cp 75

3.1K 302 3
                                    

Tok! Tok!

Arshen mengetuk bilik Rechel namun tidak ada sahutan. Dia berasa pelik. Biasanya adik perempuannya akaj ada di dalam bilik itu waktu pagi begini.

Tombol pintu tersebut dipegang olehnya lalu dia menolak pintu itu untuk membukanya. Buka sahaja pintu tersebut, dia tidak melihat sesiapa pun berada di dalam bilik itu.

Kakinya melangkah masuk sambil matanya sibuk mencari kelibat adiknya. Mana tahu adiknya ada cuma tidak kelihatan sahaja. Namun usahanya itu sia-sia sahaja.

Rechel memang tidak ada di dalam bilik tersebut. Kakinya berhenti tepat dimeja belajar gadis itu lalu dia mengeluh pasrah. Dia baru sahaja terfikir mahu mengatakan sesuatu pada gadis tapi sekarang gadis itu tiada pula.

Tangannya menyentuh meja itu sambil mengeluh dan tiba dia terasa tersentuh sesuatu. Matanya memandang ke arah meja tersebut. Kelihatan dia tersentuh satu buku kecil yang sebesar telapak tangan itu.

Dia mengambil buku itu lalu memerhatinya. Teringat dia akan kejadian dia melihat Rechel cuba menyembunyikan buku ini dahulu. Dia sebenarnya ingin juga kenapa Rechel menyembunyikan buku tersebut pada hari itu. Tapi dia tidak berani bertanya.

Tangannya diangkat membuka buku tersebut dan tiba-tiba telefonnya berdering. Lelaki itu dengan kesalnya mengambil telefon yang berada di poket baju lalu menjawab panggilan tersebut.

"Kenapa?"

"Arshen, datang office cepat. Kita ada meeting dalam 1 jam lagi."

"Aku datang!" Panggilan tersebut terus berhenti.

Dengan hati yang sungguh kesal itu, Arshen berjalan keluar dari bilik tersebut. Kalau bukan disebabkan projek besar itu mana mungkin dia akan sibuk begitu. Dan lebih yang menyakitkan adalah bapanya tengah tiada membuat sibuk itu dua kali ganda terasa.

Tapi dia tidak boleh memberontak kerana itu adalah tugasnya. Mahu muflis perniagaan keluarganya kalau dia bersikap pentingkan diri sendiri nanti.

Kaki Arshen laju menuruni tangga itu menuju ke pintu keluar rumah ini. Namun terhenti seketika apabila melihat sosok Mary berjalan di ruang tamu itu.

"Mary, mana Rechel?" Soal Arshen kerana tadi tidak bertemu dengan gadis itu.

"Dia dekat perpustakaan mini rumah ni tuan," balas Mary.

"Beritahu dia, aku pulang lambat malam ni," ujar Arshen lalu berjalan keluar dari rumah itu.

Dia ingat lagi janji dia dulu kalau dia balik lambat dia akan beritahu Rechel. Disebabkan dia tidak berjumpa dengan Rechel hari ini, jadi dia akan beritahu pada Mary sahaja.

.
.

Time skip

Arshen duduk merehatkan dirinya di dalam pejabatnya itu. Musyarat yang berlangsung hampir 2 jam tadi memang memenatkan otaknya. Nasib sahaja ada rakan baiknya untuk menolong dia menyelesaikan tugas ini juga. Kalau tidak memang boleh pecah kepala dia fikir hal itu.

"Penat nampak. Nah! Coffee kau," seorang perempuan memberi Arshen yang dibeli tadi.

Perempuan itu adalah Heain, rakan karib Arshen. Nama macam lelaki tetapi dia adalah perempuan. Mereka berdua sudah berkawan dengan sekolah menengah lagi dan alasan Heain berkerja dengan syarikat ini pun kerana Arshen yang mengajaknya.

Heain tidak menolak dan hanya menerima kerana dia tahu bekerja dekat sini lebih senang daripada dua kerja dengan orang lain. Lagipun dia ada kawan yang dapat menemani dia di sini.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now