cp 21

3.3K 303 27
                                    

"Okay, sudah siap." Doktor Clarissa menyiapkan balutan luka di lengan aku.

Aku melihat balutan kemas tersebut. Sungguh profesional kerja doktor ini. Doktor ini mengatakan bahawa luka aku kelihatan begini kerana terdedah pada udara ini dan menyebabkan jangkitan kuman.

Aku sendiri tidak tahu semua itu memang beruntung jugalah aku bertemu dengan doktor ini. Nasih sahaja aku sudah membuat temu janji padanya.

"Oh ya, bermula minggu depan saya tak akan ada dekat hospital ini. Jadi kalau kamu nak ambil ubat atau nak jumpa saya, kamu boleh jumpa saya di luar hospital."

Aku mengangguk faham. Agaknya ke mana perginya doktor ini? Sebenarnya susah juga kalau doktor Clarissa ini tiada sebab nanti siapa aku nak jumpa.

Sudahlah aku tidak pernah berjumpa dengan mana-mana doktor selain dia. Lagipun aku lebih percayakan dia berbanding doktor lain. Dia boleh dipercayai menyimpan rahsia aku ada DID. Kalau doktor lain mungkin susah jadi bahan gosip mereka.

"Lihat dari segi luka kamu ni, maknanya kamu ada masalahkan. Apa masalah kamu?" Soal lembut doktor tersebut.

Aku menundukkan kepala aku. Tak tahu mahu beritahu atau tidak. Kalau aku beritahu nanti, mesti dia akan rasa pelik dengan keluarga aku. Aku tak nak semua itu.

"Kalau kamu tak nak beritahu, tak apa. Tapi saya nasihatkan kamu, tolong cari jalan hentikan semua ini. Benda ni hanya diri kamu sendiei boleh hentikan. Saya hanya boleh tolong kamu sedikit sahaja."

"Tapi saya tak tahu doktor. Saya selalu cuba tapi akhirnya gagal dan dia akan muncul ambil alih badan saya."

Doktor itu tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. Tangan dia menupuk lembut bahu aku.

"Kadang-kadang hadapi semua ini sendiri memang sukar. Kamu mesti cari pertolongan orang lain. Cuba berlajar mempercayai orang lain dan kamu akan tahu kenapa kamu gagal selama ini."

Aku diam mendengar kata doktor tersebut. Berlajar mempercayai orang lain. Bagaimana?

Sedangkan aku tidak mempercayai keluarga aku sendiri, bagaimana pula aku mahu mempercayai orang lain.

Hakikat hidup aku memang sedih. Aku tidak pernah merasai kasih sayang keluarga dan aku juga tidak dapat mempercayai keluarga aku sendiri.

"Also ubat kamu jangan lupa makan. Jangan biarkan diri kamu stress sangat. DID kamu boleh ambil alih badan kamu bila-bila masa sahaja."

Aku mengangguk faham. Agaknya bila lagi aku boleh berhenti makan ubat-ubat ini.

Rasanya sudah hampir 5 tahun juga aku hidup begini. Kalau dikorek isi badan ini memang penuh dengan ubat. Susah betul hidup begini.

"Kalau sudah tak ada apa-apa, ini ubat kamu kena ambil nanti." Satu kertas kecil diberikan kepada aku.

Aku mengambil kertas itu lalu meminta diri keluar dari bilik ini. Destinasi aku seterusnya adalah farmasi hospital jni untuk mengambil ubat ini. Selepas ini bertambah lagilah ubat ini. Nasib diri inilah.

.
.
.
.
.

Cruz berjalan masuk ke dalam hopital tersebut. Tujuannya datang kerana mempunyi musyarat bersama pemilik hospital ini.

Dia berdiri di kawasan menunggu hospital itu sementara menanti kawannya Arden datang. Ikut hatinya dia mahu sahaja berjumpa terus dengan doktor tersebut namun Arden itu mengada mahu juga ikut.

Katanya tidak mahu biarkan Cruz sendiri walaupun kenyataannya selama ini selalu sahaja dia biarkan Cruz itu pergi sendiri. Tiba hari ini tergedik mahu ikut pula.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now