cp 91

2.6K 252 6
                                    

Mata aku sikit demi sedikit membuka. Cahaya yang menerangi tempat ini menyilaukan mata aku.

Aku tidak tahu aku dimana. Memori terakhir aku adalah aku di koridor sekolah bersama dengan Ian. Selepas itu aku terus tidak mengingatkan apa-apa.

Mata aku memandang sekeliling kawasan ini. Tempat ini adalah bilik aku. Bagaimana aku boleh ada dekat sini? Bukankah aku berada di sekolah sepatutnya.

Aku mengumpul seluruh tenaga aku lalu aku cuba membangunkan diri ini. Badan aku disandarkan di kepala katil ini.

Jam di dinding diperhatikan oleh aku. Sudah masuk jam 5 petang. Berapa lama aku pengsan? Kalau jam sebegini rasanya kelas aku sudah pun tamat.

Jadi maksudnya di sini aku tak masuk kelas lah. Tak guna punya badan. Waktu begini jugalah kau nak pengsan. Sudahlah ini semester akhir aku. Kalau aku tak belajar nanti tak lepas ujian aku.

Aku mengeluh di situ sendiri. Agaknya siapalah yang bawa aku ke sini. Ian rasanya. Kalau bukan dia siapa lagi.

"Rechel!" Aku memandang ke arah pintu yang terbuka itu dan kelihatan Cruz yang masuk memanggil aku.

Pandangan aku beralih ke tempat lain. Malas aku mahu lihat muka lelaki ini. Perlu ke aku jumpa lelaki imi ketika aku baru bangun dari pengsan aku ini.

"Kamu sudah sedar?" Soalnya.

Aku tidak tahu dia ini buta aku sengaja tak nampak. Sudah terang lagi bersuluh aku baru bangun di sini.

"Kamu ada rasa sakit mana-mana ke?" Soalnya lagi.

Aku hanya diam. Malas aku mahu jawab. Pandangan aku masih lagi memandang ke arah lain. Aku tidak mahu bersemuka dengannya.

"Kamu ada nak apa-apa ke?"

"Tak!" Jawab pendek aku lalu aku merebahkan diri untjk berbaring semula.

Selimut ditarik menutupi muka ini. Aku mahu lelaki itu beredar sekarang. Penat aku melayani perasaan yang sungguh sakit ini.

"Kenapa kamu begini?" Soal lelaki itu membuat aku terfikir.

Apa maksud dia? Begini itu apa?

Sikap aku ke? Tapi bukanlah selama ini aku memang seperti ini. Dia sendiri yang mahu aku duduk senyap sahaja di rumah ini jadi aku buatlah seperti ini dan apabila aku lakukan dia pula yang tanya kenapa aku jadi begini.

Aku memang tidak faham apa yang dia mahukan. Aku duduk diam salah, apatah lagi kalau aku duduk bising di rumah ini. Entah-entah dia ni mahu aku keluar dari rumah ini dengan lebih cepat.

"Rechel, abang tanya ni. Kenapa kamu tak pernah dengar kata abang?" Suaranya seakan bertegas.

Pernah ke dia memberi aku arahan. Rasanya tidak. Jadi apa yang dia maksudkan?

"Kenapa kamu tak makan ubat kamu?" Soalab itu membuat aku terkejut.

Itu rupanya.

Nampaknya dia sudah tahu selama ini aku tak pernah makan ubat. Ini mesti Ian yang bagi tahu.

Selimut yang menutupi diri ini tadi dilepaskan. Aku bangun dari baring aku lalu aku memandang tepat ke arah abang aku.

"Kenapa aku tak makan? Aku rasa kau sendiri tahu jawapan dia," balas dengan kasar.

"Jawapan? Apa kamu kata ni?"

Aku tersenyum senin. Pura-pura tak tahu pula lelaki ini.

"Keluarga ni kan benci aku dan memang harapan korang, aku pergi dengan lebih cepat. Jadi buat apa aku sembuh kalau pengakhiran aku mesti mati juga."

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now