cp 44

3K 303 11
                                    

Pagar automatik yang tersedia di hadapan rumah aku terbuka sendiri apabila hadir kereta aku tepat di hadapan pagar itu. Kereta aku terus memasuki perkarangan rumah ini setelah pagar itu terbuka.

Matahari sudahpun tenggelam menggantikan bulan. Aku tak sangka agak lambat aku sampai ke rumah. Kalaulah jalan tidak sesak tadi mesti aku dapat datang awal sedikit.

Waktu-waktu petang begini memang waktu untuk orang pulang bekerja, jadi tidak hairanlah kalau jalan raya pun boleh sesak.

Kereta ini diberhentikan di dalam sebuah garaj yang tersedia. Aku keluar dari kereta dan tiba aku melihat sebuah lagi kereta turut masuk ke dalam perkarangan rumah ini.

Itu bukan kereta abang kedua aku ke.

Bukan biasa dia tidak akan balik dah tinggal di hospital sahaja ke kalau sudah lambat begini. Tiba hari ini dia balik pula.

Dan apa lebih menghairankan dia datang lambat lagi dari aku. Seingat aku, hospital dia dekat lagi dari sekolah aku. Laluan ke hospital dia juga tidak terlalu sesak kerana bukan ada di laluan utama pun. Jadi kenapa dia lambat?

Tapi apa-apa sahajalah. Bukannya aku kisah pun. Pintu kereta ini ditutup lalu aku bergerak ke pintu penumpang.

Buka sahaja aku pintu ini, terus aku rasa binggung bagaimana mahu membawa balik semua buku ni ke bilik aku. Sudahlah beg aku pun sudah penuh satu tangan. Inikan buku pula.

Nampaknya terpaksalah aku ulang-alik bawa buku ni ke bilik aku. Nasib aku lah kena bawa semua buku ni. Bukankah bagus kalau aku dapat bawa semua ini sekali naik sahaja. Tidaklah penat.

Buku ini sudahlah banyak, tebal pula tu. Kalau digunakan untuk tampar muka orang ni boleh merah setahun muka tu.

Buku tersebut aku susun dahulu sebelum aku membawanya. Dibelakang aku, sudah aku sandang beg sekolah dan tangan kanan aku pula membawa beg violin aku.

Seterusnya aku terus cuba membawa buku yang disusun aku tinggi tadi. Baru sahaja aku berjalan satu langkah tiba-tiba aku rasa susunan buku ini tidak seimbang.

Jangan cakap buku ni akan jatuh.

"Hati-hati!" tiba ada seseorang menahan buku ini daripada jatuh.

Aku mengangkat muka melihat gerangan tersebut dan orang itu adalah Cruz, abang kedua aku yang barus sahaja tiba tadi.

Kejap! Bila masa dia ada dekat sini? Tadi bukan dia dekat kereta dia ke. Kereta dia pun bukannya dekat, jauh kot letak dari kereta aku ini. Lagipun aku tak dengar pula bunyi tapat kaki dia berjalan tadi.

"Biar aku bawa ni," terus dia mengambil longgokan buku tadi.

Aku terkaku melihat perlakukannya itu. Dia tolong aku ke?

"Bila lagi kau nak jalan?" Soalnya membuat aku tersedar.

Aku mula berlari kembali ke kereta aku lalu mengambil longgokan buku yang kedua. Dengan ini habislah semua buku yang aku bawa tadi.

Kereta dikunci lalu aku berjalan masuk ke dalam rumah itu mengikut langkah abang kedua aku.

Tangga dinaiki oleh kami berdua lalu kami terus sampai di pintu bilik aku. Dia berhenti seperti menyuruh aku membuka pintu tersebut.

"Tinggal saja buku tu dekat situ. Rechel boleh bawa masuk sendiri," ujar aku.

Kalau boleh aku tidak mahu dia masuk bilik ini. Aku tidak suka orang masuk bilik aku kecuali dengan kebenaran aku.

"Kau buka saja pintu tu. Aku bawa benda ni masuk sekali," arahnya membuat aku terpaksa membuka pintu tersebut.

Aku menekan kata kunci di pintu lalu terus pintu itu terbuka sendiri. Pintu ditolak dan aku terus masuk.

