cp 10

3.6K 334 15
                                    

Kaki aku melangkah turun dari bas yang menghantar kami semua balik semula ke asrama sekolah. Sungguh banyak peristiwa yang berlaku di waktu lawatan itu.

Aku tidak percaya bahawa Claire menghadapi situasi seperti itu. Dia dikhianati oleh kawannya sendiri dan aku jugalah yang akan memulihkan kepercayaan dia terhadap insan bergelar kawan.

Pada waktu kejadian itu, aku matian berfikir bahawa hubungan baik aku dan Claire akan putus. Tapi nasib sahaja aku dapat berbaik dengannya.

Dan perkara yang lebih mengejutkan aku adalah Claire terlibat secara langsung dengan proses perampasan sekolah ini.

Ian pernah memberitahu aku bahawa keluarga dia mahu melucutkan jawatan pengetua kini namun mereka tidak boleh berbuat begitu sahaja tanpa bukti kukuh. Jadi keluarga Ian bersekongkol dengan keluarga Claes untuk perampasan itu.

Aku kenal keluarha Claes namun aku tidak sangka pula orang yang dihantar untuk menjadi pengintip dari keluarga itu adalah Claire. Serius tak dijangka langsung.

Aku berhenti di hadapan pintu liat yang tertutup. Butang di tepi pintu itu ditekan. Beberapa saat kemudian, ianya terbuka dan aku terus masuk.

Namun terbatal apabila secara tiba-tiba satu tangan menarik aku keluar dari luar itu. Hampir sahaja aku terjatuh.

"Kau naik lift lagi satu. Aku nak cepat," ujar si pelakunya, Eva.

Aku menahan geram aku terhadap perempuan itu. Memang tidak sah satu hari tak cari pasal dengan aku.

Pintu liat ditutup dengan perempuan itu yang menaiki. Aku yang sedang panas hati ini, menekan kembali bukan lift yang lagi satu.

Kalau bukan disebabkan kau adalah anak buah pengetua sekolah ni, jangan haraplah aku akan beri muka.

"Kalau kau benci dia, kenapa tak hapuskan sahaja dia?"

Satu suara kedengaran dari dalam diri ini. Walaupun suaranya sama dengan suara aku tapi aku tahu itu bukan aku tapi Emerline.

"Orang macam tu sepatutnya sudah lama kau hapuskan. Kau ni lemah sangat sebab tu dia berani dengan kau."

Aku cuba endahkan suara itu. Niat sebenar Emerline hanyalah ingin mengambil alih badan aku.

"Ingat Rechel, aku adalah diri kau. Kau tak boleh lari dari kesengsaraan kau dan aku wujud untuk tolong kau lari dari kesengsaraan itu."

"Diam Emerline, kau hanya bebanan aku. Aku tak perlu pun kau," aku menjawab dengan suara hati.

Nampak gila kerana aku bercakap sendiri tetapi ini adalah perkara biasa bagi aku.

"Sekarang kau memang fikir aku adalah bebanan kau tapi satu hari nanti, aku ni lah yang akan tamatkan kesengsaraan kau."

Suara itu terus berhenti. Ayat diberikan seperti memberi amaran kepada aku.

Aku sedar Emerline adalah perwatakan yang sangat agresif dan itu sangat berbeza dari aku. Dan sebab itu jugalah aku takut jikalau dia muncul dia akan cederakan orang sekeliling aku.

Aku sudah cuba sedaya upaya untuk sorokkan kenyataannya diri ini ada DID dari orang lain. Hanya Ian dan doktor Clarissa sahaja yang tahu ada sakit ini.

Agaknya sampai bila aku dapat menahan semua ini. Aku takut di masa hadapan semuanya akan terbongkar dan menambahkan lagi kesengsaraan diri ini.

.
.
.
.
.

Seorang doktor keluar dari sebuah bilik pembedahan dengan muka yang serius. Tangan dicuci untuk menghilangkan kesan darah akibat pembedahan tadi.

Seterusnya dia bergerak menuju ke bilik kerjanya. Semua mata pekerja di hospital itu melihat lelaki itu dengan penuh kagum.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now