cp 24

3.1K 307 20
                                    

Pak!

Tiba satu pukulan hadir di kepala Saint.

"Kau dah ke-" katanya terhenti apabila melihat orang yang memukulnya tadi.

"Eh, Ian. Bukan kau dekat bilik tadi ke?" Ian memandang Saint yang seperti mahu lari dari kesalahan itu.

"Tadi kau cakap hubungan kau dengan Rechel apa?" Soalnya serius. Nampak seperti ada aura kegelapan sini.

"Girlfriend!"

Pak!

Sekali lagi satu pukulan dari gajet Ipad hadir di kepala Saint. Bukan dari Ian tapi dari Claire yang entah mana dia datang.

"Kau nak aku beritahu Iris benda ni," ujarnya menyebut nama adik kelasnya di sekolah lamanya.

"Iris dah beritahu kau ke?"

"Dah dan tolong jangan ganggu dia. Dia ada exam besar akhir sem ni."

Saint mengangguk faham. Aku melihat dua rakan aku yang haru sahaja tiba itu.

Terkejut juga aku lihat Ian ada di belakang aku. Sedangkan tadi dia di bilik ketua pelajar dan sekarang dia ada dekat sini. Bukannya dekat bilik itu.

Dan Claire pula. Entah dari mana dia datang tiba memukul dan menyebut nama Iris.

"Tangan tu, lepas." Arah Ian membuat Saint terus melepaskan tangannya dari bahu aku.

Kalau Ian yang arahkan memang Saint tidak berani mahu bangkang. Tahu sangat Saint dengan Ian itu.

Tidak lama kemudian, Ian menarik aku pergi ke tempatnya. Dapat aku lihat tatapan tajam matanya ke bahu aku. Kenapa pula lelaki ini?

"Rechel, kau boleh teruskan kerja kau dengan Claire." Kata Ian.

Aku mengangguk faham. Claire yang berada di sebelah aku juga hanya diam melihat ke arah pelawat yang datang bersama Saint.

"Saint kau ikut aku," sekali lagi Ian mengarah.

"Alah, baru nak jalan-jalan dengan girlfriend aku," nadanya seakan marajuk.

"Sejak bila Rechel jadi girlfriend kau?" Soal Ian marah. Aku yang berada di sebelahnya memang dapat merasa aura hitam itu.

"Kau ni memang nak aku beritahu dekat Iris," Claire mengugut.

"Eh, jangan! Maksud aku girlfriend tu teman wanita. Dalam maksud lain kawan perempuan aku. Bukannya untuk bercinta bagai," dia mengelak.

Aku menjeling ke arah lelaki itu. Tahu takut bila sudah diugut begitu. Tadi bukan berani bergurau dengan Ian.

"Dah, kau ikut aku." Terus Ian menarik baju Saint membawanya pergi dari taman ini.

Kini hanya tinggal aku, Claire dan para pelawat perempuan ini. Kalau Saint tak ada, ada Claire pun jadi. Sekurangnya dapatlah juga mulut busuk Beth ini.

Aku kenal sangat Claire. Kalau dia tidak suka Eva maksudnya dia memang tidak ada suka dengan Beth.

"Kau ni pula siapa?" Soal Beth kasar. Nak cari gaduh ke apa ni?

"Claire," pendek jawapannya. Nada seakan mahu tidak mahu sahaja jawab.

"Nama macam perempuan tak ada adab."

Ipad yang ada ditangan Claire tadi diberikan kepada aku. Mulutnya tersenyum senin sambil dia berjalan mendekati Beth.

"Aku memang tak ada adab. Apa lagi dengan perempuan higusan macam kau. So kalau nak kehormatan dari aku, kau mesti hormat aku dulu."

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now