Kaki aku melangkah menuju ke bilik membaca yang terdapat di dalam rumah ini.
Rumah ini sebenarnya mempunyai 2 bilik membaca dan bilik yang aku hendak perrgi adalah bilik membaca arwah ibu aku.
Bilik itu adalah tempat aku selalu habiskan masa selain daripada bilik tidur aku.
Di dalam bilik itu terdapat banyak buku milik arwah ibu aku yang merupakan penulis novel. Dan disebab itu jugalah aku suka membaca buku.
Arwah ibu aku seorang penulis novel yang sangat terkenal satu ketika dahulu. Hampir semua novel buatannya terlaris dijual.
Aku juga pernah membaca novel buatan namun tidak faham kenapa dia suka masukkan konsep keluarga. Setiap karya yang dia tulis mesti akan mengajar tentang keluarga.
Aku tidak faham semua itu. Apa dia menginginkan sebuah keluarga yang bahagia?
Atau mungkin dia mahu menyampai satu pesanan yang aku masih tidak dapat ungkapkan.
Aku tidak tahu. Apa yang aku tahu adalah karya dia memang terbaik. Sangat terbaik.
Kadang-kala aku terdetak dengan penulisnya yang menyentuh hati. Kalaulah dia tidak pergi, mungkin lebih banyak penulis yang dapat menyentuh hati terhasil di dunia.
Terasa amat bersalah.
Aku mengeluh kecil di dalam hati. Mata aku memandang ke luar tingkap yang ada di laluan ini. Dapat aku lihat taman bunga mawar yang ada di hadapan rumah ini mekar dengan bunganya.
Setelah selesai termenung seketika aku berjalan kembali ke bilik membaca tadi. Dalam perjalanan itu tiba aku terserempak dengan pembantu rumah baru itu.
Apa dia buat sini?
Seingat aku di laluan ini hanya bilik membaca itu sahaja. Tugas untuk membersih bilik itu diberikan kepada dia ke? Bukan sepatutnya orang lain ke?
Aku mengendahkan semua itu dan hanya terus berjalan. Sempat aku menjeling ke arahnya sebelum aku berhenti di hadapan pintu bilik tersebut.
Pintu tersebut dibuka lalu aku terus masuk. Seperti biasa, kawasan dalam bilik ini memang besar. Sudah jadi hobi arwah ibu aku membaca buku dan sebab itu bilik ini besar.
Meja yang ada di tengah bilik ini didekati oleh aku. Buku nota yang aku selalu bawa bersama diletakkan di atas meja lalu aku berjalan menuju ke rak buku.
Dan tiba mata aku terbeliak besar memandang rak buku tersebut.
"Mary!" Jerit aku dengan nada yang marah.
Mata aku memandang rak buku yang aku perasan perubahannya. Siapa yang lakukan semua ini?
Bukan aku sudah kata, jangan sentuh rak buku ini kalau hendak mengemas bilik ini.
"Ya, cik." Mary akhirnya tiba.
Mata aku memandang tajam wanita itu. Muka wanita itu kelihatan seperti takut akan sesuatu.
"Siapa yang bersihkan bilik?" Soal aku.
"Hari ini sepatutnya Amy tetapi sudah diambil oleh Jane sebab Amy sakit."
"Panggil perempuan tu sekarang," arah aku dengan marah.
Mary yang mendengar arahan tadi terus berjalan untuk berjumpa dengan pembantu rumah tersebut.
Hati aku sangat panas sekarang. Berani perempuan tu sentuh rak buku ini.
Apa dia mahu berhenti kerja awal?
Apa dia tidak tahu bahawa rak buku ini tidak boleh disentuh kecuali aku. Kalau dia tidak tahu itu mustahil kerana sudah terang-terang aku lekat papan tanda 'jangan sentuh' dekat rak ini.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Teen Fiction(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...