"Betul ke dia kata, bukan kau yang kata," satu tatapan tajam ditujukan ke arah Melinda.
Melinda yang terkejut itu terdiam. Badannya terkaku apabila mendengar kata encik Shawn tadi.
"Apa awak cakap ni? Tak kan saya nak kata macam tu dekat adik saya sendiri," dia cuba menafikan kenyataan sebenar.
Sejujurnya dia sangat terkejut apabila lelaki itu berkata seperti dia tahu kejadian sebenar. Tapi dia sangat yakin lelaki itu tidak akan tahu kejadian sebenar dan bagaimana sebenarnya sikap dia terhadap Amel.
"Ya, kau memang tak kata macam tu dekat adik kau sendiri tapi kau kata macam tu dekat belakang adik kau sendiri," ujar encik Shawn.
"Hah! Mana ada. Saya tak pernah cakap buruk pasal dia," sekali lagi wanita itu menipu.
Dia tidak tahu kenapa lelaki di hadapannya tiba-tiba sahaja berkata begitu. Hatinya mula gelisah. Apa lelaki itu memang sudah tahu perkara sebenar?
Mata encik Shawn tidak beralih daripada wanita tadi. Semakin lama semakin tajam.
"Awak kenal saya sudah lamakan. Tak kan awak tak kenal saya. Mana mungkin saya akan cakap macam tu dekat Amel."
"Aku memang dah lama kenal kau, tapi semakin lama aku kenal kau semakin aku tahu tak diri kau macam mana sebenarnya," lelaki itu mula berdiri dari duduknya.
"Apa awak cakap ni?" Hati Melinda semakin gelisah.
Matanya mamandang ke arah lelakiv yang mula berjalan ke arahnya itu. Dapat dilihat air peluh mengalir di pipi akibat ketakutan.
"Selama ni aku anggap sahaja kau sebagai orang yang baik sebab kau kakak kepada Amel. Tapi selepas aku tahu perkara sebenar, rupanya selama ini aku salah. Aku menyesal sebab kenal dengan kau."
"Pe-perkara sebenar? Perkara apa? Saya tak faham apa yang awak kata ni," dirinya mula cuak.
Lelaki ini memang seperti sudah tahu perkara yang telah dia lakukan di belakang. Itu tidak boleh jadi, dia mesti cari satu lagi jalan untuk menafikan kenyataan tersebut.
"Ini apa?" Encik Shawn menghempas satu kertas ke atas meja.
Melinda dengan pantas membaca kertas tersebut dan alangkah terkejutnya dia melihat isi kertas itu. Kertas itu menunjukkan bukti dia membeli dadah yang diberikan kepada Rechel itu hari.
"Aku tahu orang yang racun Rechel adalah kau. Kertas tu sudah tunjuk bukti kau yang buat."
"Tak, bukan saya! Kertas ni salah. Saya tak pernah beli benda tu," dia cuba menafikan.
"Habis tu apa kau buat dekat sana?" Sekali lagi soalan yang tidak dapat dijawab dikemukakan.
Mulut Melinda kelu untuk menjawab soalan itu. Otaknya berfikir jawapan yang boleh di beri.
"Ja-jane! Ya, Jane yang buat semua tu bukan saya. Waktu tu saya teman dia sahaja."
Encik Shawn tertawa kecil lalu tersenyum senin. Wanita di hadapannya pula sudah berpeluh menampakkan wanita itu tengah gelisah.
"Jadi kau tahu perempuan tu akan racun anak aku tapi kau tak beritahu aku langsung."
Sekali lagi Melinda tersentak. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Sejujurnya dia yang suruh Jane bukan Jane yang mahu.
"Awak sendiri tahu yang saya bencu budak tu sebab bunuh Amel. Jadi awak fikir saya akan beritahu awak ke kalau ada orang nak bunuh dia. Saya lebih rela dia mati!"
Pak!
Satu tamparan panas hadir di pipi wanita itu. Tamparan itu memang dia tidak sangka akan datang dari lelaki tersebut.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...