cp 77

3.2K 312 40
                                    

Rechel Emerline Asdarte.

Satu nama yang tidak dapat dilupakan oleh Cruz dalam hidupnya.

Kenapa?

Mungkin sebab itu adalah nama adik perempuannya. Bagi Cruz Rechel adalah segalanya selepas kematian ibunya. Gadis itu hidup di dunia ini mengganti ibunya.

Rechel seorang gadis yang sangat baik dan sangat mengambil wajah jelita ibunya. Perwatakan gadis itu selalu disukai oleh orang ramai. Gadis itu juga pandai walaupun sedikit lemah dalam muzik. Tapi selemah dia dalam muzik, Rechel juga dapat masuk ke sekolah muzik.

Rechel juga satu-satunya anak perempuan dan anak bongsu daripada keluarga Asdarte. Namun hidup gadis itu tidak dimanja seperti hidup orang lain.

Sejak kecil gadis itu sudah dipaksa untuk belajar perkara yang kanak-kanak lain belum dapat belajar. Dia tidak pernah keluar bermain dengan rakannya kerana harus belajar.

Semua aktiviti yang biasa kanak-kanak lakukan, tidak dilakukan oleh Rechel. Sebalik gadis itu kelihatan sungguh matang pada usia yang sangat muda.

Cruz sangat mengenali gadis itu. Dia sudah memerhati gadis itu sejak dia lahir lagi dan dia juga sangat menyayangi adiknya itu. Namun begitu dia tidak dapat menunjukkan ekspresi tersebut. Egonya terlalu tinggi sehingga membuat dia melayani Rechel dengan teruk.

Dia tahu hidup gadis itu tidak semudah yang dia jangka. Rechel hadapi pelbagai rintangan ketika dia hidup di dunia ini. Dia dicaci-maki, diperli dan difitnah sebagai pembunuh kepada ibunya, puan Amel.

Hampir satu keluarga ibunya membenci akan kehadiran gadis itu. Semua keluarga ibunya melaknat lahirnya Rechel di dunia menyebabkan ibunya pergi.

Cruz masih ingat, dulu gadis itu selalu cuba untuk menarik perhatian keluarga tersebut namun dihiraukan kerana kutukan itu. Dia kesian tetapi dia tidak melakukan apa-apa.

Pernah sekali dia melihat Rechel cuba untuk menarik perhatian Arshen namun Arshen mengendahkan sahaja. Waktu itu dia sangat kesal dengan perbuatan Arshen dan kesian akan Rechel yang bersedih itu. Tetapi dia tetap tidak melakukan apa-apa kerana takut dipandang keji oleh keluarganya.

Gadis itu juga pernah cuba menarik perhatian dengan mengajak dia bermain tetapi dirinya menolak ajakan tersebut.

Ditolak dengan sungguh kasar sehingga membuat satu salah faham yang sangat besar. Sesungguhnya dia tidak mahu melakukan semua itu tapi dia sangat takut dipandang senget oleh keluarganya.

Semua keluarganya membenci adiknya kerana menjadi penyebab ibunya pergi dan dia sudah semestinya tidak mahu dipandang sebagai pengkhianat apabila dia melayan gadis itu dengan sungguh baik.

Tetapi baginya, Rechel tidak salah. Memang betul ibunya pergi selepas melahirkan gadis itu namun itu bukan salahnya. Malah Rechel tidak ada kena-mengena pun.

Gadis itu hanya menjadi mangsa kejadian yang dia sendiri tidak tahu. Mana mungkin bayi yang baru lahir faham akan kejadian yang berlaku. Malah dirinya sendiri juga masih tidak faham diumur yang masih sekolah rendah tersebut.

Dia sedar hidup Rechel tidak pernah mendapat kasih sayang orang terdekat terutamanya daripada seorang ibu. Bukan sepertinya yang sempat mendapat kasih sayang itu. Rechel tidak pernah mendapat semua itu. Bukan setakat kasih sayang ibu malah kasih sayang keluarga juga gadis itu tidak pernah dapat.

Dan sebab itu juga dia cuba memberikan kasih sayang itu dari jauh. Sangat jauh sehingga gadis itu tidak tahu bahawa masih ada orang yang mahu memberinya semua itu.

Namun disebabkan semua itu, gadis itu semakin menjauh kepada dirinya. Bukan sahaja dia tetapi semua ahli keluarganya.

Rechel mula menjauhkan diri dari semua ahli keluarga itu dan sikapnya juga berubah. Dari seorang yang ceria sehinggalah menjadi seorang yang pendiam dan suram.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now