cp 101

3.1K 268 2
                                    

Mata aku leka memandang bulan yang terang memerangi langit malam itu dan tanpa aku jangka mulut ini tersenyum indah.

Entah kenapa diri aku terasa sungguh tenang hari ini. Hati yang dulunya selalu resah, kini terasa tenang seperti semua resah itu sudah berlalu.

Angin malam yang sejuk ini menyapa aku. Rambut yang tidak diikat berterbangan apabila ditiup angin. Suasana ini memang membuat aku tidak mahu berganjak dari sini.

"The moon is beautiful, isn't it?" Soal aku sendiri.

Mulut aku tidak lekang dengan senyuman tadi. Aku cuba tidak dapat berhenti tersenyum melihat langit malam yang sungguh indah tersebut. Kadang-kala aku terfikir mahu masa terhenti sekarang supaya tidak menghilang waktu malam ini.

"Bulan itu memang cantik," tiba satu suara menyoal.

Aku tidak terkejut kerana aku sudah jangka akan kehadiran suara itu. Kepala aku menoleh ke arah kiri aku lalu aku melihat seorang gadis presis aku.

"Emerline," sebut aku.

Gadis itu menoleh ke arah aku. Tidak ada satu pun senyuman di mulutnya. Muka kami sama tetapi dia berbeza dengan diri aku sekarang.

"Kenapa kau tak senyum?" Soal aku lembut.

"Kenapa aku harus senyum? Aku bukan kau."

Aku mengeluh kecil. Memang sikap dia begini.

"Ya, kau memang bukan aku. Tapi kau wujud disebabkan aku. Jadi kita berdua adalah sama."

Pandangan Emerline beralih memandang bulan kembali. Wajahnya kelihatan sedikit sedih.

"Ya, aku memang datang dari kau. Tapi aku adalah diri kau yang bencikan dunia dan sekarang kau sudah tak bencikan dunia ini."

"Jadi kau nak pergi sekarang?" Soal aku.

Aku mamandang tatapan mata yang melihat ke bulan itu. Adakah sebab itu dia kelihatan sungguh sedih sekarang?

Hanya sekali aku mahu melihat dia gembira. Aku tahu dia adalah aku tapi hadirnya dia memang membuat diri ini merasai dunia baharu dan disebabkan dia jugalah aku dapat menjadi kuat daripada apa yang aku jangka.

"Kau nak aku pergi ke?" Dia menyoal aku balik.

Pandangan mata aku beralih memandang bulan juga. Otak aku memikirkan soalan tersebut.

"Aku tak tahu. Kau hadir sebab waktu itu aku terlalu bencikan dunia ini, tapi sekarang aku sudah berubah. Aku dapat menerima dunia ini lagi. Sama maksud aku sudah tidak perlukan kau. Tapi aku tak tahu, sama ada aku mahu kau pergi atau tidak."

Aku cuba menyoal diri ini namun aku tidak dapat. Bagi aku Emerline ini tidak jahat. Dia cuma mahu melidungi aku daripada perkara aku tidak suka.

Dan apabila dia pergi, maknanya sudah tidak ada perkara yang aku tidak sukai sekarang. Apa patut aku berterima kasih pada dia?

Dia sudah seperti perlindung yang tidak kelihatan untuk aku. Namun aku tahu dia ada.

"Kau memang sudah berubah Rechel. Aku bangga dengan kau."

"Terima kasih," aku tersenyum nipis.

"Nampaknya masa aku sudah pun tamat sekarang," ujar Emerline sambil menoleh ke arah aku.

"Jadi kau akan pergi?"

"Ya, aku akan pergi. Tugas aku sudah selesai."

Aku menatap muka yang presis aku itu. Tangan aku mencapai tangannya. Sekali sahaja aku mahu berbuat begini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now