cp 35

3.1K 311 18
                                    

Tok! Tok!

Kedengaran bunyi pintu bilik ini diketuk. Aku yang sedang duduk mengadap laptop itu berdiri untuk membuka pintu tersebut.

Pintu dibuka dan kelihatan Ian yang berdiri sambil tersenyum di hadapan pintu ini.

Lelaki ini memang setiap cuti, hobinya meluangkan waktu bersama aku. Tidak pernah aku lihat dia tidak datang kepada aku ketika cuti.

Muka itu memang selalu datang sejak dulu lagi. Orang rumah ini pun sudah mengenal sangat muka itu sampai benarkan sahaja dia masuk.

"Bila masa kau ubah kunci pintu ni? Susah aku nak masuk kalau guna password macam ni," ujarnya sambil berjalan masuk ke dalam bilik ini.

"Kau fikir lepas kejadian maid tu masuk bilik ni, aku boleh tenang ke? Mestilah tak. Sebab tu aku tukar kunci pintu ni," balas aku mempersila lelaki itu duduk di kerusi hadapan meja ini.

Mata aku memamdang jam yang tertera di laptop ini. Pukul 10.12 pagi. Masih awal untuk keluar bersama Ian.

Biasanya kami berdua akan keluar pada jam 12 tengah hari supaya kami boleh terus makan tengah hari ketika keluar tersebut.

"Masih awal ni, kau nak buat apa dulu?" Soal aku.

Ian menunjukkan muka yang sedang berfikir. Matanya memandang ke luar tingkap tidak jauh dari meja ini. Dan tiba satu senyuman hadir di mukanya.

"Apa kata melepak dekat taman bunga rose kau tu," cadangnya memandang taman bunga di halaman rumah aku.

Aku memandang pelik ke arah lelaki ini. Kenapa tiba-tiba nak pergi sana pula? Bukan selama ni dia sendiri kata ke yang dia tidak suka tempat yang terlalu dedah dengan matahari sebab takut kulit itu jadi merah lagi.

"Kenapa kau nak pergi sana? Bukan selama ni kau tak suka tempat macam tu ke?"

"Saja, rasa rindu pula nak tengok taman tu. Waktu kecil dulu kita selalu main dekat sana, jadi nak lah juga tengok taman sekali lagi," dia tersenyum.

Masih ingat dia akan memori tempat itu. Memang betul taman itu adalah tempat kami berdua selalu bermain ketika kecil dahulu. Terdapat banyak memori kami berdua di sana.

"Jom lah," ujar aku lalu berdiri.

Lelaki itu juga ikut berdiri lalu kamu berdua berjalan keluar dari bilik ini. Tangga dituruni dan terus kami berdua keluar dari rumah ini.

Tidak jauh dari pagar rumah ini terdapat sebuah taman yang penuh dnegan bunga mawar yang mekar. Terdapat pelbagai warna namun warna merah adalah majoriti di sini.

Badan aku ditundukkan sedikit lalu aku memandang bunga ros yang mekar tersebut. Sudah lama juga aku tidak ke sini. Dulu rasanya tidaklah banyak sangat bunga mawar sini, tetapi kini sudah sangat banyak.

"Taman ni tak pernah berubah ya. Masih juga banyak bunga rose dia," ujar Ian yang berdiri di sebelah aku.

Matanya memandang ke arah bunga ros ini. Agaknya dia masih ingat tidak akan memori kelakarnya dahulu tentang taman ni. Bila diingatkan kembali memang dapat membuat aku tergelak.

"Jom pergi sana," aku menunjuk ke arah satu gabezo yang berada di tengah taman ini.

Ian setuju lalu kami berdua berjalan ke sana. Untung sahaja ada gazebo tertutup seperti ini. Tidaklah terasa panas sangat.

Bangku yang ada di dalam gazebo itu diambil oleh aku. Manakala Ian duduk di hadapan aku sambil matanya masih lagi memandang taman ini.

Dia memang sukakan taman ini ke? Sampai macam tu sekali lihat taman ini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now