"Papa, kenapa bunuh Muffin? Kenapa..."
"Dia tu hanya binatang. Papa boleh bagi kamu yang lain."
"Tapi Rechel hanya nak Muffin saja. Muffin kawan Rechel. Kenapa bunuh dia? Muffin..."
Aku terjaga dari mimpi tadi. Dahi aku berpeluh bersama nafas aku tersekat-sekat.
Botol ubat yang ada di meja bersebelahan dengan aku dicapai lalu aku memakan ubat itu.
Seterusnya aku cuba menenangkan diri ini. Mimpi tadi adalah memori lampau aku dimana semuanya bermula.
Muffin adalah arnab peliharaan yang aku sayang. Hanya disebabkan warna bulunya berwarna coklat aku menamakannya sempena nama makanan Muffin.
Namun arnab tersebut sudah pun tiada. Arnab itu mati dilanggar kereta bapa aku. Lelaki itu langsung tidak berada bersalah dengan perlakuannya.
Dan dari situlah semua cerita aku bermula. Aku mula sedar akan persepsi keluarga ini terhadap aku. Mereka tidak akan layan aku. Apa yang mereka tahu hanyalah diri mereka sahaja.
Walau apa pun yang aku lakukan untuk menarik perhatian mereka, mereka tidak akan pernah melayani aku. Mereka bah kan sanggup membunuh satu-satunya haiwan dan kawan kesayangan aku tanpa berasa kesian sedikit pun.
Kejadian yang terjadi pada umur ku 12 tahun itu memang menutup diri ini terhadap orang lain. Aku sedar diri aku siapa di rumah itu.
Aku bukannya tuan rumah tetapi dianggap penumpang sahaja. Aku hidup atau mati itu bukan urusan mereka lagi.
Perasaan takut akan peristiwa itu memang menghantui diri ini sekarang. Aku yang duduk di atas katil ini memeluk kaki aku ini.
Kepala aku serabut dengan mimpi tadi. Nafas aku pula dari tadi tidak pernah tenang. Degupan jantung aku seakan semakin kuat.
"Rechel, kau tunggu apa? Buat sahaja benda itu."
Satu suara seperti menyeru aku supaya berbuat sesuatu. Kepala yang serabut ini seperti tidak dapat berfikir sekarang.
Almari kecil di tepi katil aku dibuka lalu aku mengambil pisau pemotong kertas di dalam almari itu.
Pisau itu dibuka dan aku arahkan ke lengan aku. Kepala yang seperti tidak dapat berfikir ini terus mengarahkan tangan aku menggerakkan pisau tersebut.
Aku mencederakan lagi diri ini.
.
.
.Angin yang sepoi-sepoi bahasa melanggar diri ini. Aku yang duduk di bumbung sekolah hanya temenung dari tadi.
Aku sendiri tidak tahu apa tujuan aku datang ke sini. Yang aku tahu hanyalah aku ingin tenangkan diri ini.
Aku mahu masa bersendirian walaupun sebentar. Tangan yang dibalut dengan kain luka ini disembunyikan dengan baju uniform aku. Untung baju ini berlengan panjang.
"Ah! Sejuk lah," aku terkejut apabila satu tin minuman diletakkan di pipi aku.
Seorang lelaki yang amat aku kenal tersenyum kepada aku lalu duduk bersama di bangku ini. Air tin tadi diberikan kepada aku.
"Kau buat apa sini? Mana Claire?"
"Entah, tak tahu."
Lelaki itu memandang pelik ke arah aku. Aku pula hanya menghiraukannya. Otak aku tengah serabut sebab malam tadi. Sudahlah sakit atas perbuatan aku masih lagi terasa.
"Biasa aku tengok kau pada waktu ini bukan main nak berborak dengan Claire. Kenapa hari ni tak pula?"
"Entahlah, Ian. Kepala aku serabut sangat ni. Nak bercakap pun aku sudah tak lalu," aku menghela nafas pasrah.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
أدب المراهقين(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...