"Clarissa, betul ke kau terima jadi doktor bantuan tu?" Soal seorang doktor perempuan yang duduk di kerusi roda tersebut.
Doktor perempuan yang berambut pendek mengemas mejanya itu tersenyum mendengar soalan rakan baiknya itu.
Memang dari dulu dia mendapat berita itu rakannya menanya begitu. Rakannya itu seperti tidak mahu dirinya pergi.
"Ya, betul. Berapa kali pun kau minta aku tak pergi, aku tetap akan pergi wahai kawan kesayanganku Ainsley," balas Clarissa kepada rakannya, Ainsley.
Muka doktor tersebut berubah menjadi menjadi sedikit sedih dan perkara itu sudah di jangka oleh Clarissa.
Clarissa itu hanya boleh mengeluh sahaja dengan sikap rakannya yang tidak mahu melepaskannya itu.
Bukannya lama dia pergi hanya sebulan sahaja. Itu pun bukan luar bandar tersebut, hanya hostipal di bandar ini sahaja. Tugasnya adalah membuat satu pembedahan besar-besaran yang melibatkan doktor pakar.
Disebabkan dia adalah doktor pakar jadi dia terpaksa menyertai pembedahan di hospital satu lagi.
"Kalau kau tak ada siapa nak teman aku dekat hospital ni?" Ujarnya dengan nada sedih.
"Ainsley, hospital ni ada banyak lagi doktor lain. Bukannya aku sorang doktor dekat sini," Clarissa memberi senyuman.
"Ya lah, tapi mereka tak serapat aku dan kau. Kita berdua sudah kenal lama. Lama lagi sejak kaki aku jadi macam ni," doktor itu mula mengukit kisah lalu.
Masih segar di otak Clarissa bagaimana doktor di hadapan kehilangan kebolehan berjalannya. Semuanya sebab mereka berdua pernah pergi menjadi doktor sukalawan bencana alam dahulu.
Ainsley kehilangan kakinya kerana satu bongkah berat menghempam kakinya semasa bertugas. Dan sebab itulah dia sudah tidak boleh berjalan namun dia masih boleh menjalankan tugasnya sebagai doktor.
Memori itu memang masih segar di kepala dua orang doktor tersebut. Disebabkan kejadian itulah mereka berdua rapat seakan adik-beradik.
Selepas kejadian tersebut, Clarissa menjaga Ainsley dengan penuh baik hati. Dan Ainsley pula tidak berputus asa menjadi doktor terbaik walaupun keadaannya begitu.
Tok! Tok!
"Masuk!"
Seorang jururawat membuka pintu menarik perhatian dia orang doktor tersebut.
"Doktor dari hopital XXX sudah datang. Mereka ada di bilik musyarat sekarang," ujar jururawat tersebut.
Clarissa mengangguk lalu membenarkan jururawat tersebut beredar.
Baru sahaja dia mahu pergi, tiba dia terfikir sesuatu. Dia memusingkan badannya ke arah Ainsley.
"Kau nak ikut tak?" Soalnya sambil tersenyum.
"Kenapa aku nak ikut pula? Meeting kau dengan doktor tu kan."
"Alah, jom lah. Kau kan kawan baik aku a.k.a pembantu peribadi aku. Jadi kau mesti ikut," Clarissa terus menolak kerusi roda Ainsley.
Rakannya itu hanya boleh pasrah dengan sikap Clarissa. Kalau dia sudah pergi terpaksalah dia ikut. Lagipun dia juga nak tahu siapa yang mereka akan bincangkan nanti.
Beberapa minit berjalan di dalam hospital itu akhirnya mereka tiba di destinasi mereka.
Pintu ditolak dan kelihatan ada dua orang lelaki duduk di dalam bilik itu. Tak ingat pula dia bahawa ada dua orang. Ingatkan seorang sahaja.
Dua orang lelaki itu berdiri setiba sahaja Clarissa dan Ainsley tiba di bilik itu.
Jujur di dalam hati dia orang doktor perempuan itu mengatakan bahawa lelaki di hadapan mereka sangat kacak. Apatah lagi lelaki yang berdiri di hadapan Clarissa sekarang.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...