"Nampaknya, kesihatan kamu semakin bagus. Rasanya dua hari lagi kamu sudah boleh discharge," ujar doktor Clarissa yang memeriksa aku hari ini.
Sampai sekarang aku tidak faham apa tujuan doktor ini ada di sini. Bukankah dia ada hospitalnya sendiri, jadi apa dia buat di hospital abang aku dan rawat aku sekarang.
"Kamu ada apa-apa nak tanya ke? Kamu boleh tanya saya."
Aku menoleh ke arah doktor itu. Ada satu soalan yang ingin aku tahu jawapannya.
"Saya nak mati tapi kenapa doktor selamatkan saya?" Soal aku membuat dia terkejut.
Soalan itu memang aku tanya iklas dari hati. Tujuan aku membuat kerja itu adalah untuk mati bukan untuk hidup jadi buat apa mereka sia-siakan usaha mereka untuk aku.
"Sejujurnya, bukan saya yang selamatkan kamu tapi abang kamu sendiri yang buat," balas doktor tersebut.
Aku diam lalu memandang tempat lain. Tidak suka aku mendengar nama itu disebut.
"Kalau kamu nak tahu, waktu kamu kena masuk sini dia sendiri yang nak rawat kamu. Dia tak nak doktor lain sentuh kamu. Jadi kamu patut berterima kasih pada dia sebab dapat selamatkan kamu."
"Saya tak minta pun dia selamatkan saya," selambar aku berkata.
"Tapi kamu-"
"Doktor tahu macam mana semua ini terjadi pada saya?" Aku menyoal doktor itu balik.
Doktor itu diam memandang aku. Sudah semestinya dia tidak tahu kerana semua yang aku ceritakan padanya dulu adalah palsu semata-mata.
"Semua tu sebab dia."
"Apa yang doktor Cruz sudah buat sampai kamu macam ni?" Aku tersenyum mendengar soalan itu.
"Bukan dia sahaja tapi satu keluarga saya jadi sebab kenapa saya boleh dapat semua ni," aku tersenyum senin apabila mengingati bagaimana bermulanya seksaan hidup aku ini.
Dari aku lahir sehinggalah kini. Aku tidak pernah merasai kasih sayang keluarga dan apa yang aku dapat adalah kebencian keluarga ini.
"Saya tak boleh hidup dengan keluarga macam tu, jadi sebab tu saya nak tamatkan hidup saya," kata aku lagi.
Aku tahu mesti doktor tadi terkejut dengan apa yang aku katakan. Selama ini dia berfikir bahawa aku datang dari keluarga yang bahagia kerana penipuan aku ceritakan tapi dia tidak tahu benda sebenar.
Aku jadi begini atas kerana keluarga itu sendiri. Jadi tidak salahkan kalau aku mahu tamatkan hidup dan biarkan mereka hidup tanpa beban aku lagi.
"Saya tahu kamu ada masalah, tapi saya yakin semua masalah tu ada jalan penyelesaiannya sendiri. Bunuh diri tu bukan jalan penyelesaian tapi tu cara untuk kamu lari dari masalah kamu. Kamu tak boleh lari dari masalah kamu sendiri."
Aku diam dan mengalih pandangan aku melihat ke tempat lain. Malas aku mahu mendengar kata itu lagi.
Kepala aku sudah cukup serabut sekarang dan aku tidak mahu menambahnya lagi.
"Kalau kamu ada apa-apa lagi, panggil sahaja saya ya." Kata akhir doktor itu sebelum keluar dari bilik ini.
.
.
.
.
.Clarissa mengeluh seketika sebelum membuka pintu keluar bilik itu. Terkejut juga dia mendengar kata gadis itu tadi.
Selama ini dia tidak terfikir bahawa hidup Rechel seteruk itu. Gadis itu membuat semua itu kerana dia bencikan keluarganya yang membuat dirinya mendapat sakit tersebut.
Clarissa tidak faham bagaimana keluarga itu boleh buat Rechel sebegitu sekali. Kalau difikirkan memang teruk juga apa yang Rechel terima dan semua itu atas sebab keluarganya sendiri.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Ficção Adolescente(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...