelaki ini bahawa waktu kecil dulu dia teruk lagi layan aku.

Paling hebat dia tak pernah layan aku seperti perempuan. Kalau boleh mahu dia bawa aku ni masuk tandas lelaki.

"Apa sebenarnya hubungan awak dengan dia ni?" Tanya Beth seperti tidak puas hati.

Jadi betullah fikiran aku tadi bahawa dia ada menyimpan hati dengan Saint. Entah-entah dengan Ian tadi pun ada.

Macam aku tak kenal perempuan ni. Jumpa lelaki kacak mula susah peragai gedik dia. Dia sampaikan dengan abang aku pun nak walaupun umur jauh beza.

"Hubungan? Dia kawan dengan Ian dan aku kenal dia sebab aku kawan dengan Ian. Jadi dia ni..." dia jeda sekejap seperti sedang berfikir. Aku hanya perhati sahaja budak ini.

"Girlfriend aku!"

Serta-merta suasana menjadi sunyi. Saint pula hanya tersenyum sambil tangannya masih merangkul bahu aku.

Aku terkejut dengan jawapannya tadi. Sejak bila pula aku berpangkat teman wanita dia. Suka dia pun tidak.

Muka Beth pula sudah seperti mahu meletop marah. Saint ni memang cari pasal betullah.

Pak!

Saint kau menempah maut!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saint kau menempah maut!

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now