Mata aku merenung bunga mawar kuning yang mekar di atas meja ini. Mawar ini pelik, waktu musim salji seperti ini pun masih boleh hidup segar.
Bunga mawar yang lain sudah tidak kelihatan akibat terkena salji tetapi bunga ini mekar sahaja seperti tidak ada apa-apa berlaku.
Mata aku seterusnya beralih memandang ke arah taman bunga mawar milik arwah ibu aku. Teringat aku memori ketika aku masih koma dahulu.
Taman ini adalah tempat itu. Memang sama namun sedikit berbeza. Waktu itu cuaca sangat bagus dan penuh dengan keceriaan. Bukan seperti sekarang. Hanya kesunyian menemani tempat ini.
"Jadi kakak masih mahu hidup begitu ke?"
Soalan budak itu bermain di fikiran aku. Soalan ini memang menanti jawapannya sehingga membuat aku selalu teringatkannya.
"Mungkin aku mahu begini selamanya," balas aku sendiri.
Aku selalu memikirkan soalan itu jadi jawapan tersebut mungkin adalah jawapan terbaik. Buat apa aku mahu ubah cara hidup aku sekarang.
Aku suka hidup begini. Tidak mengganggu orang lain dan hanya berdiam sahaja. Aku pun tidak akan melakukan salah. Jadi lebih baik aku begini sampai bila-bila.
Dan yang lebih baik adalah aku akan keluar dari rumah ini tidak lama lagi. Waktu itulah waktu yang dinanti oleh aku. Semua sakit aku selama ini aku hilang bersama memori aku. Aku juga boleh menjadi orang baru. Bukan lagi Astrade tetapi Rechel.
"Selamat petang, cik." Ucap Mary yang tiba sahaja datang kemari.
Di tangannya terdapat satu dulang membawa teh yang selalu aku minum. Mary menghidangkan set minuman teh yang selalu aku gunakan. Wanita ini memang tahu sahaja apa yang aku mahu apabila aku datang ke sini.
"Dan ini untuk cik," dia menghulurkan satu bunga ros merah ke arah aku.
Aku memandang hairan ke arahnya.
"Kenapa kau beri aku bunga ni?"
"Saya terfikir kalau cik mahu gunakan kelompak bunga ros itu untuk buat teh kali ini," balasnya sambil tersenyum.
Baru aku faham. Dia maksudkan adalah resipi teh yang diletakkan kepolak bunga mawar ini untuk menambahkan bau teh itu.
Sudah lama juga aku tidak membuat teh itu. Mungkin aku boleh buat sekarang. Tetapi entah kenapa aku berasa malas pula untuk melakukan semua itu. Sudah lama aku tinggalkan resipi itu. Dulu aku belajar pun sebab aku fikir dengan cara itu aku dapat menarik perhatian keluarga aku. Tetapi akhirnya tidak dan aku tinggalkan sahaja ilmu tersebut.
Tangan aku menuang air teh yang sudah aku buat tadi. Jangan hairan kenapa aku buat sendiri. Hal ini disebab tabiat aku sejak kecil.
Aku tak suka orang lain buat teh aku. Kalau boleh aku sendiri mahu melakukannya sendiri. Jadi tak hairanlah kalau aku pandai membuat teh yang pelbagai jenis.
"Bagus betul hari ini kan. Tak sejuk sangat macam sebelum ini," ujar Mary berseorangan.
Aku memandang ke arah Mary. Memang betul katanya. Cuaca hari ini memang sedikit bagus dari sebelum ini. Walaupun masih sejuk tapi tak sesejuk sebelum ini.
Dan kalau difikirkan sudah masuk beberapa hari sejak kejadian aku dikurung itu. Memang sekarang aku sudah tak dikurung tetapi aku masih tidak dibenarkan ke sekolah.
Festival tu?
Aku sudah dapat tahu bahawa Carol juga tidak dapat menghadiri festival itu. Untung jugalah gadis itu tidak dapat, tak lah rasa bersalah aku kerana telah hancurkan festival itu nanti.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teenfikce(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...