Tak ada.
Tak ada.
Dan tak ada!
Mana perginya buku not aku. Semua tempat sudah aku cari. Bawah meja, dalam beg, loker sampaikan dalam buku lain juga aku cari.
Mana perginya buku not aku. Sudahlah aku ada kelas hari ini. Kalau buku tu tak ada macam mana aku nak belajar.
Tak kan lah lupa dekat asrama pula. Habislah aku. Mesti kena dengan cikgu singa tu. Gali kubur sahajalah lepas ni.
"Kau ni kenapa?" Suara Claire kedengaran.
Aku mengangkat muka aku yang direbahkan tadi. Claire yang sudah duduk di tempat biasanya memandang ke arah aku.
"Buku not aku tertinggal..." jawab dengan suara yang hendak menangis.
Claire hanya mengangkat keningnya apabila mendengar jawapan aku. Dasar kawan. Orang tengah sedih ni buatlah muka kesian sikit.
Ini tak, muka tak kisah pila dia tunjuk. Nasib sahaja aku memang nak jadi kawan dia.
"Bangun, selamat petang cikgu." Ucap seorang murid.
Satu kelas berdiri dan mengucapkan benda yang sama. Aku dengan lemahnya melihat cikgu paling garang di sekolah ini berdiri di hadapan kelas.
Tolonglah hukuman hari ini bukan berlari dekat padang lagi. Aku lebih sanggup berdiri luar kelas daripada berlari.
"Cikgu hari ini ada kerja. Jadi cikgu tak dapat nak ajar kamu," kata yang mengejutkan aku.
Biar betul. Untunglah aku! Tuhan memang sayang aku tak bagi aku kantoi tertinggal buku. Nasib aku memang bertuah hari ini.
"Tapi kamu semua jangan nak gembira sangat. Kamu masih kena belajar. Cikgu nak ujian lepas yang dapat markah tinggi jadi cikgu kepada yang lemah tu. Tak kira siapa dan kamu semua boleh berlajar dekat mana-mana sahaja. Tapi pastikan berlajar. Cikgu akan periksa esok. Kalau tak ada perkembangan ingat kamu semua," Cikgu itu terus keluar setelah selesai berujar.
Aku dengan hati yang gembira melepaskan keluh aku pada waktu itu. Selamat sungguh aku hari itu.
Buku aku tertinggal tepat pada waktu kelas dibatalkan. Bawa penat aku bahawa cari buku tadi. Kalau tahu tak ada kelas tadi sudah lama aku tak akan buat peluh cari buku itu.
"Claire kau ajar aku ya," pinta aku.
Gadis itu tidak menjawab dan hanya mengangguk. Maknanya setujulah kan.
"Nak berlajar mana?" Soalnya.
Aku berfikir sekejap. Nak guna kelas bising. Bilik latihan pula mesti ramai yang pakai. Bumbung sekolah mesti tak dapat masuk pada waktu ni. Kalau macam tu tempat itu sahajalah.
"Asrama sekolah macam mana?" Aku memberi cadangan.
"Asrama? Kenapa sana?"
"Sana sahaha ada tempat yang tak bising. Lagipun cikgu kata boleh mana-mana. Dan aku juga nak ambil buku not aku yang tertinggal," alasan panjang aku.
Claire terdiam sejenak lalu setuju dengan pilihan aku. Kami berdua mengemas semua barangan kami lalu keluar dari kelas ini.
Tangga turun ke tingkat bawah sekali dituruni oleh kami. Pintu keluar dibuka lalu kami berjalan terus ke asrama yang terletak di hadapan sekolah ini sahaja.
Sesampai di asrama, kami terus masuk ke kotak lift untuk naik ke tingkat bilik aku.
"Ini first time kau masuk asrama ini ke?" Soal aku sementara menunggu lift ini terbuka kembali.
YOU ARE READING
Silent Melody [✔️]
Fiksi Remaja(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di...