Cruz juga turut masuk mengikuti aku. Jujur aku kata aku tidak selesa dia masuk bilik ini. Aku takut dia lihat benda yang aku sorokkan.

Rasanya aku sudah simpan semua benda yang sembunyikan dari keluarga ini di bawah katil. Harap sahaja dia tidak lihat kotak itu.

Buku yang aku bawa tadi diletakkan di atas meja belajar aku. Cruz juga turut berbuat begitu.

Tok! Tok!

Aku terus menoleh ke arah pintu bilik ini dan kelihatan perempuan itu datang lagi.

"Cik, makan malam sudah sedia. Nak saya bawa sekarang ke?"

"Tak perlu, beri aku ubat aku sahaja." Arah aku kepadanya.

Ini adalah benda biasa. Aku tidak makan malam malah kalau makan pun hanyalah sedikit.

Sejak beberapa tahun ini entah-kenapa selera makan aku sudah berkurang. Aku selalu tidak makan sehingga membuat berat badan aku menurun mendadak. Dan paling teruk apabila aku stress. Boleh seminggu itu aku rasa tidak mahu makan kerana terlalu stress.

"Kau pagi tadi tak makankan. Kenapa makan malam kau tak makan juga?" Terkejut aku apabila dia menyoal soalan itu. Bagaimana dia tahu aku tak sarapan?

"Ta-tak ada selera," jawab aku tidak memandang muka lelaki itu.

Aku tahu dia curiga akan jawapan aku. Kalau aku beritahu apa yang jadi pagi tadi mesti dia akan marahkan aku. Bukan perempuan ni tapi aku.

"Kau kena makan juga malam ni. Ubat tu kau boleh ambil lepas kau makan sahaja. Bawa makanan dia sekarang," aku mengangkat muka aku apabila mendengar ayat itu.

Kenapa dia nak kisahkan aku pula ni? Biar sahajalah aku nak makan ke tak. Bukannya mati pun kalau ambil ubat tanpa makan malam.

Dan tak perlu suruh perempuan tu bawa makanan aku. Aku tahu nanti dia akan buat masalah seperti pagi ini.

"Baik tuan," perempuan itu terus keluar.

Aku hanya boleh pasrah. Aku tidak boleh tolak katanya kalau dia sudah berkata seperti itu.

"Lepas ni, kalau nak ambil ubat, makan dahulu," ujarnya sebelum keluar dari bilik ini. Memang doktor suka ambil kisah pasal ini ya.

Aku tidak tahu kenapa dia tiba-tiba mahu mengambil kisah pasal aku. Selama ini dia bukan main endahkan aku malah kami berdua kalau berjumpa di dalam rumah ini, kami hanya aku endahkan satu-sama lain. Dia tidak akan tegur aku dan aku juga tidak akan lakukannya.

Buat apa nak tegur kalau tahu dia tidak akan membalas balik. Aku sudah selalu kena semua itu.

Ingat lagi aku ketika aku kecil dahulu. Aku selalu cuba mencari perhatian keluarga ini terutamanya dia. Macam-macam perkara aku lakukan, namun tidak ada seorang pun melihat aku.

Malah ketika aku sakit, tidak ada seorang pun mahu menjenguk aku. Yang ada hanya Mary yang setia ada disamping aku.

Aku tahu keluarga ini sibuk tetapi apa salahnya menjenguk anak dia yang sakit. Dari itu aku mula sedar aku bukanlah siapa-siapa di dalam rumah ini.

Mereka tidak menganggap aku keluarga. Menbenci aku sehingga aku jadi begini.

Kalau dulu aku sedar akan semua itu sudah semestinya aku akan berhenti dan aku tidak akan hadapi semua ini.

Hadirnya Emerline juga dapat dielak malah lengan ini tidak akan berparut luka seperti sekarang. Aku boleh sahaja hiraukan mereka seperti sekarang kalau tahu semua ini dari awal lagi.

Tidak perlu aku memenatkan diri cuba mendekati diri mereka. Salah aku cuba mencari perhatian yang mustahil aku akan dapat.

 Salah aku cuba mencari perhatian yang mustahil aku akan dapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Salah satu tanda despresi ialah kurang selera makan. Harap maklum.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now