cp 89

2.7K 270 16
                                    

Kereta aku berhenti setelah 20 minit memandu dari sekolah aku. Mata aku memandang lemah rumah yang megah berdiri tersebut. Sesungguhnya aku amat meminta ini bukan rumah aku. Aku rindukan kehidupan aku di asrama.

Tidak jauh dan aku tidak perlu berjumpa dengan mereka itu apabila balik. Memang kalau boleh setiap hari aku mengeluh sebegini. Balik sahaja aku ke rumah ini semula memamng membuat aku ingin mengeluh semahu aku.

Beg sekolah yang aku letakkan di tempat duduk penumpang diambil oleh aku sebelum aku keluar dari kereta ini. Angin sejuk pada bulan ini menampar diri ini yang baru sahaja keluar.

Dengan pantasnya aku berjalan masuk ke dalam rumah. Kalau lama-lama dekat luar memang boleh buat aku beku nanti.

Setelah aku masuk ke dalam rumah, aku terus berjalan menuju tangga yang berada di tengah rumah ini.

"Rechel!" Satu suara memberhentikan langkah aku.

Aku menoleh dan kelihatan bapa aku memanggil aku tadi. Kenapa dia ada dekat sini? Bukan sepatutnya dia ada kerja luar ke?

"Kamu sudah balik?" Soalnya.

Aku hanya diam. Sudah terang lagi bersuluh aku baru masuk rumah ini sambil bawa beg sekolah. Memanglah aku baru balik.

"Kamu dah makan? Kalau belum, marilah makan sama sekali."

Aku mengetap bibir aku. Inilah perkara yang aku tidak mahu. Mereka berpura baik dengan aku supaya aku dapat tarik hati aku semula dan selepas itu hancurkannya.

Dari awal mereka tidak pernah fikirkan aku. Atau lebih tepat mereka hanya fikirkan diri mereka sendiri sahaja. Aku ini ada hanya sebagai mainan untuk mereka bermain dan akan dibuang kalau tidak diperlukan.

Badan aku dipusingkan menghadap sepertinya ke arah bapa aku. Mata aku memandang tajam muka tersebut.

"Papa tak perlu sangat nak berbaik dengan Rechel. Rechel sedar siapa diri Rechel di dalam rumah ni. Lambat-laun Rechel tetap akan keluar dari keluarga ni," aku berterus terang.

"Rechel, papa-"

"Itukan apa yang papa mahu selama ni," lelaki itu terus terdiam.

Terkejut!

Mungkin dia terkejut dia sebab aku boleh fikir apa yang dia mahukan selama ini. Jangan fikir aku tak tahu selama ini satu keluarga ini aku terus keluar dari tempat ini.

"Dan berita baik untuk papa, Rechel akan keluar dari rumah ini selepas Rechel graduate," aku terus berlalu pergi dengan menghadiahkan satu jelingan kepada lelaki itu.

Sesungguhnya melihat muka ahli keluarga ini membuat aku berasa muak. Perasaan aku sentiasa marah apabila melihat mereka.

Mungkin bagi mereka perkara ini tidak ada apa-apa. Tapi bagi aku perkara ini menghidupkan luka aku yang tidak akan sembuh. Dan sebab itu jugalah aku tidak akan mempercayai mereka walaupun mereka berbaik dengan aku.

.
.
.
.
.

Encik Shawn merenung sayu anak perempuannya yang pergi meninggalkan dirinya itu. Dia tidak sangka semua ini akan berlaku.

Niatnya tadi hanya mahu mengajak Rechel makan bersama namun dia telah ditolak begitu sahaja. Dan lebih teruk Rechel sudah salam fahan kebaikan yang dia cuba lakukan.

Apa yang dia ingin lakukan hanyalah untuk berbaik dengan gadis itu. Dia sedar selama ini dia salah kerana mengabaikan Rechel dan sebab itu dia mahu berbaik semula keadaan ini.

Apa selama ini dia terlalu kejam kepada Rechel sehingga membuat diri Rechel sebegitu?

Soalan itu memang bermain di dalam kepala encik Shawn. Sungguh dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan selama ini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now