Baju uniform sekolah aku dipakai lengkap oleh aku. Cermin yang memantulkan rupa aku, dipandang tajam oleh aku. Aku mengeluh di hadapan cermin ini mengenang nasib aku.
Hari ini adalah hari aku kembali bersekolah. Aku kini bukan tinggal di asrama, jadi tidak perlu bangun awal lagi. Memang seronok dapat bangun lambat dari waktunya tapi bagi aku tidak.
Aku lebih rela memilih kehidupan aku di asrama berbanding di sini. Sekurangnya di asrama aku tidak perlu menghadap orang rumah ini setiap hari.
Malah aku bebas mahu berbuat apa di asrama tanpa dikawal oleh orang seperti di dalam rumah ini.
Kaki aku melangkah keluar dari bilik ini. Beg sekolah dan beg violin aku setia berada di tangan.
Sekarang aku mesti pergi ke sekolah dengan naiki kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi keluarga aku.
Tangga ini dituruni oleh aku. Dari arah sini aku dapat lihat ruang makan rumah ini. Nampakmya ahli keluarga aku sekarang sedang bersarapan.
Sarapan bersama mereka?
Sudah semestinya tidak. Aku tak akan lakukan benda itu. Malah aku rela tidak sarapan daripada bertemu dengan mereka.
Bertemu dengan mereka sangatlah merosakkan pagi aku. Aku tidak mahu merosakkan fikiran aku yang sudah stress menghadapi situasi ini.
Aku menjeling sedikit ke arah ruang makan lalu aku terus berjalan ke pintu keluar. Sebuah kereta yang dijanjikan akak menghantar dan mengambil aku pulang sekolah sudah siap berhenti di hadapan rumah ini.
"Rechel!" Langkah aku terhenti.
Aku menoleh ke belakang. Arshen kelihatan datang mendekati aku. Mata aku hanya menatap tajam sahaja dia.
Masih ingat lagi di memori aku akan apa yang dia katakan pada aku 3 hari lepas.
Beban keluarga.
Memang aku beban keluarga. Jadi buat apa kisahkan aku.
"Aku hantar kau pergi sekolah," ujarnya dengan muka serius.
Aku diam memandangnya. Susah mahu dipercayai muka itu. Aku tahu mesti nanti di dalam kereta dia masih mahu beri aku kata seperti hari itu lagi.
"Rechel pergi dengan Gilbert," jawab aku menyebut nama pemandu peribadi rumah ini.
Muka lelaki itu aku berubah. Seperti tidak dapat menerima jawapan aku itu.
"Aku cakap aku nak hantar kau. Kau ikut saja lah," ucapnya seperti memaksa aku.
"Rechel tak nak," aku menolak.
"Kenapa kau macam ni?"
Aku tersenyum senin. Figura abang pertama aku dipandang benci.
"Kenapa Rechel macam ni? Cuba tanya diri abang tu dulu. Kenapa semua ni boleh jadi."
Lelaki terpegun. Entah kenapa aku berani menjawabnya begitu. Mungkin sebab aku sudah terlalu lama tahan dengan layanannya sebelum ini.
"Rechel, abang-" aku beredar dari situ masuk ke dalam kereta.
Malas aku mahu mendengar kata lelaki itu lagi. Aku mengarahkan pemandu kereta ini untuk bergerak. Nanti lambat pula hendak sampai ke sekolah.
Sudahlah bercakap dengan lelaki itu sahaja sudah ambil 10 minit. Kalau dilayan lagi mahu tak sampai kaki ini ke tanah sekolah itu.
"Cik betul ke, tak nak tumpang tuan muda tu?" Soal pemandu aku.
Aku diam dan hanya memandang ke luar tingkap kereta ini. Jawapan rasanya sudah terang lagi bersuluh di hadapan mata.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...