cp 11

3.4K 349 22
                                    

"Korang pergilah dulu, aku nak pergi tandas kejap," ujar aku sebelum bergerak meninggalkan meja.

Tandas yang terletak berhampiran dengan pintu belakang restoran ini dimasuki oleh aku. Setelah beberapa minit aku terus keluar dan berjalan menuju keluar restoran ini.

"Rechel!" Kaki aku berhenti melangkah apabila nama aku disebut.

Suara yang menyebut nama tadi kedengaran sungguh garau dan aku sangat kenal akan suara itu.

Badan aku terkaku tepat di hadapan restoran. Perasaan takut itu menyelubungi diri ini.

"Apa kamu buat dekat sini?" Pemilik suara itu berjalan mendekati aku.

Aku mahu lari dari sini.

Tapi kenapa kaki aku tidak mahu bergerak. Aku berasa seperti suara itu menghentikan langkah aku serta merta.

"Bukan kamu sepatutnya ada dekat sekolah ke sekarang," lelaki itu berhenti tepat di hadapan aku.

Kepala aku ditundukkan. Tidak berapa aku melihat muka lelaki itu.

"Jawab soalan papa, Rechel." Nada serius itu menakutkan aku.

Dapat aku rasakan tekanan di dalam diri ini. Dan ini jugalah sebab kenapa aku tidak mahu berdekatan dengan bapa aku sendiri, Shawn Asdarte.

"Re-rechel..." suara aku bergetar kerana tekanan yang dihadapi.

"Kamu-"

"Rechel, situ pun kau!" Tiba satu suara memotong ayat bapa aku.

Aku menoleh sedikit kepala aku ke belakang dan kelihatan Ian berlari menuju ke arah aku.

"Lama aku tunggu kau tau," Ian berkata kepada aku.

Aku tidak menjawab ayatnya itu kerana masih takut akan orang di hadapan aku ini.

Tangan yang bergetar kerana takut itu digenggam. Mata aku masih memandang ke bawah.

"Eh, uncle! Selamat pagi," tegur Ian aoabila melihat bapa aku.

"Apa kamu buat dekat sini? Bukan kamu ada sekolah ke sekarang?" Soalan sama dikemukakan.

"Hari ni sekolah kami cuti. Jadi saya bawa Rechel keluar jalan-jalan kejap," jawab Ian dengan tenang.

Sesungguhnya dia sangat berani. Kalaulah aku ada keberanian itu sudah pasti aku tidak akan ada dalam situasi ini.

Aku perasan bahawa mata bapa aku menatap tajam ke arah aku. Dan tatapan itu sungguh menakutkan.

Aku mahu lari dari sini. Jadi tolonglah beri aku kekuatan untuk bergerak.

"Kalau dah tak apa-apa, saya nak balik sama Rechel. Kami minta diri dulu ya," Ian terus menarik tangan aku.

Pada waktu itu, Ian umpama hero kepada aku. Dia membawa aku pergi dari seseorang yang menakutkan bagi aku.

Tangan yang bergetar tadi digenggam kuat kuat Ian. Aku yakin Ian perasan akan semua itu dan sebab itu jugalah dia datang tepat pada waktunya.

Aku berterima kasih sangat pada dia. Dia memang hero yang selalu ada untuk aku.

.
.
.
.
.

Emcik Shawn melihat anak perempuannya dibawa pergi oleh Ian. Matanya tajam sahaja melihat sitausi itu.

Dia sampaikan terlupa tujuan utama dia datang ke restoran itu kerana berjumpa dengan Rechel tepat pada waktu itu.

"Tuan, apa tuan buat dekat sini? Tak nak masuk ke?" Soal pembantunya yang baru sahaja tiba.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now