"Jadi kakak masih mahu hidup begitu ke?"
Aku teringat akan kata budak itu. Aku tidak tahu kenapa sejak aku sedar dari koma, ayat tersebut bermain di kepala ini. Apa soalan itu memang memerlukan jawapan?
Dan satu lagi kenapa aku boleh ingat semua yang aku alami itu. Sepatutnya aku tidak ingat. Adakah ini satu petunjuk kepada aku?
Kalau ianya memang petunjuk tetapi untuk apa. Memori itu menunjukkan keadaan keluarga aku yang bahagia sahaja, tak kan dia mahu beritahu supaya keluarga aku ini akan bahagia seperti itu.
Memang mustahillah.
Keluarga ini tidak akan menjadi seperti memori itu lagi dan mana mungkin keluarga ini akan tersenyum begitu kepada aku.
Aku tidak faham. Apa gunanya tunjukkan semua itu kepada aku. Tidak ada guna langsung.
Aku yang duduk di bangku taman hospital ini mengeluh apabila mengingatkan semua memori itu tadi. Mata aku memandang air pancut yang berada di hadapan aku ini. Soalan budak itu memang mengganggu hidup aku. Apa jawapan yang patut aku kemukaan.
Aku tidak mahu berubah tetapi soalan budak itu seperti mahu aku berubah. Dalam keadaan aku sudah begini, fikir aku sudah boleh berubah ke? Memang tak lah. Apa yang sudah jadi ini sudah menjadi parut di hati aku. Tak akan hilang walaupun aku mati.
"Hey!" Tiba seseorang menegur aku.
Kepala aku ditolehkan ke arah kiri dan kelihatan orang itu adalah Jason. Lelaki itu tersenyum ke arah aku. Lama aku tidak melihat dia sejak aku sedar dari koma hari itu.
"Boleh aku duduk sekali?" Aku hanya mengangguk.
Lelaki itu terus duduk selepas menerima jawapan aku. Mata aku terus memandang ke arah air pancut di hadapan mata aku. Aku tidak tahu mahu mengatakan apa kepada Jason.
"Macam mana kau sekarang?" Dia menyoal menghilangkan kejanggalan antara kami.
"Tak tahu. Aku okay tapi aku masih sakit," balas aku tidak pasti.
"Boleh pula macam tu," lelaki itu tertawa kecil
Sejujurnya aku sendiri tidak tahu aku sudah sihat atau belum. Jadi macam mana aku mahu menjawab soalan tadi kalau aku sendiri tidak tahu.
Memang aku kelihatan sihat di luaran tetapi dalaman aku sangatlah sakit. Sakit yang memang menyakitkan walaupun tidak berdarah.
"Pasal perempuan tu macam mana?" Soal aku pula.
"Dia sudah kena tangkap," pendek jawapannya.
"Lepas tu apa jadi?"
"Aku rasa lepas tu, kau tak perlu tahu kot. Tapi aku boleh beri jaminan dia akan dapat apa yang dia telah buat," balasnya membuat aku sedikit sakit hati.
Aku hanya nak tahu apa hukuman yang wanita itu dapat tapi lelaki ini tidak mahu beritahu pun. Apa aku patut paksa? Lebih baik jangan. Aku sendiri tidak tahu lekaki ini siapa sebenarnya. Nanti kalau aku paksa, benda lain pula yang akan jadi.
"Keluarga dia tahu ke?"
"Dia baru sahaja bercerai jadi keluarga dia mungkin tidak tahu," aku terkejut mendengar hal itu.
Aku tidak tahu suami wanita itu sudah menceraikannya. Cukup lama juga suaminga menahan sikap wanita itu rasanya sampai sekarang baru dia mahu menceraikan dia.
Suaminya itu baik. Sangat baik dan sungguh berbeza dengan sikap isterinya dan anaknya, Beth. Aku masih ingat lagi dulu hanya suaminya sahaja yang mahu bercakap normal dengan aku. Dia tidak pernah marah mahupun perli aku di hadapan keluarga aku.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...