cp 50

3.2K 331 9
                                    

"Kenapa kau mesti hidup? Sebab kau mama pergi."

"Hidup kau dekat dunia ni tak ada guna. Kau hanya pembawa malang"

Aku terjaga dari mimpi aku. Dahi aku berpeluh. Nafas aku tersekat-sekat mengingat memori lalu.

Itu adalah memori beberapa tahun lepas aku bersama dengan abang pertama aku.

Aku ingat lagi pandangan mata keji yang dia berikan kepada aku sambil mengucap ayat tersebut. Aku tidak akan dapat lupa semua itu.

Itu adalah memori buruk aku. Aku tidak mahu mengingati namun mimpi tersebut membuat aku teringat aku semua memori tersebut.

Perasaan takut, marah dan sedih bergelora di dalam diri aku. Dan entah kenapa aku mula menangis. Aku duduk memeluk kaki aku di atas katil sambil mengenangkan tangisan aku yang datang secara tiba-tiba ini.

Aku cuba menenangkan diri ini tetapi tidak berjaya. Inilah sebab kenapa aku tidak suka mengalami mimpi seperti itu.

Mata menoleh ke arah satu meja tepat di tepi katil ini. Dapat aku lihat satu pisau pemotong kertas yang aku gunakan dahulu diletakkan tepat di atas meja tersebut.

Tangan aku dengan automatik mengambil pisau tersebut. Aku merasa seperti otak aku tidak dapat mengawal perasaan aku sekarang.

Tangan aku bergegar memegang pisau tersebut. Mata aku pula hanya tertumpu pada mata pisau tersebut.

"Sebab kau, adik aku mati!"

Memori lalu terlintas ke fikiran aku. Aku tidak dapat tenangkan diri aku.

"Kau memang pembunuh mama!"

"Kau yang patut mati bukannya Amel!"

Aku sudah tidak dapat tahan lagi. Aku bencikan fikiran aku yang mengingatkan memori hitam tersebut.

Tangan aku tanpa kawalan membuka mata pisau tersebut lalu ditujukan tepat di leher aku.

Aku mahu tamatkan semua ini. Aku tidak mahu tersiksa lagi. Semua yang terjadi ini salah diri aku sendiri yang lahir ke dunia ini.

Aku membuat wanita itu pergi dan semua orang membenci aku hanya sebab aku adalah pembunuh. Aku mahu tamatkannya.

"Kau pun sama, ibu kau tak ada niat untuk tinggalkan kau dan keluarga kau. Kalau dia diberi kesempatan untuk hidup bersama kau, mesti dia mahu. Tapi dia tidak boleh, jadi kau mesti teruskan hidup kau untuk bayar usaha dia lahirkan kau di dunia ni."

Tangan aku terhenti. Pisau tadi aku campak ke lantai. Nafas aku tersekat-sekat mengigatkan ayat Claire pada hari itu.

Mata aku menangis mengenang nasib aku ini. Aku mahu tamatkan hidup aku tetapi aku takut. Takut berjumpa dengan ibu aku di dunia satu lagi dengan cara membunuh diri.

Aku tahu membunuh diri salah namun aku tidak sanggup lagi hidup begini. Hidup aku terlalu sengsara.

Air mata aku mengalir menitis mengena katil ini. Kaki ini dipeluk menahan akan rasa yang mahu menamatkan riwayat hidup ini.

Aku amat memerlukan seseorang sekarang. Sesiapa sahaja, tolonglah aku di sini. Aku tidak sanggup menghadapi semua ini seorang diri.

.
.
.
.
.

Jane dengan rasa geramnya menghabiskan kerjanya membersih dapur rumah tersebut. Itu adalah dendanya kerana telah membuat masalah hari ini.

Kata chef tadi dia tidak boleh berehat selagi dapur itu tidak bersih sepenuhnya. Biasanya apabila dia membuat salah dia tidak akan kena denda tetapi disebabkan hari ini ia telah berbuat salah tepat di hadapan mata Cruz, lelaki itu telah mengarahkan denda dikenakan kepadanya.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now