cp 95

2.6K 245 6
                                    

Aku menarik tangan bapa aku pergi menuju ke tempat meletak kereta di perkarangan sekolah ini. Sesampai di sana, aku terus melepas tangannya lalu memandang tajam ke arah lelaki itu.

"What are you doing here?" Soalku dengan nada yang agak marah.

"Papa datang sebab ada perjumpaan ibu bapalah," selamba dia membalas.

Itu membuat aku semakin tidak faham dengan lelaki itu. Kenapa tiba-tiba sahaja dia mahu datang? Ada maksud lain ke tentang kehadiran dia hari ini?

"Rechel, papa dengar kamu sangat bagus dekat sekolah ni. Markah kamu sangat tinggi lebih dari yang papa jangkakan. Kamu nak apa sebagai hadiah? Nanti papa belikan."

"Cukuplah papa! Papa tak perlu puji Rechel macam tu. Apa tujuan papa datang sebenarnya?" Aku mula berasa penat dengan sikap pura-pura baik bapaku ini.

"Papa mana ada nak apa-apa. Papa hanya datang untuk perjumpaan ibu bapa ini sahaja."

Aku tertawa kecil. Lawak apa yang dia sedang lakukan sekarang. Cakap dia hanya datang untuk perjumpaan ibu bapa, itu adalah lawak paling hambar yang pernah aku dengar.

"Datang sebab perjumpaan ibu bapa?Lawak apa yang papa cakap ni?" Kata aku seakan menyindirnya.

"Mana ada papa buat lawak."

"Habis tu, ini memang niat papa nak datang. Rechel tanya papa, pernah ke selama ini papa datang pada hari macam ni?" Lelaki itu terus tersentak.

"Papa tak pernahkan. Selama Rechel hidup dekat dunia ni, tak pernah satu hari pun papa datang kepada Rechel untuk diri Rechel sendiri. Papa hanya datang sebab ada tujuan sendirikan. Jadi pernah tak papa buat sesuatu demi Rechel?" Entah kenapa darah aku naik turun sahaja sekarang.

Sungguh hati ini sangat pedih apabila mengingatkan memori silap. Memori dimana tidak pernah sekali pun wajah lelaki ini hadir di hari penting aku.

Tidak kira bagaimana pentingnya hari itu, dia tidak akan pernah hadir di samping aku. Bukan sahaja dia malah satu keluarga ini begitu.

Mereka menghiraukan aku sehingga aku berfikir bahawa tidak akan ada hari mereka mahu melihat muka ini. Apa aku memang tidak layak mendapat perhatian mereka? Aku hanya inginkan perhatian, itu sahaja.

Aku tak perlu harta mereka. Hanya perhatian sudah cukup.

"Rechel, papa minta maaf."

"Minta maaf? Tak perlulah papa. Rechel sudah biasa dilayan sebagai pembunuh dalam keluarga ini," aku tersenyum senin.

Luaran aku memang nampak kuat namun dalam aku seakan dicucuk seribu panah. Sangat sakit aku untuk aku menerima semua kenyataan hidup aku selama ini.

"Papa apa selama papa pernah fikir tentang Rechel? Rasanya tak kan! Papa tak pernah ambil tahu tentang Rechel. Apa benda yang Rechel suka dan apa benda yang Rechel tak suka. Semua tu papa tak pernah ambil tahu. Apa yang papa mahu hanya diri papa sendiri. Papa tak pernah fikirkan perasaan Rechel selama ini!" aku meluahkan segalanya.

Sudah lama juga aku menyimpan semua ini. Cukuplah hari ini aku mahu meluahkan segalanya.

"Rechel, papa memang minta maaf. Papa memang bersalah selama ini."

"Minta maaf? Sudah terlambat papa. Tak ada guna lagi papa nak minta maaf," kaki aku terus beredar dari situ.

Air mata aku bertakung di kelopak mata ini. Aku sudah tidak sanggup bersemuka dengan lelaki itu lagi. Semua memori buruk aku bermula dengan lelaki itu, jadi muka itu memang tidak mahu lihat.

Aku tidak tahu kenapa lelaki itu tiba-tiba sahaja mahu meminta maaf? Menyesal dengan perbuatan dia yang dahulu. Memang susah aku mahu percaya.

Selama ini dia siksa aku tanpa fikir akan perasaan aku dan sekarang dia menyesal. Lawak apa yang dia lakukan sekarang?

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now