Ian berjalan keluar dari kelasnya menuju ke kelas Rechel. Niatnya mahu bertemu dengan Rechel daripada tidak berbuat apa-apa di kelas pianonya kerana ketiadaan guru.
Pintu kelas jurusan violin dibuka dan kelihatan murid di dalam kelas itu berselerak seperti tiada guru yang mengajar.
Kakinya melangkah ke saru meja yang berada di hujung kelas. Tempat itu adalah tempat biasa Claire dan Rechel duduk namun kini tempat duduk itu kosong.
"Mana Claire dan Rechel pergi?" Soalnya kepada pelajar perempuan yang duduk di hadapan meja tersebut.
"Mereka kata nak berlatih dekat asrama tadi," jawab pelajar tersebut.
Ian mengucapkan terima kasih kepada pelajar perempuan itu lalu mula melangkah keluar dari kelas itu.
Namun langkahnya terhenti apabila Eva berdiri di hadapan pintu keluar. Lelaki itu tahu niat Eva berbuat begitu. Dia sebenarnya malas mahu melayan perempuan ini tetapi macam mana dia mahu keluar kalau dia berdiri tepat di hadapan pintu.
Dan sebab inilah dia tidak suka apabila masuk ke kelas jurusan violin. Malas dia mahu menghadap perempuan gedik ini. Sudah benyak kali tolak pun masih juga tidak berhenti.
"Tepi aku nak keluar," ujar Ian dengan nada dingin.
"Boleh, tapi sebelum tu saya ada benda nak cakap dengan awak."
"Kita cakap dekat luar."
"Tak, saya nak cakap sini juga."
Ian pasrah dengan keras kepala perempuan ni. Bila dia kata itu mahukan ini. Memang menyusahkan orang.
"Cakaplah," balasnya lalu menyandar di dinding kelas itu.
Ian perasan bahawa setengah budak dari kelas ini memandang ke arah dirinya sekarang.
Mereka mesti mahu tahu kenapa si Eva ini kecoh-kecoh sangat dekat depan ini. Harap sangatlah bukan benda mengarut yang perempuan ni nak beritahu nanti.
"Saya sukakan awak. Sudi tak awak jadi boyfriend saya?"
Satu kelas terkejut dengan luahan hati Eva tersebut. Memang sungguh berani perempuan ini meluahkan perasaannya kepada Ian di hadapan satu kelas ini.
"Maaf, aku tak ada masa nak bercinta." Selamba Ian menolak.
Ian tahu strategi Eva yang meluahkan perasaannya di hadapan kelas kerana dia tahu Ian tidak boleh tolak kalau tidak mahu malu.
Tapi perempuan itu salah. Lelaki bernama Ian Eveniel Ayzel itu lebih sanggup menahan malu daripada berurusan dengan perempuan gedik di hadapannya.
"Kenapa pula?" Soal Eva.
"Aku mesti belajar," pendek jawapan Ian.
Satu kelas tercengang melihat situasi ini. Bagi mereka inilah kali pertama mereka melihat orang meluahkan perasan di hadapan orang ramai dan ditolak begitu sahaja.
"Kalau awak tak ada masa nak bercinta, apa kata awak jadi pianist saya?" Eva masih tidak mengaku kalah.
"Aku dah jadi pianist untuk Rechel."
Eva mengetap giginya. Panas betul hatinya apabila nama perempuan paling dia benci itu dipetik.
Sudahlah sekarang satu kelas sedang melihat ke arahnya. Boleh dapat malu begini.
"Awak boleh sahaja tukarkan!"
"Aku tak nak."
"Kenapa awak tak nak?"
Ian mengeluh pasrah lalu berjalan ke hadapan perempuan itu. Tatapan yang tajam seperti mahu menusuk mata diberikan kepada perempuan tersebut.
Faham sangat dia dengan keadaan ini. Satu kelas sedang melihat mereka dan mungkin dia boleh gunakan masa ini untuk hentikan Eva buat selamanya.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
أدب المراهقين(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...