Kereta aku berhenti di perkarangan sekolah ini. Mata aku memandang ke arah bangunan yang megah berdiri itu. Sedikit keluhan aku keluarkan.
Bukannya aku tidak suka sekolah tapi diri ini terlalu penat menghadapi kejadian semalam. Kepala aku sepanjang malam memikirkan hal itu, sampai aku tidak boleh tidur.
Siapa sahaja tidak serabut apabila semua benda yang kita rancang selama ini boleh hancur begitu sahaja.
Rancangan aku untuk keluar dari rumah itu selepas tamat pembelajaran hampir sahaja hancur semalam. Kalau aku tidak melawan mungkin aku memang tidak akan keluar dari rumah itu. Tapi aku dapat rasakan bahawa keluarga aku akan cari jalan lain supaya aku tidak keluar dari rumah tersebut.
Dan aku tidak akan biarkan semua itu. Aku mesti keluar. Sudah cukup menderita aku selama ini. Jadi biar mahu hidup dengan tenang walaupun sekali.
Enjin kereta ini dimatikan oleh aku lalu aku mengambil beg sekolah dan keluar dari kereta ini. Kaki aku berjalan lemah menuju ke kelas aku yang agak jauh itu. Terasa agak janggal datang sekolah setelah cuti selama beberapa hari ini. Mesti ramai orang hairan kenapa dirinya tidak sekolah.
Dalam aku berjalan lemah ini, tiba aku terperasan seseorang yang amat aku kenali turut berjalan di hadapan aku. Aku tersenyum lalu berlari mendekatinya.
"Morning Claire!" Aku memukul bahu untuk menyapa gadis itu. Lama tidak berjumpa terasa rindu pula.
"Sakitlah. Kalau nak sapa aku pun tak perlulah pukul aku," balasnya.
Aku memandang hairan gadis itu. Pelik betul sikap Claire hari ini. Kenapa aku rasa ini macam Claire yang dulu?
Maksud aku Claire sebelum dia kemalangan dahulu. Aura dingin gadis itu tiba-tiab sahaja terasa balik. Bukan seperti sebelum ini yang selalu baik dengan aku.
Tak kan lah dia...
"Claire, kau sakit ke?" Soal aku memandang pelik ke arahnya.
"Sakit apa benda kau ni?" Balasnya dengan dingin.
Hah! Itu yang aku cakap pelik. Cara percakapan itu sama seperti cara percakapan Claire dahulu. Bukan seperti Claire yang dia kenal beberapa hari lepas.
"Claire, apa nombor loker aku?" Soap aku lagi.
"Manalah aku tahu. Loker kau, bukan loker aku."
Sudah terang aku bersuluh apa yang difikirkan aku adalah benar. Kali ini aku yakin sangat aku tak salah dan kalau nak tahu salah ke tidak, kita tanya terus terang jer.
"Kau dah-"
"Kakak!" Tiba satu suara memotong aku.
Aku dan Claire yang berjalan tadi terhenti lalu kami berdua menoleh ke belakang. Dapat aku lihat Perth datang mendekati ke arah sini.
"Kenapa Perth?" Soal Claire lembut.
Wow! Dengan dia bukan main kau lembut. Bila dengan aku selagi tu dingin dia. Pilih kasih betul. Aku ni kawan susah betul nak dengar dia cakap lembut.
"Ini papa beri dan," lelaki itu lalu berbisik dengan Claire membuat aku tidak dengar percakapan mereka.
Kejap!
Tadi Perth panggil Claire, kakakkan. Mereka sudah baik ke? Sejak bila? Apa dah jadi waktu aku cuti ni?
"Baiklah. Pulang nanti kakak jumpa kamu ya," ujar Claire sebelum Perth beredar.
Claire memusingkan badannya lalu berjalan menuju ke kelas.
"Kejap, Claire!" Aku memberhentikan gadis itu.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...