Ting!
Lift ini sudah sampai di lobi asrama aku. Kaki ini melangkah menuju ke pintu keluar tempat ini. Mata aku memandang sekeliling kawasan asrama yang sudah mahu mengelap kerana matahari sudah mahu tenggelam.
Telefon aku dibuka dan kelihatan jam sudah menunjukkan pukul 7 petang. Semalam Finn kata akan ada kereta yang ambil aku tapi di mana kereta itu? Harap sahajalah pemandu tu lupa akan aku. Biar aku tak pergi terus.
Aku amat berdoa semua itu terjadi. Aku sehingga sudah berfikir sekiranya dalam 10 minit lagi kereta itu tidak datang aku akan balik semula ke bilik aku.
Satu bangku yang tersedia hadapan pintu masuk itu diambil oleh aku. Aku melabuhkan punggung di sana sementara menunggu 10 minit tersebut.
Dalam aku menanti di situ, mata aku memandang kain pembalut luka di tangan ini. Lengan baju yang panjang di tarik aku ke atas melihat luka aku.
Walaupun sudah di balut namun kesan darah tersebut masih juga dapat dilihat. Tak tahulah kenapa luka ini lambat sangat menyebuh. Biasanya tak begini.
"Rechel!" Aku terkejut apabila nama aku dipanggil. Lengan aku tadi terus aku tutup kembali dengan baju aku.
Mata aku memerhati ke ara satu kereta berwarna putih yang berhenti tidak jaih dari aku. Cermin kereta itu diturunkan dan kelihatan abang kedua aku, Cruz berada di dalam kereta itu.
Matanya mamandang ke arah aku lalu tangannya memberi isyarat supaya aku naik kereta itu. Tak kanlah aku pergi sama dia? Ini lebih bahaya dari aku pergi sama pemandu keluarga aku.
Aku dengan hati yang sudah kecut ini berjalan ketakutan naik ke kereta tersebut. Tangan kanan aku memegang lengan kiri kerana aku takit dia nampak akan kesan darah yang terkena sedikit di lengan baju aku.
Sudahlah dia doktor mestilah dia tahu kenapa ada darah di tangan aku. Harap sahajalah dia tidak melihat ini.
"Kau sepatunya pakai baju bagus sikit. Bukannya pakai baju uniform sekolah kau," ujarnya membuat aku tersentak.
Sejujurnya kelas aku hari ini lambat selesai dari hari biasa jadi tidak ada masa untuk menukar baju atau mencari baju yang bagus. Dapat balik asrama ini pun sudah dikira sempat sedikit.
Tapi tak akan aku nak kata begitu padanya. Mahu sahaja dia tidak mempercayai kata aku itu. Lagi pun aku bukannya ada baju yang bagus untuk pergi makan malam ini.
Pakai uniform sekolah ini dikira lebih baik daripada aku pakai baju biasa aku.
Aku hanya dapat diam daripada ayatnya tadi. Tidak mahu aku mencari masalah hanya sebab baju ini.
Setelah beberapa saat, kereta ini dipandu keluar dari perkarangan asrama ini. Keadaan di dalam kereta seperti biasa senyap tanpa suara. Sudahlah radio tidak dibuka memang bertambah lagi kesunyiannya.
Kereta ini dipandu laju membelah jalan raya ini dan beberapa minit kemudian kereta ini berhenti di hadapan restoran.
Aku turun lalu mengikuti abang aku yang masuk ke dalam restoran tersebut. Pelayan restoran tersebut membawa kami berdua masuk ke satu bilik di dalam restoran tersebut.
Pintu dibuka dan dapat aku lihat bapa aku dan beberapa lagi ahli keluarga aku sudah duduk di meja yang terletak di dalam bilik itu. Nampaknya akulah yang terakhir datang.
Semua mata di dalam bilik itu memandang ke arah aku. Bukan sahaja bapa dan abang aku yang ada di dalam bilik ini, malah saudara dari sebelah ibu aku juga ada.
Aku tahu bapa aku buat majlis makan malam ini untuk mengeratkan hubungan baik keluarga aku dengan keluarga ibu aku setelah ibu aku pergi.
Namun ini bukanlah petanda baik untuk aku. Semuanya adalah buruk. Keluarga ibu aku membenci diri ini. Mereka menyalahkan aku sebagai penyebab kematian salah satu anak mereka.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Tienerfictie(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...