Kaki aku melangkah masuk ke dalam rumah mewah ini. Sungguh aku tidak mahu balik ke sini. Banyak memori buruk aku dan sini jugalah aku cuba membunuh diri.
Aku tahu kalau aku sudah keluar dari hospital, aku mesti balik ke rumah. Tapi dengan keadaan aku sekarang, lihat rumah ini sahaja sudah buat aku tertekan.
Aku dapat rasanya bahawa kehidupan aku yang lalu akan berulang kembali. Rasanya cubaan aku membunuh diri itu tidak akan mengubah apa-apa dalam hidup aku.
Aku mengeluh di dalam hati sambil berjalan menuju ke bilik aku. Sesampai di bilik tiba aku terperasan sesuatu sudah berubah dengan pintu bilik ini.
"Mary, kenapa pintu bilik ni berubah?" Soal aku kepada Mary yang menolong aku mengangkat barangan aku tadi.
"Tu sebab waktu tuan Ian nak masuk bilik ni dulu, dia tak tahu password jadi dia pecahkan sahaja kunci tu. Jadi sebab tu tuan Shawn minta tukarkan sahaja pintu ni," ujar wanita itu.
Aku memandang curiga terhadap wanita itu. Mustahil rasanya Ian tidak tahu kata laluan pintu ini. Diakan tahu segala tentang aku jadi bagaimana pula dia tidak tahu kata laluan pintu ini.
Memang ada sesuatu yang dia sorokkan dari aku. Tapi sekarang aku malas nak kisah. Aku tak ada masa nak kisahkan kunci pintu ini. Mungkin aku akan tukar juga nanti.
Pintu itu ditolak oleh aku lalu aku terus masuk ke dalam bilik tersebut. Mata aku memandang sekeliling kawasan bilik itu. Tidak ada yang berubah dan sama seperti sebelum ini. Bilik ini memang tidak ada orang masuk ke?
Ke ada orang masuk tapi orang tu dapat sorokkan bukti dia masuk bilik ni. Susah betul aku mahu percaya orang rumah ini.
"Cik, ini ubat cik dan makan malam cik nak makan-"
"Aku makan dalam bilik sahaja," balas aku memotong kata wanita itu.
Rasanya aku sudah tidak perlu risau lagi seperti dulu kerana kini Mary sudah pun ada untuk menjaga aku kembali bukan lagi perempuan itu.
Dan cakap pasal perempuan itu, aku terkejut juga bila dengar dia sudah berhenti kerja ketika aku terkena keracunan makanan. Kata Mary dia berhenti kerja kerana ada masalah keluarga.
Tapi aku rasa bukan itu sebabnya. Nampak pelik kenapa dia berhenti tepat waktu aku sakit. Aku dapat rasakan dia cuba untuk lari dari sesuatu.
"Kalau sudah tidak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Aku mempersila dia pergi.
Selepas pintu itu ditutup aku terus berbaring ke atas katil aku. Mata aku memandang dinding putih tepat di atas kenapa aku ini. Sejujurnya aku penat. Penat dengan semua ini.
"Kalau kau penat, kenapa kau tak tamatkan semua ni?"
Satu suara datang dari dalam diri aku. Tahu sangat itu adalah Emerline. Sudah lama agaknya dia tidak muncul di dalam diri aku sejak kejadian hari itu.
"Kau tahukan yang kau boleh lakukan semua tu sekali lagi."
"Diam Emerline," ujar aku yang sudah pasrah dengan perwatakan DID itu.
Aku yakin Emerline mesti tersenyum bila tahu aku lakukan semua kerja itu. Memang kenyataan waktu itu aku hilang kawalan sehingga membuat diri ini mengikut kata Emerline. Tapi aku tidak pernah menyesal melakukan semua itu.
"Kalau aku kata kau akan lakukan semua itu lagi, rasanya kau percaya tak?"
Aku hanya diam. Tidak tahu jawapan yang patut aku balas. Aku tak kata hidup aku sekarang sudah gembira jadi aku tidak dapat jawab soalan itu.
"Kenapa kau tak jawab? Ke kau takut nak terima jawapan sebenar."
"Diam, Emerline!"
"Aku tahu apa yang kau fikirkan jadi kau tak akan boleh lari dari jawapan itu. Kau kena terima." Suara itu terus menghilang.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Roman pour Adolescents(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...